Pembaca Setia

Sabtu, 21 Ogos 2010

10 CADANGAN PEMERKASAAN KEPADA GOLONGAN SUNNAH












1) Golongan sunnah kena ada sebuah tempat ibadah khas di KL yang memudahkan amalan sunnah dilakukan terutamanya berkaitan dengan solat dan urusan jenazah

2) Mempopularkan kenduri kahwin yang ringkas dan maharnya murah tetapi menjaga tatasusila agama. Perkahwinan yang diberkati ini dan jarang terjadi perceraian akan membuka mata masyarakat terhadap konsep sebenar perkahwinan dalam Islam dan bagaimana sunnah menyelamatkan umat dari perceraian yang terlampau banyak

3)Mempopularkan konsep beraya di mana anda tinggal,tidak semestinya beraya di kampung halaman. Ini dapat menyelamatkan umat dari kematian akibat kemalangan dan pesta open-house

4)Giat melakukan dakwah bagi membantu menyelesaikan masalah masyarakat. Ini dapat menyelamatkan golongan remaja, wanita,muallaf dll

5)Berakhlak mulia sehingga menjadi contoh bagi golongan lain.Kepentingan pembinaan akhlak ini sangat penting di bandar-bandar dimana faktor keduniaan yang banyak menyebabkan akhlak mudah menjadi kasar dan keras. Penting supaya golongan sunnah dikenali sebagai golongan yang praktikal dan menjadi contoh dan idola bagi masyarakat

6)Membantu ahli politik Islam. Kita telah bosan dengan janji sekularisme selama 50 tahun.Golongan sunnah boleh membantu dalam memperhaluskan keindahan akhlak penyokong parti Islam peringkat bawahan.

7)Mengembangkan perubatan Islam dengan akhlak sunnah yang cemerlang. Manusia berakhlak baik ramai tetapi berakhlak sunnah yang cemerlang mesti dibina dan digarap agar rakyat Malaysia menyedari kekuatan sunnah dari sudut akhlak yang telah lama dipinggirkan

8)Mendamaikan perselisihan antara golongan jemaah-jemaah Islam dengan berhikmah.

9)Mengembangkan ekonomi Islam dengan mengikuti kaedah sunnah dalam perniagaan.

10)Menguasai dunia tetapi tidak membiarkan dunia menguasai kita.Oleh itu ada masanya kena merancang untuk bersama-sama mengamalkan puasa Daud atau lain-lain aktiviti yang menyihatkan pemikiran dan membersihkan hati dari pengaruh dunia.