Pembaca Setia

Selasa, 20 Julai 2010

ALERT : UNTUK SEMUA PESAKIT KRONIK

Minggu hadapan pada tarikh 29.07.10,31.07.10 dan 02.08.10 adalah tarikh yang bersesuaian dengan 17hb.19hb dan 21hb Syaaban yang jika berbekam pada tarikh ini boleh menyembuhkan semua penyakit mengikut hadis Rasulullah saw.

Oleh itu kepada semua pesakit santau,santau kronik,saka,sihir kronik dan semua jenis penyakit yang lain berat atau ringan disarankan tidak melepaskan peluang yang sangat baik untuk berbekam pada tarikh berkenaan.

Di kesempatan ini saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang berkah dan semoga dapat kurangkan tabiat makan banyak ketika berbuka kepada semua Umat Islam.