Pembaca Setia

Sabtu, 24 Julai 2010

KEPENTINGAN TAUBAT NASUHA















Setengah orang-orang soleh berkata : Aku telah memohon daripada Allah akan sesuatu yang mudah buat beberapa tahun,tetapi aku lihat dia tidak memperkenankannya ". Orang lain bertanya kepada orang soleh ini : " Apakah yang telah engkau pinta? ". Orang soleh itu menjawab : Aku meminta Allah menerima taubat aku dan mengurniakan kepada aku taubat nasuha." Mereka berkata : Adakah engkau menyangka ini perkara yang mudah ? Adakah engkau tahu apa yang engkau pinta dari Allah? Sesungguhnya engkau meminta supaya Dia mengasihi engkau.

Engkau sebenarnya menuntut cinta Allah kerana Allah telah berfirman :










(Maksudnya : Sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang yang sering mensucikan diri Al Baqarah 222)

Engkau meminta darjat yang tinggi yang tidak dapat dilihat oleh orang iaitu darjat Allah mengasihi engkau. Apabila Allah telah mengasihi engkau maka Dia merupakan pendengaran yang engkau gunakan untuk mendengar,penglihatan yang engkau gunakan untuk melihat .

Engkau telah menjadi manusia rabbani.

(DI PETIK DARI BUKU KHUTBAH PROF. DR.YUSOF ALQARDHAWI)