Pembaca Setia

Jumaat, 16 Julai 2010

KENAPA PESAKIT TIDAK MAHU MELAKUKAN IBADAH YANG DISURUH OLEH PERAWAT SEPERTI SOLAT,ZIKIR,BACA QURAN DSBGNYA


1)Pesakit telah terlampau jauh dari agama.Jika kita memaksanya solat pun kemungkinan tidak ada hasil kerana kaedah solatnya tidak tepat dan tidak dapat menghasilkan insan bertakwa.Pesakit begini perlu diceritakan kembali tentang fungsi agama,tauhid , akidah dan kebaikan melakukan ibadah serta kecantikan Islam dll

2)Pesakit tidak merasa nikmat yang hakiki dalam beribadah kerana caranya tidak menepati sunnah.Pesakit begini boleh diterangkan serba sedikit kaedah wudhu sunnah dan amalan sunnah yang penting diperhatikan di dalam solat supaya timbul khusyu' dan terasa manis solat

3)Pesakit yang masih melakukan perkara syirik,pesakit begini perlu membuang segala tangkal,kepercayaan kepada wafak dan barang lama,keramat kuburan dan kembali belajar akidah Islam yang murni