Pembaca Setia

Jumaat, 16 Julai 2010

PERAWAT SUNNAH SEJATI-SEBAHAGIAN IDENTITI YANG PERLU DIPUPUK


1)Tidak menipu, curang atau khianat.Sangat sedar imej buruk dari tiga sifat ini sukar diperbaiki dan jika berlaku juga sebahagian dari tiga sifat buruk ini akan mengambil tindakan segera memperbaiki keadaan

2)Sentiasa memperbaiki diri supaya akhlak disenangi Allah

3)Sentiasa jujur dan dilihat sebagai jujur.

4)Berniat dakwah dalam perubatan dan juga mendidik masyarakat

5)Berilmu-dengan keyakinan yang benar bahawa semua perbuatan Rasul saw adalah amat dicintai dan diredhoi oleh Allah, dan jika kita mengamalkannya maka ia adalah wasilah yang paling baik untuk mencapai kecintaan dan keredhoan Allah sepertimana Allah mencintai para sahabat Nabi saw

6)Tidak berniat mencari kesenangan dan kemewahan dunia semata-mata tetapi bertekad untuk menggunakan kembali harta yang diperolehi ke jalan Allah

7)Menjaga solat berjemaah sedaya upaya

8)Bersifat kasih sayang kerana Allah kepada pesakit dan keluarga mereka,mendoakan kesembuhan pesakit ketika mereka pulang dan agar Allah memberi hidayah kepada mereka kepada cara hidup yang lebih diredhoi.

9)Bersedia dengan jawapan kerana semakin banyak pengikut di blog kamu semakin banyak soalan tuhan