Pembaca Setia

Khamis, 5 Ogos 2010

MEMPERMUDAHKAN URUSAN PERKAHWINAN












Wahai saudara-saudaraku lelaki dan perempuan,

Inilah ajaran agama kita.Agama kita datang dengan memudahkan urusan hidup. Mengapa pula kita hendak pergi mencari susah? Agama kita datang dengan membawa keluasan hidup, maka mengapa pula kita mencari kesempitan? Agama kita telah memberi keringanan hidup ,maka mengapa kita pula memberatkannya? Kita dan anak-anak kita lelaki dan perempuan perlu mengetahui hakikat ini sehingga kita dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi sekarang ini.Kita perlu mengetahuinya sehingga pemuda dan pemudi kita dapat berkahwin dengan mudah sebagai ganti dari mereka pergi mencari perkara haram di tempat-tempat yang mereka tahu.Tambahan pula perkara haram itu boleh didapati dengan mudah di sana sini. Kita perlu memudahkan urusan perkahwinan supaya anak-anak kita dapat berkahwin dengan mudah sebagai ganti dari mereka berkahwin dengan orang asing dan meninggalkan orang yang lebih hampir dengan mereka.

Inilah yang telah diajar oleh agama Islam. Sekiranya kita mahukan kebaikan dan kebahagiaan maka kita perlu kembali kepada agama ini. Umat akhir zaman ini tidak akan baik melainkan dengan mengikut ajaran agama yang telah menjadikan umat awal dahulu sebagai umat yang baik.

Kita bermohon dari Allah agar memandu kita ke arah kehidupan yang disukai dan diredhaiNya,mengajar kita dengan perkara yang bermanfaat,memanfaatkan perkar yang telah diajarkannya kepada kita. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Dekat dengan hambaNya.