Pembaca Setia

Selasa, 31 Ogos 2010

EKSPEDISI KEMANUSIAAN - MAVI MARMARA 2

















Tidak sepatutnya saya mengulas tentang hal ini tetapi memandangkan ada khabar mengatakan Ulama terkenal Prof. Dr. Yusof AlQardhawi akan turut bersama dalam misi ini. Dalam satu ceramahnya pernah ulama ini menginginkan syahid berperang melawan Israel dan ditembak mati oleh Yahudi.

Selama ini saya hanya mendengar seruan beliau tentang kefardhuan jihad dan kini beliau sendiri turut sendiri dalam misi ini membuktikan beliau membuat apa yang diserunya.Mudah-mudahan Allah mengurniakan syahid kepadanya dan menggantikan dengan seorang lagi Ulama sepertinya atau lebih baik.

Dan semoga Allah juga memberi peluang untuk saya syahid juga disana.

RAWATAN ANAK HYPERACTIVE, NAKAL DAN GANAS




Dari beberapa kes yang diterima saya dapat mengambil beberapa kesimpulan dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengubah keadaan mudah-mudahan bermunafaat:

1) Anak nakal kerana tidak membaca doa ketika perhubungan suami isteri .Selalu terjadi suami/isteri juga tidak berzikir di dalam hati ketika bersama.

2) Tidak mengadakan talma( tazkirah lima minit) di rumah seminggu sekali,atau sebulan sekali paling kurang di mana anggota keluarga duduk bersama dan diperingatkan tentang urusan penting agama seperti takutkan Allah,cinta Allah dan Rasul, berbuat kebaikan kepada jiran,tidak membazir harta seperti main mercun dsbgnya.

3) Jarang/tidak pernah makan dalam satu talam untuk mendidik hak kebersamaan dan sifat kasih sayang. Sekali sekala perlu juga makan bersama di lantai. Caranya alas saprah dilantai dan duduk dengan menungkatkan kaki kanan dan beritahu anak ini adalah cara makan hamba Allah ,mudahan-mudahan mendatangkan sifat tawadhu disamping lauk-pauk juga tidak lebih dari tiga jenis untuk mengelakkan sifat tamak.

4) Anak-anak tidak dididik membantu kerja ibubapa di rumah dengan alasan tidak dapat membuatnya dengan sempurna atau menjaga diri sendiri seperti membasuh kasut sendiri atau menjemur pakaian dll. Ini menyebabkan anak-anak menjadi malas,manja dan tidak pandai berdikari menimbulkan sifat lemah peribadi,mengharapkan bantuan orang dan takut menghadapi kesusahan menjadi peribadi anak atau bagi anak bijak menjadi terlalu akademik@teoritis tidak berpijak di dunia nyata. Anak perempuan perlu dididik supaya pandai meng'hanger' pakaian sendiri, menolong jemur pakaian, membasuh sendiri pinggan/gelas yang dia gunakan seawal umur enam tahun. Anak lelaki boleh disuruh membasuh kasut dan mengapurnya seawal umur tujuh tahun. Memanglah mulanya tidak sempurna tetapi lama-kelamaan akan lebih baik. Sabarlah dengan kesilapan mereka membuat kerja dalam setahun dua kerana yang pentingnya sikap mereka akan lebih baik nanti.

5) Tidak mendidik anak dengan hak jiran seperti tidak mengusik pasu jiran, basikal, penutup lubang paip di luar rumah,bermain mercun sehingga mengganggu dll dengan alasan anak masih kecil atau melarang dengan cara marah/pukul tetapi tidak ditambah dengan didikan supaya anak takutkan Allah dan neraka atau mengatakan amalan itu bukan dari ajaran Islam.

6) Tidak mendidik anak melakukan amalan sunnah seperti puasa sunat,solat tahajjud atau solat dhuha bila ada masa lapang

7) Tidak menghantar anak belajar alquran dan fardhu 'ain disamping terdapat juga guru-guru Kafa yang tidak bersifat mendidik dan tidak sempurna ilmunya.

8) Terlampau menurut kehendak anak,memanjakan dan kalah dengan tipuhelah anak, juga tidak mengambil berat tentang bahaya-bahaya alat seperti hp,internet,muzik,radio,tv,akhbar dan majalah dan sebagainya yang sering dieksploitasi untuk menjadi perosak pemikiran dan akhlak

9) Pergaulan diluar rumah ,dengan rakan sebaya yang banyak mempengaruhi anak. Ibu bapa harus berakhlak dengan lebih baik dan pandai mengubah situasi supaya anak -anak mengasihi mereka dengan lebih banyak mengatur program bersama seperti perkelahan di tempat bebas fitnah,berbasikal/jogging bersama, kembara dll yang boleh difikirkan.

10) Gangguan dari jin dan syaitan.Ini perlu rawatan segera di pusat rawatan Islam dan jika tidak sembuh perlu diulangi atau cuba pusat rawatan Islam lain yang jelas kaedahnya dan cuba sempurnakan amalan yang disuruh oleh perawat.

11)Tidak peka dengan tahap anak mencapai umur baligh. Kebanyakan orang menyangka anak mereka baligh pada umur lima belas tahun mengikut kiraan kalendar Masehi bererti tingkatan tiga sekolah menengah tetapi sebenarnya adalah mengikut kiraan Islam iaitu di tingkatan dua. Salah satu cara untuk menentukan anak telah baligh adalah dengan tumbuhnya bulu kemaluan seperti dicontohkan kisah dalam peperangan Khaibar. Apabila telah baligh bererti anak-anak telah dewasa dan telah berlaku semua hukum Islam kepadanya. Sekiranya mencuri boleh dipotong tangan, berzina dirotan seratus kali dll. Kerap kali media telah menyebabkan kita memandang mereka sebagai budak-budak dengan istilah pelajar, remaja, belia dan sebagainya sedangkan cara sebenar adalah melayan mereka sama seperti seorang Islam yang dewasa. Mereka perlu ke surau dan masjid menuntut ilmu, bersembahyang jemaah ,menguruskan jenazah ,berdakwah,berjihad dll sama seperti orang dewasa.

Ahad, 29 Ogos 2010

MERAWAT PESAKIT ILMU CAMPUR2( PUTIH+HITAM)

















Pesakit ini disamping mengamalkan doa-doa dari ayat Al quran yang diperolehi dari datuknya dan dari guru madrasah dan pondok juga belajar ilmu silat kebatinan yang tidak disangkanya boleh membawa mudharat.

Pada mulanya dia mengamalkan doa perlindungan diri dari datuknya termasuk ilmu Kaf 40,tetapi ilmu Kaf 40nya tidak sama dengan yang tersebar di internet. Dia juga ada mengamalkan beberapa doa dari guru yang lain yang tidak dari sunnah.

Setelah mempelajari silat batin di selatan tanahair dia tidak lagi mengamalkan doa perlindungan dari datuknya. Dalam tempoh lebihkurang dua minggu dia telah diserang gangguan yang teruk. Setelah berubat di merata-rata tempat dalam tempoh lebih kurang sepuluh tahun dia hampir putus asa berubat. Dia telah berubat juga kepada anak murid seorang guru bedah batin terkenal yang mensyaratkan untuk membeli lembu dan me'transfer'kan jin itu kepada lembu.

Memandangkan harga lembu mahal beliau keberatan untuk meneruskan pengubatan di situ tetapi mencuba pula untuk menjadi anak murid kepada guru bedah batin itu, tetapi disyaratkan menyediakan jarum dan bahan-bahan lain yang menyerupai bomoh pula.

Setelah hampir berputus asa beliau menjumpai saya dan berniat ini adalah rawatan kali terakhir dan jika tidak sembuh beliau hanya ingin pasrah dan redho sahaja.

Setelah melalui terapi mandian ais intensif selama tiga kali gangguannya telah berkurangan. Beliau juga telah di bekam beberapa kali pada poin sunnah dan memakan kurma 7 ulas setiap hari.

Dari mulut beliau menceritakan walaupun amalan diberikan oleh guru-guru madrasah (yang menggunakan ayat quran tetapi tidak dari sunnah dan termasuk Kaf 40)tidak salah tetapi selalu menyebabkan beliau diuji oleh orang walaupun beliau tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk kehebatan dan sering berlaku duga-menduga dan perbalahan.

Berbeza dengan amalan sunnah tidak menimbulkan akibat orang ingin menguji kita. Saya menceritakan kita sebenarnya tidak merasa kehebatan Quran dan sunnah kerana kita tidak dapat mengaplikasinya dengan baik dalam kehidupan berbanding dengan ulama salaf dan kewujudan ulama su' yang menggunakan quran dan sunnah untuk kemewahan menyebabkan orang tidak yakin dengan kehebatan quran dan sunnah .Seterusnya masyarakat beralih kepada cara-cara lain untuk mencari kehebatan Islam yang hilang. Tetapi jika kita dapat mengaplikasikannya dengan kaedah yang betul masyarakat akan meninggalkan amalan lain dan kembali kepada quran dan sunnah sepenuhnya(jika dapat merasakan intipati dan rohnya) dan kita dapat menunjukkan contoh golongan sunnah yang terbaik akhlaknya dalam semua bidang

Pesakit ini telah banyak kurang penyakitnya berbanding dahulu dan masih meneruskan rawatan dengan saya. Segala puji bagi Allah yang menyembuhkan penyakit hamba-hambanya dan memberi rezeki kepada hamba-hambanya yang lain dengan cara itu.

Selasa, 24 Ogos 2010

RUQYAH PANJANG

Membaca ruqyah dengan ulangan yang banyak bukanlah ciptaan saya tetapi didapati melalui pengalaman dan perbincangan dengan teman-teman perawat seperti Us Ahmad Hikmahurut dan Abg Zailan Ruqyah Syariiyah yang memperkenalkan saya dengan kaedah Us Malik merawat pesakit ilmu salah tegar yang mempelajari banyak jenis silat kebatinan.

Pesakit berkenaan diminta tinggal di Pusat Rawatan Darul Hikmah Kedah selama tiga hari,tiga malam dan di ruqyah pagi,petang siang dan malam oleh perawat Darul Hikmah dan Us Malik.

Alhamdulillah selepas tiga hari pesakit berkenaan sangat banyak pemulihannya.

Begitu juga pengalaman melihat perawat Darussyifa senior merawat pada tahun 2004,saya menyaksikan bagaimana kes-kes jin liat dirawat dari selepas zohor dan berhenti rawatan di waktu maghrib dalam sessi ruqyah yang panjang,rehat hanya di waktu asar.

Isnin, 23 Ogos 2010

APAKAH SEBENARNYA MOTIF JIN PSIKO TEGAR INI?


Pesakit ini telah kerap diruqyah oleh saya sejak beberapa bulan dahulu. Apabila pembacaan ruqyah dibuat jin di dalam badannya akan berdialog dengan takabburnya menceritakan kehebatan ilmunya menggunakan ayat quran sama seperti yang saya baca. Dia mengaku telah mengamalkan ayat-ayat berkenaan sejak sekian lama dan mahir dengannya dan tidak akan terjejas dengan pembacaannya.


Ada masanya dia mengancam akan mengganggu keluarga pesakit bila pesakit pulang ke rumah dan sempat juga menyelitkan pujian ilmu saya cukup supaya saya menjadi riak. Ketika pembacaan ruqyah dia selalu mengugut akan bertindak terhadap pesakit ketika pulang nanti.


Begitulah yang selalu berlaku, apabila pulang pesakit tidak mahu makan kurma, minum air ruqyah ataupun melakukan mandian. Kadang-kadang pesakit akan membuka langkah silat apabila dipaksa untuk mandi ais. Selalunya bila pesakit bertindak agresif saya menyuruh ahli keluarganya azan untuk melemahkan.Mutakkhir pesakit mengikut pula bacaan azan tetapi tidak sanggup mengucapkan Asyhadu anna Muhammadarrasulullah.


Terkini saya membuat pembacaan ruqyah ekstra panjang dengan bantuan keluarga pesakit kerana dia mengancam untuk membunuh ahli keluarga pesakit pula.


Jumlah keseluruhan bacaan adalah alfatihah,qursiy,tiga qul setiap satunya dibaca beramai-ramai sebanyak 140 kali atau lebih.Ditambah dengan ulangan ayat pembatal sihir lebihkurang seratus kali dalam masa lebih kurang sejam setengah pesakit kelihatan lega apabila pulang ke rumah.

Ahad, 22 Ogos 2010

KENAPA TEKNIK DAKWAH TIDAK DIAJAR DI MASJID/SURAU










Dengan seribu macam permasalahan yang membelenggu umat Islam, kita akan menjadi hairan kenapa penyelesaian kepada masalah ummah dengan berdakwah terus kepada sasaran tidak diambil berat dan diperhalusi kaedahnya.

Contohnya kenapa tidak BANYAK ceramah/seminar tentang cara/kaedah berdakwah kepada umat Islam sendiri seperti mat rempit,cara 'tackle' hati mereka, dakwah susulan kali kedua,ketiga dan seterusnya. Lebih baik jika ceramah sebegini dilakukan secara teori dan praktikal terus supaya sama dengan situasi sebenar kehidupan.

Begitu juga kepada golongan lain yang bermasalah seperti pelajar institusi pengajian tinggi,pelajar sekolah, remaja yang bekerja, orang dewasa yang tidak insaf,muallaf,orang bukan Islam dan lain-lain golongan.

Kita perhalusi masalah mereka, buat kajian dan rancang pendekatan yang terbaik untuk mendekati mereka dan ilmu ini disebarkan di semua masjid/surau melalui ceramah maka ini akan memudahkan umat Islam mendakwah mereka.

Apabila kita ada sedikit asas dan bekalan maka ini akan memudahkan ahli jemaah masjid/surau untuk melakukan dakwah. Sekiranya lebih ramai umat Islam terlibat dengan aktif dalam bidang
dakwah ini dengan berilmu maka kecemerlangan umat akan lebih terealisasi berbanding menunggu mereka dapat hidayah seperti keadaan sekarang. Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini walaupun ada juga gerakerja dakwah seperti ceramah di masjid atau dakwah oleh NGO dan lain-lain organisasi tetapi permasalahan yang teruk seperti kes buang bayi,perceraian,kecurian dll menuntut kita berfikir akan keberkesanan kaedah sedia ada.

Walaupun kemenangan dalam pilihanraya ada membantu memperbaiki keadaan tetapi untuk memulihkan peribadi umat Islam yang telah sebati dengan kejahilan adalah sukar jika dakwah tidak dijalankan serentak dengan proses kemenangan pilihanraya. Kita boleh bandingkan keadaan ini dengan sebuah negeri jiran yang mempunyai autonomi untuk melaksanakan hudud tetapi kebanyakan wanita yang telah terbina puluhan tahun dengan kejahilan masih merasa sangat sukar untuk menutup aurat dengan sempurna.

Oleh itu dakwah kepada rakyat bawahan juga mesti dilaksanakan secara aktif serentak dengan dakwah melalui kuasa pemerintahan. Tiada istilah untuk menunggu kemenangan pilihanraya dahulu baru menukar keadaan kerana keadaan sekarang pun sudah tenat dan perlu diperbaiki serentak dengan pembaikian melalui politik.

Yang menjadi masalahnya ialah mengatur gerakerja supaya kedua-dua target dapat dicapai serentak.

Sabtu, 21 Ogos 2010

10 CADANGAN PEMERKASAAN KEPADA GOLONGAN SUNNAH












1) Golongan sunnah kena ada sebuah tempat ibadah khas di KL yang memudahkan amalan sunnah dilakukan terutamanya berkaitan dengan solat dan urusan jenazah

2) Mempopularkan kenduri kahwin yang ringkas dan maharnya murah tetapi menjaga tatasusila agama. Perkahwinan yang diberkati ini dan jarang terjadi perceraian akan membuka mata masyarakat terhadap konsep sebenar perkahwinan dalam Islam dan bagaimana sunnah menyelamatkan umat dari perceraian yang terlampau banyak

3)Mempopularkan konsep beraya di mana anda tinggal,tidak semestinya beraya di kampung halaman. Ini dapat menyelamatkan umat dari kematian akibat kemalangan dan pesta open-house

4)Giat melakukan dakwah bagi membantu menyelesaikan masalah masyarakat. Ini dapat menyelamatkan golongan remaja, wanita,muallaf dll

5)Berakhlak mulia sehingga menjadi contoh bagi golongan lain.Kepentingan pembinaan akhlak ini sangat penting di bandar-bandar dimana faktor keduniaan yang banyak menyebabkan akhlak mudah menjadi kasar dan keras. Penting supaya golongan sunnah dikenali sebagai golongan yang praktikal dan menjadi contoh dan idola bagi masyarakat

6)Membantu ahli politik Islam. Kita telah bosan dengan janji sekularisme selama 50 tahun.Golongan sunnah boleh membantu dalam memperhaluskan keindahan akhlak penyokong parti Islam peringkat bawahan.

7)Mengembangkan perubatan Islam dengan akhlak sunnah yang cemerlang. Manusia berakhlak baik ramai tetapi berakhlak sunnah yang cemerlang mesti dibina dan digarap agar rakyat Malaysia menyedari kekuatan sunnah dari sudut akhlak yang telah lama dipinggirkan

8)Mendamaikan perselisihan antara golongan jemaah-jemaah Islam dengan berhikmah.

9)Mengembangkan ekonomi Islam dengan mengikuti kaedah sunnah dalam perniagaan.

10)Menguasai dunia tetapi tidak membiarkan dunia menguasai kita.Oleh itu ada masanya kena merancang untuk bersama-sama mengamalkan puasa Daud atau lain-lain aktiviti yang menyihatkan pemikiran dan membersihkan hati dari pengaruh dunia.

PENGHARGAAN KEPADA PERAWAT KISWAH RUQYAH SYARIIYYAH











Di kesempatan bulan Ramadhan yang mulia saya ingin memohon maaf dan merakamkan ucapan terima kasih kepada perawat Kiswah Ruqyah Syariiyyah Abg Zailan dan Us.Hayat kerana telah banyak memberikan bimbingan dalam rawatan Islam dan pertolongan terutamanya Abg Zailan yang banyak menolong dengan ikhlas.

Semoga segala amalan selama ini diberi ganjaran baik dari Allah dan mudah-mudahan Allah mempercepatkan kesembuhan penyakit isteri Abg Zailan.Selamat Menyambut Ramadhan.

Jumaat, 20 Ogos 2010

MERCUN DI BULAN RAMADHAN DAN MUSIM PERAYAAN










Diperhatikan sebahagian remaja yang bermain mercun di bulan Ramadhan tahun ini makin bersifat mencabar jemaah surau@masjid dan mengganggu.

Ketika imam mengangkat takbir untuk solat maghrib,isya' atau tarawikh ketika itulah mereka menembakkan mercun mereka berhampiran surau atau masjid. Gegak gempita dengan bunyi mercun sepanjang solat tarawikh di surau-surau tertentu.

Dengan pertambahan nikmat yang diberikan oleh Allah nampaknya juga bertambah masalah kita.Kenapa jadi begini?

Diperhatikan di sebalik masalah zahir yang menimpa umat Islam seperti buang anak, perzinaan , dadah dan sebagainya ada satu persoalan yang perlu dijawab iaitu ke arah manakah halatuju kita nak didik masyarakat?

Asas dalam mendidik anak-anak ialah supaya takutkan Allah,hari kiamat, pembalasan dosa dengan azab api neraka dan sebagainya. Konsep ini mesti dibina dengan baik di dalam keluarga dan perlu selalu diulangi dan diterapkan sehingga sebati dengan jiwa anak-anak sehingga mereka sendiri takut melakukan dosa dan pembaziran kerana merasa ada pengawasan dari Allah dan takut kepada Allah tanpa perlu di monitor oleh sesiapa.

Seterusnya menerapkan konsep cintakan Allah dan Rasulnya dan ugama Islam menyebabkan mereka menjadi orang yang suka beramal soleh,menuntut ilmu , berdakwah dan berjihad.Kedua konsep ini dibina dengan teratur sepanjang hayat akan dapat membina masyarakat takwa yang diinginkan.

Apabila kita melihat generasi baru yang meningkat remaja dengan perangai yang kasar, banyak makan dan bertindak seperti kata pepatah beraja di hati adakah ini menunjukkan sebenarnya kesilapan kita sendiri generasi lama yang tidak aktif dalam berdakwah dan membimbing remaja dan generasi muda tetapi sibuk dengan program makan kenduri tahlil dan doa selamat setiap minggu dan lebih sibuk lagi di bulan Ramadhan? Tidakkah kita malu dengan diri sendiri dan anak-anak kita? Kita menyedari program tahlil dan doa selamat tidak akan dapat menyelamatkan generasi kita dari keruntuhan moral anehnya ia menjadi program utama hampir di keseluruhan surau dan masjid.

Sedangkan program dakwah yang dapat menyelamatkan remaja, orang muda ,orang tua dan wanita Islam kita tidak mahu merancang ia menjadi program yang baik ,tersusun dan kalau boleh setiap minggu diadakan memandangkan masalah yang kian meruncing. Kenapa kita generasi lama jadi begini?

Khamis, 19 Ogos 2010

MENDAKWAH GOLONGAN PENIAGA DAN HARDCORE JAHIL DI BULAN RAMADHAN DAN SELAINNYA.














Berdasarkan kepada pemerhatian saya kepada beberapa buah surau atau masjid yang berhampiran dengan pasar ramadhan atau kedai makan.

Saya mendapati secara pemerhatiannya peniaga atau pekerja mereka kebanyakannya ada melakukan ibadah puasa tetapi tidak menunaikan solat.

Selepas berbuka,walaupun mereka mendengar bacaan solat imam melalui speaker tetapi seperti tidak ada apa-apa yang berlaku,mereka dengan selambanya meneruskan perlakuan masing-masing tanpa berhenti untuk solat dan hanya berhenti ketika azan Isya'.Terdapat juga pelanggan yang mula makan ketika azan maghrib dan hanya keluar dari kedai makan selepas azan isya'.

Begitu juga di waktu malam, walaupun dapat mendengar suara tazkirah dari speaker selepas solat tarawikh mereka masih tunjuk sikap seolah tiada apa-apa.

Adalah disarankan agar ajk masjid dapat mewujudkan ajk khas untuk berdakwah kepada peniaga kedai makan di sekitar masjid dan juga penghuni taman yang berhampiran dengan surau tetapi tidak pernah solat jemaah.

Pujuk rayulah mereka dengan hikmah agar sudi menjejakkan kaki ke surau atau masjid. Ini adalah golongan hardcore yang tidak akan berubah dengan cara yang sede-sede(tidak didakwah dengan bersungguh dan memakan masa)
Janganlah mengharap suara penceramah yang dipasang dengan kuat melalui speaker boleh melembutkan hati mereka.Hidayah datang tidak semudah itu,walaupun bertahun kamu pasang speaker kuat.

Oleh itu jumpalah mereka berkali-kali,terangkan pasal agama secara berdepan. Mana tahu selepas beberapa kali mereka akan insaf dan bertaubat.

Rabu, 18 Ogos 2010

PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIIYAH DALAM MAJALAH MIDI KELUARAN OGOS 2010





MEMBUDAYAKAN PEMBACAAN ALQURAN DI BULAN RAMADHAN
















Bulan ramadhan adalah bulan diturunkan alquran yang mulia. Sayugianya kita sebagai rakyat Malaysia menjadikan pembacaan alQuran sebagai amalan kebiasaan dengan membacanya di mana-mana sahaja terutamanya pada bulan ini.

Pembacaan boleh dibuat di dalam komuter,bas,bas ekspres,teksi,kapal terbang,sambil menunggu kenderaan keluarga atau kenderaan awam, di restoran menunggu berbuka dan di mana-mana sahaja tempat yang tidak menimbulkan persepsi negatif.Bagi yang memandu kenderaan awam atau kenderaan sendiri adalah lebih baik dipasang cd alquran daripada dipasang lagu balik kampung di hari raya yang tidak BERFAEDAH langsung

Berbanding dengan beberapa negara lain seperti Mesir, Indonesia di mana amat mudah kita melihat rakyatnya membaca alquran di mana-mana termasuk di dalam kenderaan awam,lebih-lebih lagi di Bulan Ramadhan.

Setakat ini menurut pemerhatian,boleh dikira dengan jari orang yang membaca alquran di dalam kenderaan awam atau di tempat awam. Contoh yang baik adalah seorang perawat Islam dari Temerloh yang rajin membaca alquran di mana-mana tempat beliau pergi. Beliau sentiasa membawa alquran kecil dan membacanya di setiap kesempatan.

Oleh itu disarankan kepada para pemimpin negara,golongan sunnah,golongan tarekat,pengikut mazhab syafie dan orang awam agar tidak melepaskan kesempatan hebat Ramadhan tahun ini untuk meyebarluaskan amalan pembacaan alquran di setiap kesempatan dan di mana-mana sahaja sebagai satu syiar.

Ahad, 15 Ogos 2010

SEMINAR RAWATAN ISLAM - MENCARI WANG/DUNIA @ PENGARUH/PENGIKUT @MENYEBARKAN DAKWAH?












Fenomena baru dalam rawatan Islam dimana ramai perawat Islam menggunakan kaedah seminar sehari untuk menarik orang ramai datang dengan alasan untuk mempelajari kaedah rawatan Islam tetapi setakat manakah keberkesanannya dan adakah peserta dibimbing untuk menjadi perawat atau lepas tangan setelah habis seminar. Yang penting mashhuk!

Jika seorang peserta membayar contohnya RM100 sehari maka jika seratus peserta jumlahnya adalah RM10 000. Ditolak kos pengurusan maka bersihnya adalah lebih kurang RM5000.Sehari!

Adakah ini cara baru untuk mendatangkan keuntungan segera. Ditambah oleh pertambahan kes sihir,saka dan sebagainya maka kehadiran peserta biasanya mencapai target yang dikehendaki.

Persoalannya :

1)Adakah kaedah yang diajar benar-benar boleh digunakan untuk merawat? Atau nama kaedah sahaja hebat tetapi kadar kesembuhannya adalah rendah terutama kaedah yang baru dicipta dan muncul pada tahun 2007-2010. Kaedah-kaedah baru dan mentah ini tidak melepasi lagi peringkat antarabangsa berbanding dengan kaedah ruqyah yang telah dipakai dibanyak negara Islam dan telah digunapakai sejak 1430 tahun dahulu.

2)Bagaimana kualiti pelajaran berbanding dengan bayaran penyertaan?

3)Tidak wujudkah eksploitasi maklumat di mana apa yang diajar tidak sama dengan apa yang tertulis di dalam modul ?Atau eksploitasi dalam bentuk yang samar-samar?

4)Adakah aurat dan maruah pesakit wanita terpelihara dalam sessi praktikal rawatan ketika kerasukan?Perlu diingat dalam sessi rawatan praktikal tubuh badan pesakit wanita menjadi tontonan umum dan adakalanya diambil foto mereka oleh orang asing/ajnabi

5)Ataupun dikenakan syarat perlu menjadi ahli tarekat dahulu baru boleh menjadi perawat?

Kesimpulannya ada perawat yang ikhlas menyampaikan ilmu melalui seminar dan ada yang 'ada udang(wang dan nama) di sebalik batu.Berhati-hatilah! Kerana kadang-kadang kaedah ruqyah pun dieksploitasi untuk melindungi kaedah ciptaan yang batil seperti bedah batin atau untuk tujuan keuntungan perniagaan yang berlebihan

Sabtu, 14 Ogos 2010

DILEMPANG OLEH JIN SAKA DI BULAN RAMADHAN


Seorang pesakit yang datang dari utara untuk mendapatkan rawatan gangguan jin. Setelah selesai solat tarawikh di masjid berhampiran beliau tiba bersama suaminya.


Pesakit wanita ini telah berubat di dua tiga tempat lain tetapi jin di dalam badannya masih enggan keluar.Belum sempat saya membaca ruqyah pesakit telah terbaring dan menggelupur.


Saya tidak bertanya banyak lagi dan terus membaca ruqyah. Ketika sampai kepada ayatul qursi tiba-tiba pang! satu tamparan hinggap ke pipi saya. Selepas itu pesakit terus meluru memukul suaminya pula. Tak pernah saya ditampar oleh seorang wanita sebelum ini. Saya berhentikan pembacaan dan segera menepuk belakang pesakit dengan agak kuat dan memberi amaran jika masih bertindak agresif saya juga akan menggunakan kaedah yang agresif. Jin mengendurkan sedikit keganasannya dan menukar taktik kepada bercerita macam-macam hal kepada saya.


Malas ingin melayan dialog merapu jin degil saya menerangkan tatacara rawatan di rumah yang intensif kepada suami pesakit sambil sekali sekala perbincangan diinterupsi oleh jin.Mandi ais intensif,bekam intensif,minum madu intensif dan makan kurma bagi melemahkan gangguan jin dalam badan.Pesakit juga perlu rawatan susulan yang kerap.

PEJUANG 'INTIFADAH' MALAYSIA


Pejuang inipun kemunculannya bermusim terutama di penghujung Ramadhan. Tanpa alasan yang kukuh seperti untuk membalas kekejaman Israel tanpa segan silu mereka sanggup mengorbankan diri di jalanraya atas alasan untuk berhari raya di kampung bersama orang tua atau ahli keluarga.


Tetapi jika kita bertanya adakah dari amalan sunnah atau perintah Allah untuk setiap kali berhari raya Aidilfitri atau Aidiladha mesti di kampung halaman? Adakah Rasulullah saw pulang ke Mekah berhariraya bersama kerabat beliau?


Budaya ini ditambah lagi oleh lagu-lagu balik kampung yang dikumandangkan media menjadikan pesta balik kampung seolah-olah satu perjuangan intifadah besar-besaran oleh rakyat Malaysia jika dilihat kepada angka kematian.


Adalah diharapkan supaya penetapan cuti sekolah tidak terlampau lama pada musim perayaan yang turut menyumbang kepada pertambahan kemalangan dan media bersimpati dengan nasib malang yang menimpa rakyat Malaysia dengan tidak memutarkan lagu balik kampung terutama lagu yang menyedihkan.


Tinggalkanlah budaya ini dan tukar kepada budaya berhariraya di mana anda tinggal.Bermaafan dengan orangtua bukan wajib di hariraya tetapi boleh bila-bila masa malah boleh telefon atau melalui sms pun. Bulan Syawal bukanlah bulan pesta openhouse dan hari raya hanyalah sehari seperti namanya iaitu yaumul 'eid bukannya bulan raya.


Pilihlah waktu lain untuk bercuti . Semua ini boleh diatur kerana anda sendiri yang membuat pilihan.

TERKINI BERTUGAS DI PJ TAMAN DATO HARUN


Assalamualaikum, untuk makluman semua pesakit saya kini membuat rawatan di PJ TAMAN DATO HARUN JALAN KLANG LAMA di bulan Ramadhan.Sesiapa yang ingin meneruskan rawatan susulan sila hubungi no telefon saya 019 994 0839 ATAU sms.

'PAHLAWAN' RAMADHAN


Assalamualaikum, setelah beberapa malam berlalu maka kita dapat merasakan kehebatan Ramadhan di Malaysia dimana bermunculan pahlawan-pahlawan Islam di bulan Ramadhan terutamanya ketika solat tarawikh.


Pahlawan-pahlawan ekspres ini tanpa dikenali oleh jemaah regular memenuhi dewan solat sehingga melimpah ruah.


Tidak tahu seribu alasan kenapa mereka tidak boleh muncul di bulan lain kedatangan Ramadhan disambut dengan semangat membara oleh mereka terutama ketika berselawat diantara rakaat solat tarawikh. Dengan semangat yang jitu dan suara kuat yang menggegarkan surau/masjid dan berlagu merdu mereka layak diberi pujian sebagai Pahlawan Ramadhan.


Seolah-olah kecintaan mereka kepada Rasul Saw adalah sepenuh hati dan tidak berbelah bahagi lagi. Begitu hebatnya mereka ketika itu!


Tetapi Pahlawan Ramadhan ini telah dapat dikesan kelemahannya yang ketara yang boleh dieksploitasi musuh untuk mengalahkan pahlawan-pahlawan ekspres ini antaranya(bukan semua yang berselawat dengan kuat bersifat begini):


1)Tidak bersolat maghrib berjemaah


2)Tidak mengutamakan untuk solat sunat ba'diah Isya' sebelum tarawikh


3)Tidak solat subuh berjemaah keesokan paginya


4)Tidak solat lima waktu


5)Tidak dapat merasakan kemanisan solat kerana tidak cukup ilmu


6)Tidak datang berjemaah setelah Ramadhan


7)Kecintaan kepada sunnah Rasul saw belum benar-benar terbina dengan baik


Bagaimanapun syabas kepada Pahlawan Ramadhan kerana masih hadir ke rumah Allah walaupun hanya di bulan Ramadhan


Semoga Allah memberi hidayah kepada anda semua untuk memahami sunnah dengan cara yang lebih baik dan menjadi pembela sunnah tegar dan bersopan santun.




Khamis, 5 Ogos 2010

MEMPERMUDAHKAN URUSAN PERKAHWINAN












Wahai saudara-saudaraku lelaki dan perempuan,

Inilah ajaran agama kita.Agama kita datang dengan memudahkan urusan hidup. Mengapa pula kita hendak pergi mencari susah? Agama kita datang dengan membawa keluasan hidup, maka mengapa pula kita mencari kesempitan? Agama kita telah memberi keringanan hidup ,maka mengapa kita pula memberatkannya? Kita dan anak-anak kita lelaki dan perempuan perlu mengetahui hakikat ini sehingga kita dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi sekarang ini.Kita perlu mengetahuinya sehingga pemuda dan pemudi kita dapat berkahwin dengan mudah sebagai ganti dari mereka pergi mencari perkara haram di tempat-tempat yang mereka tahu.Tambahan pula perkara haram itu boleh didapati dengan mudah di sana sini. Kita perlu memudahkan urusan perkahwinan supaya anak-anak kita dapat berkahwin dengan mudah sebagai ganti dari mereka berkahwin dengan orang asing dan meninggalkan orang yang lebih hampir dengan mereka.

Inilah yang telah diajar oleh agama Islam. Sekiranya kita mahukan kebaikan dan kebahagiaan maka kita perlu kembali kepada agama ini. Umat akhir zaman ini tidak akan baik melainkan dengan mengikut ajaran agama yang telah menjadikan umat awal dahulu sebagai umat yang baik.

Kita bermohon dari Allah agar memandu kita ke arah kehidupan yang disukai dan diredhaiNya,mengajar kita dengan perkara yang bermanfaat,memanfaatkan perkar yang telah diajarkannya kepada kita. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Dekat dengan hambaNya.

Rabu, 4 Ogos 2010

PANDUAN BERBEKAM DARAH BAGI PESAKIT WANITA YANG BARU KALI PERTAMA ATAU BERMASALAH FIZIKAL DAN SPIRITUAL









gambar hiasan : mungkin wanita ini membekam suaminya.

1) Bagi kaum wanita yang tidak pernah berbekam adalah dinasihatkan mereka berbekam antara lima poin hingga sepuluh poin bagi kali pertama.Ini adalah sebagai pengenalan dan untuk menghindarkan masalah luar jangka kerana tidak begitu pasti keadaan kesihatan diri

2)Kaum wanita selepas tempoh berpantang bersalin dan masih menyusukan bayi disyorkan berbekam dalam kadar paling maksima lima poin sahaja

3)Bagi kaum wanita yang tahan lasak dan sihat boleh berbekam 10 poin atau lebih walaupun kali pertama

4)Sesiapa yang menghadapi juga masalah jantung,kencing manis atau gastrik disamping masalah gangguan jin disarankan berbekam lima poin sehingga tujuh poin sahaja sekali bekam setiap bulan pada tarikh yang disunnahkan dan juga ketika sakit.

5)Berbekam untuk gangguan jin tanpa masalah lain boleh dibuat pada poin-poin sunnah 10 poin sekali bekam sebaiknya pada tarikh yang disunnahkan atau ketika sakit.Boleh juga tambah satu poin atau dua di tempat sakit.

6)Berbekam pada kali kedua dan seterusnya boleh lebih dari poin yang disarankan atau kurang bergantung kepada kesihatan dan keperluan

7)Tempoh paling cepat untuk sessi bekam berikutnya adalah setelah satu minggu mengikut keperluan

8)Apabila melakukan bekam angin dilarang terlalu lama hingga keluar air menggelembung .Air menggelembung di tempat yang dibekam seperti terkena air panas adalah tanda tempoh telah melebihi.Tidak merbahaya tetapi sebaiknya dilumur minyak zaitun atau minyak habbatussawda' di tempat gelembung itu.InsyaAllah cepat pulih.

KECINTAAN KEPADA RASULULLAH SAW YANG PATUT DICONTOHI

Seorang ibu dari kaum Anshar ditimpa musibah besar di dalam peperangan Uhud,iaitu ayahnya,saudaranya dan suaminya sama-sama terbunuh mati syahid di dalam peperangan itu.

Maka dia keluar setelah perang itu, dan bertanya : " Bagaimana keadaan Nabi saw?"

Para sahabat menjawab : "Dia dalam keadaan baik-baik sahaja.Alhamdulillah ,dia berada seperti yang kau harapkan.

Dia berkata lagi : Pertemukanlah Rasulullah kepadaku,hingga aku dapat melihatnya "

Tatkala dia melihat Nabi Saw,dia pun berkata :"Seluruh musibah yang aku terima menjadi mudah dan ringan bagiku menyaksikan keselamatan Rasulullah"

Dipetik dari Buku Apa Derita Dunia Bila Islam Mundur- Abul Hasan An Nadawy

Selasa, 3 Ogos 2010

RESPONS TEHADAP BEKAM PADA TARIKH 17,19 DAN 21 HB SYAABAN

Kebanyakan pesakit memberitahu terasa penyakit semakin berkurang dengan ketara. Samada penyakit santau kronik,sihir atau saka kebanyakannya memberi respons positif.

Oleh itu adalah sangat digalakkan mereka datang berbekam lagi bila sakit atau pada tarikh 26 ,28 dan 30 Sept yang bersamaan dengan tarikh 17,19,21 hb Syawal supaya tercabut lagi segala akar umbi penyakit.

Tidak digalakkan berbekam di Bulan Ramadhan walaupun begitu berbekam di waktu malam dengan lima poin ke bawah tidak melemahkan badan.

Sedikit pepatah : Agama tidak pernah mengecewakan manusia,tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Ahad, 1 Ogos 2010

DAKWAH PERAWAT KEPADA PESAKIT - HALATUJU NASIHAT










قَالَ رَسُولُ الله صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لا َ تَجْلِسُوا عِنْدَ كُلِّ عَالِمٍ اِلا َّ اِلىَ عَالِمٍ يَدْعُوكُمْ مِنْ خَمْسٍ اِلىَ خَمْسٍ ، مِنَ ا لشَّكِ اِلىَ الْيَقِيْنِ ، وَمِنَ الرِّ يَاءِ اِلىَ الاِخْلَصِ ،وَمِنَ الرَّغْبَةِ اِلىَالزُّهْدِ، وَ مِنَ الْكِبْرِ اِلىَ
َّالتَّوَاضُعِ، وَ مِنَ الْعَدَاوَةِ اِلىَ النَّصِيْحَةِ ـ رواه ابو نعيم وابن الجوزى عن جابر

Ertinya :

Rasulullah SAW bersabda : Janganlah kamu sekelian duduk/belajar kepada setiap orang yang berilmu kecuali pada orang yang berilmu yang mengajak kamu meninggalkan lima perkara menuju lima perkara iaitu dari syak(keraguan) kepada keyakinan, dari riya'(suka pamerkan kehebatan) kepada keikhlasan, dari tamak kepada dunia kepada zuhud(tidak terpengaruh oleh dunia walaupun menguasai dunia), dari kesombongan kepada tawadhu'( rasa sedar diri), dan dari permusuhan kepada keikhlasan hidup rukun damai. Hadis riwayat Abu Nuaim dan Ibnul Jauzi dari Jabir r.a

Hadis ini menjelaskan lima tugas rukun orang yang berilmu(termasuk perawat Islam) umumnya dan guru khususnya iaitu :

1)Menghilangkan keraguan murid(pesakit) terhadap kebenaran Islam dan menjadikan mereka yakin

2)Menghilangkan sifat riya'(suka pamer kehebatan diri) menjadi murid(pesakit) yang ikhlas

3)Guru itu berusaha memberantas sifat rakus/serakah dari murid(pesakit) kepada keduniaan dan menjadikan mereka selalu bersyukur dengan kurnia Allah yang ada dan tidak terpengaruh oleh keduniaan (zuhud) dengan berusaha keras mencari rezeki dari Allah yang halal lagi baik

4)Berusaha memberantas sifat sombong dan angkuh dari murid dan menjadikan mereka tawadhu'(rendah hati) ,patuh sepenuhnya kepada Allah dan pandai menghormati orang lain

5)Berusaha menghilangkan rasa permusuhan(di dalam hati )murid(pesakit) sehingga mereka menjadi orang-orang yang boleh hidup rukun damai dalam masyarakat.

Nasihat sekadar kemampuan dan masa yang ada

Dipetik dari Buku Hadits Tarbiyah- Drs Abu Bakar Muhammad-Penerbit al Ikhlas Surabaya (dengan diedit dan diolah sedikit susunan kata dan tambahan nasihat oleh Us Hanafiah)