Pembaca Setia

Jumaat, 9 Julai 2010

RAWATAN GANGGUAN-KEHEBATAN MEMINUM MADU


Kebiasaannya saya menyarankan bagi pesakit yang gangguannya tidak kuat minum madu yang dicampur air ruqyah dua kali sehari,sekali di waktu pagi ketika perut kosong dan sekali di waktu malam sebelum tidur.

Bagi gangguan yang agak kuat pesakit disarankan minum madu dalam dos yang lebih besar lima kali sehari atau lebih.Dengan banyak meminum madu dapat memberi tenaga ,melemahkan gangguan dan memulihkan luka dalam akibat sihir atau santau.Pesakit santau digalakkan meminum madu dalam dos yang besar dan lebih kerap.

Pengalaman seorang pesakit yang hampir strok (diceritakan dalam satu seminar) minum madu terus dari botol tanpa mengira sukatan lagi, akhirnya beliau boleh bangun dan berjalan dalam tempoh yang singkat.