Pembaca Setia

Selasa, 27 Julai 2010

TETAP SAKIT WALAUPUN DAH CUBA MACAM-MACAM













Bagi pesakit gangguan sihir/saka yang kuat maka biasanya ada perlawanan dari tukang sihir/jin saka ketika anda kembali ke rumah .Semasa di pusat rawatan dan dibacakan doa atau dibekam mungkin sakitnya berkurangan tetapi ketika kembali ke rumah sebelah malamnya atau keesokan harinya serangan penyakit berlaku semula kadang-kadang lebih teruk dari sebelum dirawat. Sebagai persediaan untuk mengatasi masalah ini ada beberapa perkara yang boleh dibuat oleh pesakit/ahli keluarga :

1)Jika serangan dalam bentuk kerasukan separa atau penuh@mengamuk @ histeria@hampir gila :

a)Boleh diazankan berkali-kali untuk melemahkan gangguan. Jangan berkata yang boleh menimbulkan provokasi terhadap pesakit tetapi kita juga tidak perlu taat kepada setiap kata-katanya.

b)mandikan pesakit dengan ais yang banyak pagi,petang dan malam. Jika perlu pesakit diikat dengan kain dan dijiruskan.Perlu ramai yang membantu.

c)Suruh pesakit banyak meminum madu yang dicampur dengan air ruqyah,minyak zaitun dan/atau minyak habbatussawda diminum/sapu

d)pujuk pesakit makan kurma sebanyak tujuh ulas sekurang-kurangnya setiap hari.

e)Perdengarkan cd ruqyah berulang kali dan cd alquran sebanyak tiga juzuk sehari atau lebih.

f)Peringatkan pesakit supaya jangan mengikut sangat bisikan yang didengarnya tetapi hendaklah menjawab dengan jitu.Biasanya bisikan jin jika kita dapat jawab dengan tepat maka ia akan terkedu. Patahkan hujahnya dengan berkata seperti saya benar-benar berserah diri kepada Allah,Allah akan menyembuhkan saya, Allah melindungi saya ,saya yakin sepenuhnya kepada Allah,baca qul a'uzubirabbinnas dll sesuai dengan hujah jin tetapi pastikan jin tahu kita benar-benar bergantung sepenuhnya zahir dan batin kepada Allah.

g)Elakkan pesakit tinggal bersendirian kerana ini akan memudahkan jin mengganggu.Bagi gangguan kategori ini pesakit perlu sentiasa di perhatikan/monitor.

h)Baca tiga qul ,tiup di tapak tangan dan usapkan kepada seluruh badan pesakit tiga kali ketika sakit.Lakukan juga kepada pesakit sebelum tidur.Peringatkan pesakit supaya banyak membaca tiga qul ini.

i)Bacakan kisah-kisah yang boleh menaikkan semangat pesakit sebelum tidur seperti perjuangan para sahabat dan kesusahannya,kisah jihad ulama,kisah pahlawan Islam seperti Salahuddin Al Ayubi,Muhammad Al Fatih ,Imam Bonjol dll.Ini penting supaya pesakit timbul semangat untuk melawan gangguan itu. Semangat juang pesakit yang tidak kenal putus asa beserta keimanan amat penting untuk mengalahkan gangguan seperti ini.

j)Pujuk pesakit supaya makan untuk elakkan pesakit lemah dan kurus kering.Boleh juga baca surah Quraisy dan diusapkan ditenggoroknya setiap hari dengan niat supaya Allah membuka selera makannya.

k)Jika perlu letakkan tangan di tempat sakit,bacakan fatihah tujuh kali dan hembus perlahan-lahan.

l)Pesakit lelaki sebaiknya menunaikan solat jemaah bila keadaan mengizinkan dengan ditemani.Jika sukar mengawalnya boleh solat di rumah.