Pembaca Setia

Jumaat, 23 Julai 2010

BAGAIMANA MEMANTAPKAN KEYAKINAN,AKHLAK DAN KEAMPUHAN RUQYAH DENGAN KAEDAH QURAN DAN SUNNAH BAGI PERAWAT (DAN PECINTA SUNNAH)

Kembali kepada asalnya kita contohi bagaimana sahabat yang asalnya orang-orang biasa membina amalan dan iman mereka sehingga menjadi mantap dan dapat menguasai sepertiga dunia

1)Sangat menjaga solat tahajjud,sekiranya terlepas juga digantikan dengan solat dhuha

2)Rajin membaca quran dengan tadabbur dan sangat mencintai quran. Perawat seboleh-bolehnya menggantikan hizb-hizb dengan bacaan alquran .Minima satu juzuk dan paling mantap adalah sekurang-kurangnya tiga juzuk sehari.Berat?Ini dijamin lebih baik dari wirid yang beratus ribu kerana ia memang dari amalan para sahabat.Bagi mengelakkan kebosanan dicadangkan menggunakan tafsi Al Azhar Prof Hamka untuk memudahkan kefahaman yang agak mendalam, mengetahui tujuan2 ayat dan kaitan dengan sunnah dan kehalusan budi yang Allah hendak kita bina

3)Berpuasa sunat mengikut kemampuan

4)Berselawat kepada Nabi saw sedaya upaya.

5)Berdakwah kepada orang yang jauh dari agama. Bila kita melakukan dakwah paling kurang kita akan dapat merasakan nur dakwah yang hanya dirasai apabila kita menyampaikan kebenaran terutama kepada orang yang jauh dari agama. Seolah-olah terlepas sebahagian dari beban umat yang selama ini tidak turun padang menjalankan dakwah kecuali sebahagian kecil. Berdakwah mendatangkan kepuasan batin yang hanya dialami oleh mereka yang melakukannya. Kita dapat merasakan sebahagian kecil dari penderitaan nabi dalam menjalankan dakwah dan ini mendorong kita memperbaiki diri dan meningkatkan iman kita.