Pembaca Setia

Khamis, 8 Julai 2010

KELEMAHAN RAWATAN CARA TIDUR/TERAWANGAN /MERAGA SUKMA-kelemahan 2

Kelemahan 2:

1)Pernah terjadi seorang pelajar dari Afrika yang belajar di sebuah universiti tempatan ingin mencuba menggunakan kaedah ini di sebuah pusat rawatan Islam .Beliau dengan dibantu oleh beberapa perawat senior telah menggunakan kaedah ini dan telah balik ke Afrika.Di sana beliau telah melihat berapa banyaknya jin/syaitan yang dipelihara oleh bomoh-bomoh Afrika di kampungnya. Setelah beberapa lama meninjau beliau pun ingin balik ke Malaysia tetapi rohnya telah dipegang oleh jin/syaitan tok bomoh Afrika.

Oleh kerana beliau tidak sedar dalam tempoh yang lama perawat lain mula risau dan membaca doa dan ayat quran untuk membantu.Setelah pertempuran yang lama dan sangat meletihkan akhirnya roh pelajar Afrika ini dapat dilepaskan dan kembali ke Malaysia.

Pelajar Afrika itu sedar semula dalam keadaan yang sangat letih dan menyakitkan , telah serik dan berkata ini macam punya ilmu saya tidak mahu belajar.

Setelah melalui beberapa lagi pengalaman yang memilukan menggunakan kaedah ini maka Pengasas Pusat Rawatan berkenaan telah menarik balik kaedah ini dan kembali menggunakan kaedah ruqyah dan herba.