Pembaca Setia

Selasa, 27 Julai 2010

TETAP SAKIT WALAUPUN DAH CUBA MACAM-MACAM (sambungan)












2)Serangan pening yang berterusan

Tetap merasa pening walaupun setelah dibekam dan mandi ais,pesakit/ahli keluarga boleh mencuba buat rawatan berikut :

a)Membaca surah al waqiah ayat 19 dengan ulangan yang banyak sambil mencekup kepala dengan tangan dan membuang dengan niat membuang penyakit

b)Basahkan tuala goodmorning/kain putih dengan air ruqyah dan lilitkan di kepala sambil berbaring.Zikir dengan tasbih Nabi Allah Yunus sebanyak-banyaknya sehingga kering tuala atau tertidur(jika di waktu malam) dengan harapan Allah menyembuhkan(mengurangkan kesakitan).

c)Ramaskan air asam jawa dengan air ruqyah dan lumurkan di kepala. Biarkan kering.Lakukan beberapa kali sehingga hilang peningnya.

d)Baca 3 qul ,hembus pada tangan dan sapu seluruh tubuh

e)Boleh juga gunakan ais dibungkus dengan kain dan dituam di kepala

f)Amalkan guna minyak zaitun ruqyah sebagai minyak rambut setiap hari

g)Basahkan kepala beberapa kali dengan air zam-zam (jika ada)

h)Letakkan tangan sendiri di kepala dan bacalah alfatihah tujuh puluh kali atau lebih