Pembaca Setia

Rabu, 18 Ogos 2010

MEMBUDAYAKAN PEMBACAAN ALQURAN DI BULAN RAMADHAN
















Bulan ramadhan adalah bulan diturunkan alquran yang mulia. Sayugianya kita sebagai rakyat Malaysia menjadikan pembacaan alQuran sebagai amalan kebiasaan dengan membacanya di mana-mana sahaja terutamanya pada bulan ini.

Pembacaan boleh dibuat di dalam komuter,bas,bas ekspres,teksi,kapal terbang,sambil menunggu kenderaan keluarga atau kenderaan awam, di restoran menunggu berbuka dan di mana-mana sahaja tempat yang tidak menimbulkan persepsi negatif.Bagi yang memandu kenderaan awam atau kenderaan sendiri adalah lebih baik dipasang cd alquran daripada dipasang lagu balik kampung di hari raya yang tidak BERFAEDAH langsung

Berbanding dengan beberapa negara lain seperti Mesir, Indonesia di mana amat mudah kita melihat rakyatnya membaca alquran di mana-mana termasuk di dalam kenderaan awam,lebih-lebih lagi di Bulan Ramadhan.

Setakat ini menurut pemerhatian,boleh dikira dengan jari orang yang membaca alquran di dalam kenderaan awam atau di tempat awam. Contoh yang baik adalah seorang perawat Islam dari Temerloh yang rajin membaca alquran di mana-mana tempat beliau pergi. Beliau sentiasa membawa alquran kecil dan membacanya di setiap kesempatan.

Oleh itu disarankan kepada para pemimpin negara,golongan sunnah,golongan tarekat,pengikut mazhab syafie dan orang awam agar tidak melepaskan kesempatan hebat Ramadhan tahun ini untuk meyebarluaskan amalan pembacaan alquran di setiap kesempatan dan di mana-mana sahaja sebagai satu syiar.