Pembaca Setia

Sabtu, 14 Ogos 2010

DILEMPANG OLEH JIN SAKA DI BULAN RAMADHAN


Seorang pesakit yang datang dari utara untuk mendapatkan rawatan gangguan jin. Setelah selesai solat tarawikh di masjid berhampiran beliau tiba bersama suaminya.


Pesakit wanita ini telah berubat di dua tiga tempat lain tetapi jin di dalam badannya masih enggan keluar.Belum sempat saya membaca ruqyah pesakit telah terbaring dan menggelupur.


Saya tidak bertanya banyak lagi dan terus membaca ruqyah. Ketika sampai kepada ayatul qursi tiba-tiba pang! satu tamparan hinggap ke pipi saya. Selepas itu pesakit terus meluru memukul suaminya pula. Tak pernah saya ditampar oleh seorang wanita sebelum ini. Saya berhentikan pembacaan dan segera menepuk belakang pesakit dengan agak kuat dan memberi amaran jika masih bertindak agresif saya juga akan menggunakan kaedah yang agresif. Jin mengendurkan sedikit keganasannya dan menukar taktik kepada bercerita macam-macam hal kepada saya.


Malas ingin melayan dialog merapu jin degil saya menerangkan tatacara rawatan di rumah yang intensif kepada suami pesakit sambil sekali sekala perbincangan diinterupsi oleh jin.Mandi ais intensif,bekam intensif,minum madu intensif dan makan kurma bagi melemahkan gangguan jin dalam badan.Pesakit juga perlu rawatan susulan yang kerap.