Pembaca Setia

Selasa, 20 Julai 2010

WAJARKAH GUNAKAN KAEDAH PARANG TERBANG DALAM PERTEMPURAN ATAU BERJIHAD










Sejarah Islam membuktikan orang yang paling berani atau penghulu syuhada' di syurga adalah Saidina Hamzah bin Abdul Mutallib bapa saudara nabi Saw yang syahid di dalam peperangan Uhud. Jika beliau menghantar pedangnya sahaja atau beliau halimunan dan membunuh kafir Quraisy dengan pedang terbangnya maka beliau tidak akan mampu mencapai tahap yang mulia berkenaan.

Berjuang menggunakan kaedah parang terbang,kebal ,ilmu halimunan bukan sahaja boleh dikategorikan sebagai penakut tetapi adalah kehinaan kepada orang Islam kerana jika dibandingkan dengan orang yang bukan Islam mereka sanggup mati mempertahankan kebatilan tetapi kita sebagai orang Islam takut pula mati mempertahankan kebenaran.

Kepada semua umat Islam yang memiliki ilmu berkenaan buanglah segera dan jangan sebarkan ilmu berkenaan kepada orang lain kerana anda bukanlah gagah dalam erti kata sebenar tetapi perasaan takutkan mati terlampau kuat di dalam diri anda yang menunjukkan anda sebenarnya pengecut dan akan memalukan sejarah umat Islam yang berjuang dengan titisan darah dan air mata