Pembaca Setia

Khamis, 8 Julai 2010

KELEMAHAN RAWATAN CARA TIDUR/TERAWANGAN /MERAGA SUKMA-kelemahan 1


Ini adalah salah satu teknik yang telah diadaptasi ke dalam rawatan Islam.Dengan mengamalkan ayat tertentu dan zikir tertentu roh tidur dikeluarkan bagi tujuan rawatan atau tujuan lain.

Kelemahan yang paling ketara adalah kaedah ini tidak menepati sunnah dan mendedahkan pelakunya kepada serangan balas yang kuat.Saudara-saudari boleh lihat di blog perawat yang menggunakan kaedah ini bagaimana mereka diserang balas dengan teruk dan ini tidak berlaku kepada perawat yang menggunakan kaedah sunnah.

Mengikut kajian saya ada juga perawat yang menggunakan kaedah ini mati akibat serangan balas dari tok bomoh dan jin walaupun mereka sangat banyak zikirnya.Kaedah-kaedah ini walaupun kelihatan hebat tetapi ia tidak ada auto-protector,tiada jaminan dari Allah dan Rasulnya,tidak bersifat rahmatan lil 'alamin dan selalu mengundang musibah kepada pelakunya.