Pembaca Setia

Isnin, 5 Julai 2010

JANGAN LUPA BERBEKAM SELEPAS RUQYAH







Pesakit gangguan jin disyorkan berbekam 1cup dipusat kepala (ubun-ubun) untuk meraih kesembuhan maksimum dari Allah SWT selepas tamat menjalani rawatan ruqyah 7 hari minum dan 7 hari mandian air doa.

Berbekam di pusat kepala amat-amat besar pahala dan fadhilatnya,ini kerana 72 jenis penyakit termasuk gangguan jin dapat disembuhkan dengan hanya berbekam dipusat kepala sahaja.MasyaAllah...

Sebaiknya pesakit ganggun jin baik lelaki/wanita berbekam dipusat kepala pada waktu pertengahan bulan islam iaitu 17hb/19hb/21hb dan berbekam perlu pada waktu pagi dengan perut yang kosong,insyaAllah segala penyakit gangguan jin anda seperti santau,sihir dan saka akan pulih secara automatik berkat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.

Catatan :Al-Khallal berkata: “Aku diberitahu Ishmah bin Isham, dia berkata: Aku diberitahu Hambal, dia berkata: ‘Abu Abdullah Ahmad bin Hambal biasa melakukan bekam pada bila-bila masa ketika darah tidak normal dan tidak kira waktunya’.”