Pembaca Setia

Khamis, 29 Julai 2010

BEKAM KEPADA SEORANG INDIA YANG KENA SANTAU




















Seorang pemuda India(beragama Hindu) dalam lingkungan tiga puluhan datang untuk rawatan lebih kurang dua minggu lepas.Beliau mengadu telah berubat dimerata-rata tempat termasuk dengan bomoh dan berbagai jenis sami selama empat tahun tetapi masih tidak sembuh.Sakitnya sentiasa terasa diseluruh badan terutama di kawasan dada dan kepala.

Kali pertama beliau datang dalam keadaan kurus kering dan kelihatanlemah. Menurut beliau semua orang tidak percaya dia sakit kerana dari luarannya kelihatan baik.Mereka menuduh beliau sengaja mereka cerita kerana malas bekerja.

Ketika dibacakan ruqyah memang tiada respon menunjukkan kemungkinan besar dia terkena santau sahaja tanpa unsur sihir lain. Selesai pembacaan ruqyah saya membekam beliau di beberapa poin di belakangnya. Setelah itu saya berpesan supaya amalkan minum madu yang dicampur dengan air ruqyah,makan kurma dan minum minyak zaitun .

Beliau memberitahu ada rasa kurang sedikit sakitnya setelah dibekam.Tiba-tiba keesokan harinya beliau menelefon mengatakan rasa sakit sangat setelah pulang ke rumah terutama di bahagian hadapan badan.Saya menyuruh beliau datang dan membekam pula bahagian hadapan badan beliau di tempat sakit dan menyuruh beliau datang semula untuk dibekam pada tarikh 17hb Syaaban@29hb julai (semalam).

Kelihatan beliau makin sihat dan semakin berisi bila datang semalam. Rasa sakitnya telah berkurangan. Bila dibekam sangat banyak darah kehitaman keluar(biasanya darah kehitaman ini darah toksik bercampur bisa santau)

Saya menyuruh beliau datang untuk dibekam lagi jika sakit. Menurut pengamatan saya jika beliau mengamalkan apa yang saya suruh maka beliau boleh sembuh sepenuhnya dari santau dalam tempoh dua bulan sahaja. Insya Allah