Pembaca Setia

Isnin, 23 Ogos 2010

APAKAH SEBENARNYA MOTIF JIN PSIKO TEGAR INI?


Pesakit ini telah kerap diruqyah oleh saya sejak beberapa bulan dahulu. Apabila pembacaan ruqyah dibuat jin di dalam badannya akan berdialog dengan takabburnya menceritakan kehebatan ilmunya menggunakan ayat quran sama seperti yang saya baca. Dia mengaku telah mengamalkan ayat-ayat berkenaan sejak sekian lama dan mahir dengannya dan tidak akan terjejas dengan pembacaannya.


Ada masanya dia mengancam akan mengganggu keluarga pesakit bila pesakit pulang ke rumah dan sempat juga menyelitkan pujian ilmu saya cukup supaya saya menjadi riak. Ketika pembacaan ruqyah dia selalu mengugut akan bertindak terhadap pesakit ketika pulang nanti.


Begitulah yang selalu berlaku, apabila pulang pesakit tidak mahu makan kurma, minum air ruqyah ataupun melakukan mandian. Kadang-kadang pesakit akan membuka langkah silat apabila dipaksa untuk mandi ais. Selalunya bila pesakit bertindak agresif saya menyuruh ahli keluarganya azan untuk melemahkan.Mutakkhir pesakit mengikut pula bacaan azan tetapi tidak sanggup mengucapkan Asyhadu anna Muhammadarrasulullah.


Terkini saya membuat pembacaan ruqyah ekstra panjang dengan bantuan keluarga pesakit kerana dia mengancam untuk membunuh ahli keluarga pesakit pula.


Jumlah keseluruhan bacaan adalah alfatihah,qursiy,tiga qul setiap satunya dibaca beramai-ramai sebanyak 140 kali atau lebih.Ditambah dengan ulangan ayat pembatal sihir lebihkurang seratus kali dalam masa lebih kurang sejam setengah pesakit kelihatan lega apabila pulang ke rumah.