Pembaca Setia

Ahad, 4 Julai 2010

LIKU-LIKU SYAITAN MEMPERMAINKAN PERAWAT SEMASA SESI RAWATAN








-Jin berlakon melolong kesakitan melampau-lampau bila dipicit hanya sedikit oleh perawat pada anggota badan pesakit.

-Jin mula memuji-muji kehebatan perawat.

-Jin berpura-pura mati bila disembelih.

-Jin dalam badan pesakit ketakutan melampau-lampau kepada perawat,terutama kepada perawat baru.

-Pesakit meraung kerasukan bila dikerumuni perawat,tetapi berlaku sebaliknya bila pesakit ditinggalkan bersendirian.

-Perawat mula "syok" menekan/memicit/menyentuh tubuh pesakit wanita dengan kekerapan yang tinggi.

-Perawat mudah percaya bulat-bulat kata-kata jin pengganggu/sihir semasa sesi dialog.

-Perawat tidak menjaga mata/pandangan apabila merawat pesakit wanita.

-Perawat tidak berhati-hati menangani kerasukan sehingga mengaibkan pesakit wanita seperti terbuka aurat dan sebagainya.