Pembaca Setia

Sabtu, 10 Julai 2010

RAWATAN SANTAU : TEKNIK BEKAM VS TEPUK DAUN NANGKA/DLL


Bagi pesakit santau yang mengambil masa lama untuk sembuh dengan teknik tepuk daun nangka sila amalkan berbekam .InsyaAllah sakit anda akan sembuh dengan lebih pantas.

Rawatan pertama adalah lebih baik pesakit diruqyah dahulu dan sediakan air ruqyah yang banyak,kemudian terus dibekam.

Makan kurma tujuh ulas sehari ,kalau boleh untuk tempoh sebulan dan amalkan minum madu dicampur air ruqyah tiga kali sehari,iaitu pagi,petang dan malam juga sebaiknya untuk tempoh sebulan.

Amalkan juga mandi ais untuk tempoh seminggu.

Untuk rawatan susulan amalkan berbekam di poin sunnah atau tempat sakit sebulan sekali dan minum madu dicampur air ruqyah sahaja.Boleh juga mandi ais bila perlu.InsyaAllah kesembuhan kelihatan lebih ketara.

Sila pantangkan limau,nenas,rebung dan cuka selagi belum sembuh untuk elakkan luka dalaman.

Kembali kepada sunnah kembali kepada kejayaan