Pembaca Setia

Khamis, 29 Julai 2010

KEHEBATAN AL QURAN















Tazkirah dari seorang Ustaz yang pernah belajar di Mesir dengan Sheikh Nabil,seorang ulama quran yang mempunyai sanad quran (jalan sanad yang paling baik di Mesir) yang sampai kepada Rasulullah saw.

Menurut Ustaz berkenaan cara pembelajaran quran bersanad adalah seorang demi seorang.Beliau telah mengambil sanad tiga puluh juzuk al quran dalam masa 50 jam.

Kebiasaannya beliau sekali duduk tasmi' dalam masa 5 jam. Mukjizat al quran kata beliau adalah beliau tidak rasa lenguh,mengantuk,sakit belakang dan sebagainya ketika tasmi' dengan ulama berkenaan tidak seperti di Malaysia apabila baca 4,5 muka surat dah mula menguap.

Pernah beliau tasmi' dari pukul 9.00 pagi sampai lapan malam(berhenti waktu solat sahaja) dan diberi oleh ulama berkenaan makan setengah keping dari rotinya sahaja tetapi beliau tidak rasa lapar.