Pembaca Setia

Sabtu, 31 Julai 2010

PENGUMUMAN UNTUK BULAN RAMADHAN - PENUTUPAN PUSAT RAWATAN SEPANJANG RAMADHAN

Rawatan di bulan Ramadhan adalah berdasarkan kepada appointment sahaja.

Sila hubungi Ust. Zailan di 018 202 7559 untuk temujanji

Khamis, 29 Julai 2010

BEKAM KEPADA SEORANG INDIA YANG KENA SANTAU




















Seorang pemuda India(beragama Hindu) dalam lingkungan tiga puluhan datang untuk rawatan lebih kurang dua minggu lepas.Beliau mengadu telah berubat dimerata-rata tempat termasuk dengan bomoh dan berbagai jenis sami selama empat tahun tetapi masih tidak sembuh.Sakitnya sentiasa terasa diseluruh badan terutama di kawasan dada dan kepala.

Kali pertama beliau datang dalam keadaan kurus kering dan kelihatanlemah. Menurut beliau semua orang tidak percaya dia sakit kerana dari luarannya kelihatan baik.Mereka menuduh beliau sengaja mereka cerita kerana malas bekerja.

Ketika dibacakan ruqyah memang tiada respon menunjukkan kemungkinan besar dia terkena santau sahaja tanpa unsur sihir lain. Selesai pembacaan ruqyah saya membekam beliau di beberapa poin di belakangnya. Setelah itu saya berpesan supaya amalkan minum madu yang dicampur dengan air ruqyah,makan kurma dan minum minyak zaitun .

Beliau memberitahu ada rasa kurang sedikit sakitnya setelah dibekam.Tiba-tiba keesokan harinya beliau menelefon mengatakan rasa sakit sangat setelah pulang ke rumah terutama di bahagian hadapan badan.Saya menyuruh beliau datang dan membekam pula bahagian hadapan badan beliau di tempat sakit dan menyuruh beliau datang semula untuk dibekam pada tarikh 17hb Syaaban@29hb julai (semalam).

Kelihatan beliau makin sihat dan semakin berisi bila datang semalam. Rasa sakitnya telah berkurangan. Bila dibekam sangat banyak darah kehitaman keluar(biasanya darah kehitaman ini darah toksik bercampur bisa santau)

Saya menyuruh beliau datang untuk dibekam lagi jika sakit. Menurut pengamatan saya jika beliau mengamalkan apa yang saya suruh maka beliau boleh sembuh sepenuhnya dari santau dalam tempoh dua bulan sahaja. Insya Allah

KEHEBATAN AL QURAN















Tazkirah dari seorang Ustaz yang pernah belajar di Mesir dengan Sheikh Nabil,seorang ulama quran yang mempunyai sanad quran (jalan sanad yang paling baik di Mesir) yang sampai kepada Rasulullah saw.

Menurut Ustaz berkenaan cara pembelajaran quran bersanad adalah seorang demi seorang.Beliau telah mengambil sanad tiga puluh juzuk al quran dalam masa 50 jam.

Kebiasaannya beliau sekali duduk tasmi' dalam masa 5 jam. Mukjizat al quran kata beliau adalah beliau tidak rasa lenguh,mengantuk,sakit belakang dan sebagainya ketika tasmi' dengan ulama berkenaan tidak seperti di Malaysia apabila baca 4,5 muka surat dah mula menguap.

Pernah beliau tasmi' dari pukul 9.00 pagi sampai lapan malam(berhenti waktu solat sahaja) dan diberi oleh ulama berkenaan makan setengah keping dari rotinya sahaja tetapi beliau tidak rasa lapar.

Selasa, 27 Julai 2010

KEHEBATAN PARANG TERBANG











Bagi perawat yang masih degil ingin menyebarkan ilmu parang terbang,kebal atau halimunannya maka dia sewajarnya menguji dahulu adakah ilmunya ampuh atau tidak?

Maka medan ujian yang sebaiknya adalah di Palestin. Pergilah berjuang menghadapi Israel.

Jika menang dan sewajibnya menang maka boleh kembali ke Malaysia sebagai Pahlawan Kehormat dan dianugerahkan berbagai pingat.Ada berani???

Jika tidak berani, maka insafilah diri dan buanglah ilmu yang tidak menambahkan manfaat kepada pemiliknya tetapi menambah mudhorat.

Abu Ayyub Al Ansari: The walls of Constantinople

Topic: Bravery of the Sahaba

Bravery of the SahabaThe last campaign Abu Ayyub Al-Ansari (may Allah be pleased with him) took part in was the one prepared by Mu'awiyah and led by his son Yazid against Constantinople. Abu Ayyub at that time was a very old man, almost eighty years old. But that did not prevent him from joining the army and crossing the seas as a graze in the path of God. After only a short time engaged in the battle, Abu Ayyub fell ill and had to withdraw from fighting. Yazid came to him and asked..

"What is it you need, Abu Ayyub?"

"Convey my salaams to the Muslim armies and say to them:

'Abu Ayyub urges you to penetrate deeply into the territory of the enemy as far as you can go, that you should carry him with you and that you should bury him under your feet at the walls of Constantinople."' Then he breathed his last.

The Muslim army fulfilled the desire of the companion of the Messenger of God. They pushed back the enemy's forces in attack after attack until they reached the walls of Constantinople. There they buried him.

TETAP SAKIT WALAUPUN DAH CUBA MACAM-MACAM (sambungan)












2)Serangan pening yang berterusan

Tetap merasa pening walaupun setelah dibekam dan mandi ais,pesakit/ahli keluarga boleh mencuba buat rawatan berikut :

a)Membaca surah al waqiah ayat 19 dengan ulangan yang banyak sambil mencekup kepala dengan tangan dan membuang dengan niat membuang penyakit

b)Basahkan tuala goodmorning/kain putih dengan air ruqyah dan lilitkan di kepala sambil berbaring.Zikir dengan tasbih Nabi Allah Yunus sebanyak-banyaknya sehingga kering tuala atau tertidur(jika di waktu malam) dengan harapan Allah menyembuhkan(mengurangkan kesakitan).

c)Ramaskan air asam jawa dengan air ruqyah dan lumurkan di kepala. Biarkan kering.Lakukan beberapa kali sehingga hilang peningnya.

d)Baca 3 qul ,hembus pada tangan dan sapu seluruh tubuh

e)Boleh juga gunakan ais dibungkus dengan kain dan dituam di kepala

f)Amalkan guna minyak zaitun ruqyah sebagai minyak rambut setiap hari

g)Basahkan kepala beberapa kali dengan air zam-zam (jika ada)

h)Letakkan tangan sendiri di kepala dan bacalah alfatihah tujuh puluh kali atau lebih

TETAP SAKIT WALAUPUN DAH CUBA MACAM-MACAM













Bagi pesakit gangguan sihir/saka yang kuat maka biasanya ada perlawanan dari tukang sihir/jin saka ketika anda kembali ke rumah .Semasa di pusat rawatan dan dibacakan doa atau dibekam mungkin sakitnya berkurangan tetapi ketika kembali ke rumah sebelah malamnya atau keesokan harinya serangan penyakit berlaku semula kadang-kadang lebih teruk dari sebelum dirawat. Sebagai persediaan untuk mengatasi masalah ini ada beberapa perkara yang boleh dibuat oleh pesakit/ahli keluarga :

1)Jika serangan dalam bentuk kerasukan separa atau penuh@mengamuk @ histeria@hampir gila :

a)Boleh diazankan berkali-kali untuk melemahkan gangguan. Jangan berkata yang boleh menimbulkan provokasi terhadap pesakit tetapi kita juga tidak perlu taat kepada setiap kata-katanya.

b)mandikan pesakit dengan ais yang banyak pagi,petang dan malam. Jika perlu pesakit diikat dengan kain dan dijiruskan.Perlu ramai yang membantu.

c)Suruh pesakit banyak meminum madu yang dicampur dengan air ruqyah,minyak zaitun dan/atau minyak habbatussawda diminum/sapu

d)pujuk pesakit makan kurma sebanyak tujuh ulas sekurang-kurangnya setiap hari.

e)Perdengarkan cd ruqyah berulang kali dan cd alquran sebanyak tiga juzuk sehari atau lebih.

f)Peringatkan pesakit supaya jangan mengikut sangat bisikan yang didengarnya tetapi hendaklah menjawab dengan jitu.Biasanya bisikan jin jika kita dapat jawab dengan tepat maka ia akan terkedu. Patahkan hujahnya dengan berkata seperti saya benar-benar berserah diri kepada Allah,Allah akan menyembuhkan saya, Allah melindungi saya ,saya yakin sepenuhnya kepada Allah,baca qul a'uzubirabbinnas dll sesuai dengan hujah jin tetapi pastikan jin tahu kita benar-benar bergantung sepenuhnya zahir dan batin kepada Allah.

g)Elakkan pesakit tinggal bersendirian kerana ini akan memudahkan jin mengganggu.Bagi gangguan kategori ini pesakit perlu sentiasa di perhatikan/monitor.

h)Baca tiga qul ,tiup di tapak tangan dan usapkan kepada seluruh badan pesakit tiga kali ketika sakit.Lakukan juga kepada pesakit sebelum tidur.Peringatkan pesakit supaya banyak membaca tiga qul ini.

i)Bacakan kisah-kisah yang boleh menaikkan semangat pesakit sebelum tidur seperti perjuangan para sahabat dan kesusahannya,kisah jihad ulama,kisah pahlawan Islam seperti Salahuddin Al Ayubi,Muhammad Al Fatih ,Imam Bonjol dll.Ini penting supaya pesakit timbul semangat untuk melawan gangguan itu. Semangat juang pesakit yang tidak kenal putus asa beserta keimanan amat penting untuk mengalahkan gangguan seperti ini.

j)Pujuk pesakit supaya makan untuk elakkan pesakit lemah dan kurus kering.Boleh juga baca surah Quraisy dan diusapkan ditenggoroknya setiap hari dengan niat supaya Allah membuka selera makannya.

k)Jika perlu letakkan tangan di tempat sakit,bacakan fatihah tujuh kali dan hembus perlahan-lahan.

l)Pesakit lelaki sebaiknya menunaikan solat jemaah bila keadaan mengizinkan dengan ditemani.Jika sukar mengawalnya boleh solat di rumah.

Sabtu, 24 Julai 2010

KEPENTINGAN TAUBAT NASUHA















Setengah orang-orang soleh berkata : Aku telah memohon daripada Allah akan sesuatu yang mudah buat beberapa tahun,tetapi aku lihat dia tidak memperkenankannya ". Orang lain bertanya kepada orang soleh ini : " Apakah yang telah engkau pinta? ". Orang soleh itu menjawab : Aku meminta Allah menerima taubat aku dan mengurniakan kepada aku taubat nasuha." Mereka berkata : Adakah engkau menyangka ini perkara yang mudah ? Adakah engkau tahu apa yang engkau pinta dari Allah? Sesungguhnya engkau meminta supaya Dia mengasihi engkau.

Engkau sebenarnya menuntut cinta Allah kerana Allah telah berfirman :










(Maksudnya : Sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang yang sering mensucikan diri Al Baqarah 222)

Engkau meminta darjat yang tinggi yang tidak dapat dilihat oleh orang iaitu darjat Allah mengasihi engkau. Apabila Allah telah mengasihi engkau maka Dia merupakan pendengaran yang engkau gunakan untuk mendengar,penglihatan yang engkau gunakan untuk melihat .

Engkau telah menjadi manusia rabbani.

(DI PETIK DARI BUKU KHUTBAH PROF. DR.YUSOF ALQARDHAWI)

Jumaat, 23 Julai 2010

BAGAIMANA MEMANTAPKAN KEYAKINAN,AKHLAK DAN KEAMPUHAN RUQYAH DENGAN KAEDAH QURAN DAN SUNNAH BAGI PERAWAT (DAN PECINTA SUNNAH)

Kembali kepada asalnya kita contohi bagaimana sahabat yang asalnya orang-orang biasa membina amalan dan iman mereka sehingga menjadi mantap dan dapat menguasai sepertiga dunia

1)Sangat menjaga solat tahajjud,sekiranya terlepas juga digantikan dengan solat dhuha

2)Rajin membaca quran dengan tadabbur dan sangat mencintai quran. Perawat seboleh-bolehnya menggantikan hizb-hizb dengan bacaan alquran .Minima satu juzuk dan paling mantap adalah sekurang-kurangnya tiga juzuk sehari.Berat?Ini dijamin lebih baik dari wirid yang beratus ribu kerana ia memang dari amalan para sahabat.Bagi mengelakkan kebosanan dicadangkan menggunakan tafsi Al Azhar Prof Hamka untuk memudahkan kefahaman yang agak mendalam, mengetahui tujuan2 ayat dan kaitan dengan sunnah dan kehalusan budi yang Allah hendak kita bina

3)Berpuasa sunat mengikut kemampuan

4)Berselawat kepada Nabi saw sedaya upaya.

5)Berdakwah kepada orang yang jauh dari agama. Bila kita melakukan dakwah paling kurang kita akan dapat merasakan nur dakwah yang hanya dirasai apabila kita menyampaikan kebenaran terutama kepada orang yang jauh dari agama. Seolah-olah terlepas sebahagian dari beban umat yang selama ini tidak turun padang menjalankan dakwah kecuali sebahagian kecil. Berdakwah mendatangkan kepuasan batin yang hanya dialami oleh mereka yang melakukannya. Kita dapat merasakan sebahagian kecil dari penderitaan nabi dalam menjalankan dakwah dan ini mendorong kita memperbaiki diri dan meningkatkan iman kita.

Khamis, 22 Julai 2010

Kerjasama Menghadirkan Kebaikan













“…Dan tolong menolonglah kalian dalam kebaikan dan takwa dan janganlah kalian tolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaan-Nya“. Al-Ma’idah:2

Ayat ini merupakan penutup dari pembicaraan ayat yang cukup panjang yang memuat beberapa hukum Allah swt dalam bentuk larangan; janganlah kamu melanggar syi’ar-syi’ar Allah, jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang hadyi dan binatang-binatang qalaa‘id, jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah untuk mencari kurnia dan ridha Allah, dan terakhir janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka) sehingga dapat difahami bahwa hukum Allah tidak akan mungkin ditegakkan sendiri-sendiri tanpa kerjasama dari seluruh pihak (ta’awun).

Kerana ayat ini juga berada sebelum ayat yang terakhir kali turun, yaitu ayat “Pada hari ini telah Kusempurnakan bagimu agamamu, dan telah Kusempurnakan juga nikmatKu atasmu dan telah Kuridhai Islam sebagai agamamu“, maka berarti kandungan ayat ini merupakan pesan terakhir Allah swt kepada seluruh hamba-Nya.

Yang menarik bahwa redaksi seperti ayat ini “Dan tolong menolonglah kalian dalam kebaikan dan takwa” ternyata hanya tersebut sekali dalam Al-Qur’an, sehingga ayat ini harus difahami dalam konteks umum; umum dari segi sasarannya dan umum dari segi jenis kebaikan yang dituntutnya.

Sungguh sebuah pesan universal dari Islam yang merupakan karakter dan fitrah dasarnya sebagai Rahmatan lil Alamin.

Ibnu Katsir memahami makna umum ayat ini berdasarkan redaksinya tolong menolonglah kalian bahwa Allah swt memerintahkan semua hamba-Nya agar senantiasa tolong menolong dalam melakukan kebaikan-kebaikan yang termasuk kategori Al-Birr dan mencegah dari terjadinya kemungkaran sebagai realisasi dari takwa. Sebaliknya Allah swt melarang mendukung segala jenis perbuatan batil yang melahirkan dosa dan permusuhan.

Selanjutnya Ibnu Katsir mengetengahkan dua hadis untuk memperkuat dan menjelaskan ayat ini, yaitu:

Pertama, hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang berbunyi, “Seorang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar atas perlakuan mereka adalah lebih baik dan besar pahalanya daripada mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar atas perilaku mereka” (Imam Ahmad).

Kedua, hadis yang menyebutkan tentang perintah menolong siapapun, baik yang terzhalimi maupun yang menzhalimi. Rasulullah saw bersabda, “Tolonglah saudaramu yang menzhalimi dan yang terzhalimi”. Maka para sahabat bertanya, “Menolong yang terzhalimi memang kami lakukan, tapi bagaimana menolong orang yang berbuat zhalim?”. Rasulullah menjawab, “Mencegahnya dari terus menerus melakukan kezhaliman itu berarti engkau telah menolongnya”. (Bukhari dan Ahmad).

Senada dengan Ibnu Katsir, keumuman maksud ayat difahami juga oleh Imam As-Sa’di. Beliau mendefinisikan Al-Birr yang diperintahkan oleh Allah swt untuk bekerjasama menghadirkannya adalah segala bentuk perbuatan yang dicintai dan diridhoi Allah swt, baik perbuatan lahir maupun batin, perbuatan yang terkait dengan hak-hak Allah swt maupun hak sesama manusia.

Sedangkan itsmi adalah seluruh bentuk perbuatan yang dibenci oleh Allah swt. dan Rasul-Nya, dari perbuatan yang lahir maupun yang batin.

Secara redaksional juga, Allah swt memadukan dalam ayat ini antara perintah dan laranganNya “tolong menolonglah kalian dalam kebaikan dan takwa dan janganlah kalian tolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan dengan mendahulukan konsep tahliyah ‘hiasan akhlak yang mulia’ yang berupa ta’awun (kerjasama) dalam kebaikan dan takwa atas konsep takhliyah ‘pelepasan akhlak yang buruk’ dalam bentuk membebaskan diri dari perilaku ta’awun atas dosa dan permusuhan adalah untuk memperkuat sisi ta’awun dalam kebaikan sehingga senantiasa mewarnai dan dominan di tengah masyarakat. Karena demikian, perilaku sebaliknya tidak akan muncul di tengah-tengah masyarakat.

Dengan mendahulukan perintah ta’awun sebelum larangan-Nya juga menurut Abu Su’ud adalah karena yang diinginkan dari larangan ta’awun dalam dosa adalah hadirnya ta’awun dalam kebaikan, sehingga bukan sekadar tidak wujudnya ta’awun dalam dosa, tetapi lebih dari itu, akan senantiasa hadir bentuk ta’awun dalam segala jenis kebaikan dan takwa.

Dalam pandangan Al-Mawardi seperti yang dinukil oleh Al-Qurthubi bahwa perintah ta’awun untuk menghadirkan kebaikan dan ketakwaan di tengah-tengah manusia merupakan sebuah perintah yang memiliki korelasi dengan prinsip ‘hablum minallah dan hablum minannas’; ta’awun dalam kebaikan yang bersifat umum merupakan sarana untuk menjaga hubungan baik dengan manusia, sedangkan ta’awun dalam takwa merupakan sarana untuk meraih ridha Allah swt. Sehingga tidak sempurna jika ta’awun itu hanya dalam Al-Birr, tetapi harus diteruskan dalam konteks takwa juga.

Lebih rinci Asy-Syaukani melihat korelasi petikan ayat ini dengan sebelumnya yang berbicara tentang larangan menimbulkan permusuhan bahwa untuk menghilangkan permusuhan memang harus dibangun melalui komitmen bersama untuk saling tolong menolong dan kerjasama dalam segala bentuk amal kebaikan dan takwa. Menurut beliau Al-Bir dan At-Taqwa memiliki arti yang sama, penyebutan keduanya dalam ayat ini hanya untuk penguatan “ta’kid”.

Sedangkan menurut Ibnu Athiyah, Al-Birr dan At-Taqwa keduanya hanya dibedakan berdasarkan kategorinya saja; Al-Birr mencakup perbuatan yang wajib dan sunnah sedangkan At-Taqwa khusus pada perbuatan yang wajib.

Sementara itu, Al-Mawardi membedakan keduanya berdasarkan tujuannya; Al-Birr tujuannya untuk mendapat ridha manusia, sedangkan At-Taqwa untuk meraih ridho Allah swt. Dan mereka yang mampu memadukan keduanya, maka sempurnalah kebahagiaan dan kenikmatannya.

Konsep Ta’awun yang diperintahkan Allah swt melalui ayat di atas sesungguhnya akan memudahkan pekerjaan, memperluas wilayah maslahat dan menampilkan persatuan dan keutuhan umat.

Dan perintah ini difahami oleh Ibnu ‘Asyur bersifat umum dan tidak terbatas dengan siapapun, sampai dengan non muslim sekalipun, selama itu dalam konteks Al-Birr (kebaikan), karena kebaikan adalah milik semua manusia. Apalagi kemudian pada realitasnya upaya Al-I’tida’ atau permusuhan biasanya dilakukan dengan bentuk ta’awun juga, maka dalam ayat ini Allah swt perintahkan agar ta’awun itu diarahkan pada hal-hal yang positif berupa kebaikan dan meningkatkan takwa manusia, bukan sebaliknya.

Bentuk ta’awun secara aplikatif, dijabarkan oleh Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya. Beliau menyebutkan sebagai contoh misalnya beberapa bentuk ta’awun yang boleh dilakukan berdasarkan ayat ini, diantaranya: seorang alim membantu manusia dengan ilmunya, seorang yang kaya membantu orang lain dengan hartanya, seorang yang berani membantu dengan keberaniannya berjuang di jalan Allah swt dan begitu seterusnya. Masing-masing membantu orang lain sesuai dengan kapasiti dan kemampuan yang dimilikinya.

Inilah puncak dari akhlak yang mulia yang dikehendaki melalui ayat ini.

Sayyid Quthb menyebutkan bahwa akhlak ayat ini merupakan puncak dari pengendalian diri dan lapang dada seorang muslim terhadap saudaranya dan terhadap siapapun.

Sejarah membuktikan bahwa pola pembinaan Rasulullah mampu menghantarkan orang Arab berakhlak dengan akhlak ini, padahal sebelumnya yang menjadi kebiasaan mereka justeru tolong menolong dan kerjasama dalam kebatilan, kemaksiatan dan permusuhan antara sesama atas nama “ashabiyah (fanatisme perkauman)”.

Demikianlah akhlak mulia yang semestinya menjadi warna keseharian umat Islam. Apalagi dalam konteks sekarang, membangun hubungan kerjasama dan koalisi dengan siapapun dalam kerangka menegakkan kebaikan “Al-Birr” merupakan satu keniscayaan, karena keterbatasan dan ketidak mampuan kita, demikian juga karena besar dan luasnya tanggung jawab kita terhadap penegakkan hukum-hukum Allah swt.

Sungguh konsep ta’awun yang ditawarkan oleh Allah swt. melalui ayat ini akan mampu meredam dan membendung derasnya arus kemaksiatan dan permusuhan yang juga dibangun dengan prinsip ta’awun yang solid dan berkesinambungan.

Saatnya kita mulai mengasah sensitiviti kerjasama di antara kita dalam menghadirkan kebaikan dan keberkahan di tengah bangsa ini.

Semoga Allah swt meridhai segala usaha kita untuk mengaplikasikan ayat ini dalam bentuk ta’awun yang 'real' dalam kehidupan sehari-hari. Allahu alam

Dr. Attabiq Luthfi, MA

PELINDUNG DIRI PALING AMPUH 1











Membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq, dan Surah An Naas

Dalil:

Dari Abdullah bin Khubaib , Rasulullah saw bersabda,

قُلْ فَقُلْتُ مَا أَقُولُ قَالَ قُلْ قُلْ هُوَ الله أَحَدٌ وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِي وَتُصْبِحُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ

“Ucapkanlah !” Mereka (para shahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang mesti kami ucapkan ?”

Nabi saw bersabda, “Qul huwallaahu ahad (Surat al Ikhlas),surah al Falaq dan An Naas sebanyak tiga kali di kala pagi dan malam hari, itu cukup bagimu sebagai pelindung dari segala sesuatu.” [HR Tirmidzi no 2499(kt)]

Al Ikhlas:

قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ. اَللهُ الصَّمَدُ. لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدُ. وَلَمْ يَكُنْ لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Katakanlah, “Dialah Allah, yang Maha Esa. Allah yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara denganNya. [QS Al Ikhlas: 1-4]

Al Falaq:

قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ. مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ. وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ. وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Katakanlah: “Aku berlindung kepada Rabb yang menguasai shubuh. Dari kejahatan makhluk-makhluknya. Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita. Dan dari kejahatan wanita tukang-tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul. Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki.” [QS Al Falaq: 1-5]

An Naas:

قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ. مَلِكِ النَّاسِ. إِلهِ النَّاسِ. مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ. اَلَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُوْرِ النَّاسِ. مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ

Katakanlah: “Aku berlindung kepada Rabb manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, dari kejahatan syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari (kalangan) jin dan manusia. [QS An Naas: 1-6]

SAMBUNGAN KAEDAH MEMAGAR RUMAH,KILANG,SEKOLAH DLL TANPA MEMBAZIRKAN GARAM KASAR,LADA HITAM ATAU ASAM KEPING

b) Apabila anda merasakan ianya masih belum berubah, maka hendaklah dibawa sebekas air lalu celupkan jari-jemari anda ke dalamnya.Sebelum membaca doa ini dekatkan sedikit mulut anda ke bekas air yang sedang dicelup itu tadi :


بِسْمِ اللهِ ،أَمْسَينَا ِبا للهِ الَّذِى لَيْسَ مِنْهُ شَيْءٌ مُمْتَنِعٌ وَبِعِزًةِ اللهِ الَّتِى لا تُرَامُ وَ لا تُضَامُ ،وَ سُلْطَانُ اللهِ الْمَنِيْعَ نَحْتَجِبُ وَ بِأَسْمَائِهِ الْحُسْنَى كُلُّهاَ عَائِذٌ مِنَ الأ بَا لِسَةِ وَ مِنْ شَرِّ شَيَاطِيْنَ الإِنْسِ وَ الْجِنً وَ مِنْ شَرِّ كُلِّ مُعْلِنٍ أوْ مُسِرٍّ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَخْرُجُ باِللَّيلِ وَ يَكْمُنُ باِلنَّهَارِ، وَيَكْمُنُ باِللَّيْلِ وَيَخْرُجُ باِلنَّهَارِ، وَشَرِّ مَا خَلَقَ وَذَرَأ وَبَرَأ وَ مِنْ شَرِّ إبْلِيْسِ وَ جُنُوْدِهِ وَ مِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أنْتَا آخِذ ٌ ِبنَاصِيَتِهَا ِإنَّ رَ ِّبي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ٠ أعُوْ ُذ ِبما اسْتَعَاذ َ ِبهِ ِإبْرَاهِيْمُ وَ مُوْسَى وَ عِيْسَى وَ مِنْ شَرِّ مَاخَلَقَ وَذَرَأ وَبَرَأ وَمِنْ شَرِّ إبْلِيسِ وَ جُنُوْدِهِ وَمِنْ شَرِّ مَا يَبْغِى


Sebaiknya surah As Saffat ditambah tiga ayat lagi iaitu ayat 8,9 dan 10.

Setelah selesai membaca doa-doa dan ayat-ayat ini,renjis-renjiskan air tersebut ke seluruh pelusuk lokasi dalam rumah.Insya Allah, makhluk jin itu akan keluar.

Semoga Allah SWT sentiasa menggolongkan kita ke dalam golongan yang sentiasa memohon pertolongan ,kekuatan, perlindungan dan menyerahkan segala tawakkal hanya kepadaNya sahaja.

Petikan Dari Wiqoyatul Insan minal jin wa syaithon

CARA MEMAGAR RUMAH,KILANG ,SEKOLAH DLL TANPA MEMBAZIRKAN GARAM KASAR,LADA HITAM ATAU ASAM KEPING

a) Hendaklah anda bersama dua orang yang lain pergi ke rumah tersebut dan ucapkanlah perjanjian Nabi Sulaiman ini , maksudnya :

"Aku bersumpah dengan perjanjian sebagaqimana yang telah diikatkan oleh Nabi Sulaiman ke atas kalian agar kalian hendaklah keluar dan pindahlah dari rumah kami.Aku bersumpah dengan nama Allah agar kalian keluar dan janganlah mengapa-apakan sesiapa pun dan berpindah dari rumah kami. Lakukan selama tiga hari berturut-turut.(Sebaik-baiknya membaca perjanjian dengan makna dan suara kuat. Jika tidak dapat tiga orang seorang pun memadai tetapi ulangan tiga kali dengan suara yang kuat)

BAHAYA DOA/NIAT YANG SALAH DISERTAI AMALAN


Terdapat seorang pesakit yang terkena gangguan sihir datang untuk rawatan. Setelah dirawat beberapa kali baharu dapat dikenalpasati punca beliau sakit .Antaranya beliau menyimpan wang dengan niat untuk digunakan semasa 'emergency'.

Akhirnya beliau benar-benar sakit dan sekarang menggunakan wang simpanannya untuk menampung perbelanjaan sara hidup.Niatnya dahulu menyimpan untuk kegunaan dimasa 'emergency' benar-benar telah dikabulkan oleh Allah.

Sepetutnya apabila menyimpan wang kita niatkan untuk kegunaan dimasa hadapan(boleh guna untuk anak kahwin,masuk universiti dll), jangan niatkan untuk masa kecemasan.Ditakuti niat kita itu dimakbulkan oleh Allah akhirnya kita terkena musibah dari sebab doa atau niat sendiri.

DOA BERBUKA PUASA MENGIKUT SUNNAH






ذ َهَبَ الظَّمأُوَابْتَلَتِ الْعُرُوْقِ وَثَبَتَ اْلاَجْرُإِنْ
شَآءَالله ُ

Arti: 'Telah hilang rasa haus, dan urat-urat telah basah serta pahala telah tetap, Insya Allah.'

[HR. Abu Dawud no. 2357, adDaraquthni II/401 no. 2247, alHakim I/422. Lihat Irwaa-ul Ghaliil IV/39 no. 920, Shahiih Abi Dawud III/449 no. 2066, hasan]

Rabu, 21 Julai 2010

Antara Amal dan Hasil

Terkadang sebahagian orang berputus asa ketika tidak menyaksikan hasil yang cepat atas apa yang dilakukan oleh mereka yang berijtihad dalam dakwah. Sesungguhnya mereka ini melupakan hakikat yang penting, yaitu sesungguhnya seorang dai hanyalah hamba Allah yang tidak dituntut darinya lebih banyak dari sekadar amal, yang dituntut darinya hanyalah untuk menyampaikan, dan hidayah bukanlah yang dituntut darinya, apalagi memang sesungguhnya ia tidak memiliki hidayah itu.

Ini bukan berarti ketika kita berdakwah kita tidak perlu memperhatikan hasil dan tujuan berdakwah, atau juga bukan berarti tidak yakin dengan kemenangan. Karena sesungguhnya tsiqoh dengan kemenangan merupakan pendorong dari sebuah amal. Yang diinginkan dari hasil dakwah di sini adalah hidayah bagi manusia, yang dampaknya adalah merubah tatanan masyarakat, dari masyarakat yang jauh dari nilai-nilai islam kepada masyarakat islami. Dan hidayah itu adalah rahsia Allah, ia boleh melalui tangan kita para penyeru dakwah atau melalui tangan lain.

Imam Syahid Hasan Al-banna mengingatkan: “Wahai Ikhwah, sesungguhnya kalian mengharapkan keridhoan Allah, dan mengharapkan pahala dan keampunan-Nya, dan itu akan dijamin buat kalian selagi kalian ikhlash. Allah tidak membebankan kalian hasil dari amal kalian, akan tetapi yang dibebankan pada kalian adalah tujuan yang benar, dan persiapan yang sebaik mungkin. Dan kita setelah itu boleh saja salah, maka kita akan mendapatkan ganjaran orang yang berijtihad. Dan boleh jadi kita benar, maka kita akan mendapatkan ganjaran pemenang.”

Ustadz Sayyid Qutub mengomentari kisah ashabul ukhdud sebagai mana ucapannya: “Disana ada contoh yang menggambarkan tidak ada orang mukmin yang selamat, dan kegembiraan orang-orang kafir yang dibiarkan hidup tanpa disiksa. Itu semua, mahu tidak mahu, adalah demi memantapkan orang-orang mukmin bahwa kadang-kadang mereka dalam perjalanan dakwahnya akan mengalami akhir dakwahnya yang seperti itu. Dalam hal ini mereka tidak dimintai pertanggunganjawab apapun. Yang dipertanyakan dari mereka hanyalah permasalahan aqidah di hadapan Allah. Apa yang perlu mereka lakukan hanyalah menunaikan kewajiban. Kewajiban menjadikan Allah sebagai satu-satunya tuhan, mengutamakan aqidah dari kehidupan duniawi, penuh percaya diri dengan iman yang dimilikinya untuk melawan cubaan, menyandarkan diri hanya kepada Allah atas seluruh amal dan niatnya. Jika kewajiban itu telah ditunaikan, Allah akan berbuat bagi mereka dan musuh-musuh mereka, bagi dakwah dan agama-Nya, sesuatu yang Ia kehendaki, di sinilah perjalanan sejarah iman berakhir. Mereka adalah pekerja Allah. Dimana, bila dan bagaimanapun mereka bekerja, mereka pasti akan mendapatkan upah dari Allah. Mereka tidak perlu menggapai satu target apapun dari dakwah yang mereka lakukan itu. Perjalanan akhir dakwah adalah urusan Allah, bukan urusan mereka. Mereka hanyalah para juru dakwah suruhan Allah.”

Rosulullah bersabda: “Jika hari kiamat tiba sedangkan di tangan kalian ada benih kurma yang akan ditanam, maka hendaklah ia menanamnya. (HR. Ahmad 3/191, dishohihkan Al-bani)

Dalam hadis ini Rosulullah menyeruh kepada siapa yang di tangannya ada benih kurma sedangkan ia mengetahui bahwa kiamat telah tiba dengan tanda-tandanya, dengan bergoncangnya bumi, terbelahnya langit, bertabrakannya bintang dan planet satu sama lain, banjirnya air laut kedaratan, api-api menyala. Dengan kondisi yang ia sedari seperti itu, ia disuruh untuk menanamkan bibit kurma itu. Bukankah ini sebuah urusan yang aneh? Ini menunjukkan bahwa yang dituntut dari seorang hamba bukanlah menunggu hasil sesuai dengan apa yang telah dilakukan seorang hamba atas perintah tuannya.

Ustadz Muhammad Qutub mengomentari hadis di atas dengan mengatakan: “Bukanlah bagi kalian buah dari kesungguhan kalian, akan tetapi bagi kalian adalah kesungguhan itu saja, lakukanlah dengan sungguh-sungguh dan janganlah menanti-nanti hasilnya. Tunaikanlah dengan iman yang sempurna, ini adalah kewajiban kalian, ini adalah urusan penting kalian. Sesungguhnya kewajiban kalian dan kepentingan kalian berakhir bersama kalian di situ, yaitu ketika kalian menanam benihnya di tanah, bukan memetik buahnya.”

Ketika anda bertanya pada diri anda sendiri bila benih ini akan berbuah? Bagaimana ia akan berbuah sedangkan di kiri kanannya ada angin dan hama dari segala arah. Ketika anda bepikir bagaimana ia akan hidup? Bukankah anda sendiri yang memotongnya ketika anda mengambil benihnya? Akan tetapi ketika anda menanamnya di tanah dan menengadahkan kedua tangan anda memohon pada Allah, pada saat itulah anda titipkan pada tempatnya yang benar, yang memelihara tanaman itu dan memelihara anda.

Maka selagi seorang dai yakin dengan kemenangan, bukan tidak mustahil ia akan melihat kemenangan selagi ia yakin dengannya. Ia harus melakukan dengan tugasnya yang telah Allah tentukan, yaitu berdakwah pada jalan-Nya, mengoptimalkan segala sebab yang akan mewujudkan pada kemenangan, dan setelah itu bukanlah hal yang penting terealisasinya kemenangan itu dengan tangannya atau tangan orang lain.

Wallahu a’lam bishowab.

Oleh H. Zulhamdi M. Saad, Lc

Selasa, 20 Julai 2010

WAJARKAH GUNAKAN KAEDAH PARANG TERBANG DALAM PERTEMPURAN ATAU BERJIHAD










Sejarah Islam membuktikan orang yang paling berani atau penghulu syuhada' di syurga adalah Saidina Hamzah bin Abdul Mutallib bapa saudara nabi Saw yang syahid di dalam peperangan Uhud. Jika beliau menghantar pedangnya sahaja atau beliau halimunan dan membunuh kafir Quraisy dengan pedang terbangnya maka beliau tidak akan mampu mencapai tahap yang mulia berkenaan.

Berjuang menggunakan kaedah parang terbang,kebal ,ilmu halimunan bukan sahaja boleh dikategorikan sebagai penakut tetapi adalah kehinaan kepada orang Islam kerana jika dibandingkan dengan orang yang bukan Islam mereka sanggup mati mempertahankan kebatilan tetapi kita sebagai orang Islam takut pula mati mempertahankan kebenaran.

Kepada semua umat Islam yang memiliki ilmu berkenaan buanglah segera dan jangan sebarkan ilmu berkenaan kepada orang lain kerana anda bukanlah gagah dalam erti kata sebenar tetapi perasaan takutkan mati terlampau kuat di dalam diri anda yang menunjukkan anda sebenarnya pengecut dan akan memalukan sejarah umat Islam yang berjuang dengan titisan darah dan air mata

ALERT : UNTUK SEMUA PESAKIT KRONIK

Minggu hadapan pada tarikh 29.07.10,31.07.10 dan 02.08.10 adalah tarikh yang bersesuaian dengan 17hb.19hb dan 21hb Syaaban yang jika berbekam pada tarikh ini boleh menyembuhkan semua penyakit mengikut hadis Rasulullah saw.

Oleh itu kepada semua pesakit santau,santau kronik,saka,sihir kronik dan semua jenis penyakit yang lain berat atau ringan disarankan tidak melepaskan peluang yang sangat baik untuk berbekam pada tarikh berkenaan.

Di kesempatan ini saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang berkah dan semoga dapat kurangkan tabiat makan banyak ketika berbuka kepada semua Umat Islam.

FAKTOR PENUNDA KESEMBUHAN PESAKIT GANGGUAN @SIHIR

1)Di rumah pesakit terdapat patung@objek menyerupai patung,gambar-gambar benda bernyawa,tangkal,tahi besi,wafak ,barang-barang lama seperti keris,parang yang di balut kain kuning atau hitam

2)Pesakit berputus asa,lemah semangat dan mudah mengalah kepada bisikan jin terutamanya jin yang pandai 'psiko' seperti jin mengancam jika makan kurma tujuh ulas atau baca yassin jin akan mengamuk menyerang semua ahli keluarga yang lain

3)Pesakit masih melakukan dosa besar seperti mengumpat,mencari aib orang lain,tidak menutup aurat dengan sempurna,tidak solat@tidak mahu belajar solat dengan baik,tidak mahu belajar baca quran dengan baik

4)Pesakit berbangga dia ada gangguan jin kerana terasa diperhatikan@diambil berat oleh suami

5)Pesakit terlibat dengan kerja yang banyak mendedahkan aurat @melihat aurat orang lain seperti perenang,penyanyi, dll

Isnin, 19 Julai 2010

RAWATAN KENCING MANIS - PENGGUNAAN MADU LEBAH



Penyakit kencing manis adalah disebabkan oleh kekurangan dua enzim penting di dalam badan iaitu amylase dan invertase yang membantu penghadaman zat karbohidrat dalam sistem penghadaman manusia.Kekurangannya menyebabkan sistem penghadaman menjadi lemah.

Madu lebah yang mengandungi kedua enzim ini akan membekalkan atau mengimbangi kekurangan yang berlaku. Sayugia pesakit kencing manis hendaklah menjauhi gula biasa dan beralih kepada penggunaan madu lebah untuk keadaan kesihatan yang lebih baik.

SOLAT KHUSYUK MENGIKUT SUNNAH: BILANGAN BACAAN TASBIH RUKUK DAN SUJUD






عن انس، قال : ما صليت وراء احد بعد رسول الله ص. اشبه صلا ة برسول الله من هذا
الفتى ( يعني عمر بن عبد العزيز) قال :فحزرنا في ركوعه عشرتسبيحات وفي سجوده عشر تسبيحات. =ح.ر.ابو داود

Artinya : (Diriwayatkan) dari Anas, ia berkata : Sesudah Rasulullah SAW saya tidak pernah solat di belakang siapa-siapa yang solatnya lebih menyerupai solat Rasulullah daripada anak muda ini -yakni Umar bin Abdul Aziz - kerana kami hitung di dalam rukuknya kira-kira sepuluh tasbih dan di dalam sujudnya kira-kira sepuluh tasbih ( H. R Abu Daud )

Maksudnya lama di dalam rukuk dan sujud itu sekadar dapat membaca kira-kira sepuluh tasbih.

Jumaat, 16 Julai 2010

KENAPA PESAKIT TIDAK MAHU MELAKUKAN IBADAH YANG DISURUH OLEH PERAWAT SEPERTI SOLAT,ZIKIR,BACA QURAN DSBGNYA


1)Pesakit telah terlampau jauh dari agama.Jika kita memaksanya solat pun kemungkinan tidak ada hasil kerana kaedah solatnya tidak tepat dan tidak dapat menghasilkan insan bertakwa.Pesakit begini perlu diceritakan kembali tentang fungsi agama,tauhid , akidah dan kebaikan melakukan ibadah serta kecantikan Islam dll

2)Pesakit tidak merasa nikmat yang hakiki dalam beribadah kerana caranya tidak menepati sunnah.Pesakit begini boleh diterangkan serba sedikit kaedah wudhu sunnah dan amalan sunnah yang penting diperhatikan di dalam solat supaya timbul khusyu' dan terasa manis solat

3)Pesakit yang masih melakukan perkara syirik,pesakit begini perlu membuang segala tangkal,kepercayaan kepada wafak dan barang lama,keramat kuburan dan kembali belajar akidah Islam yang murni

PERAWAT SUNNAH SEJATI-SEBAHAGIAN IDENTITI YANG PERLU DIPUPUK


1)Tidak menipu, curang atau khianat.Sangat sedar imej buruk dari tiga sifat ini sukar diperbaiki dan jika berlaku juga sebahagian dari tiga sifat buruk ini akan mengambil tindakan segera memperbaiki keadaan

2)Sentiasa memperbaiki diri supaya akhlak disenangi Allah

3)Sentiasa jujur dan dilihat sebagai jujur.

4)Berniat dakwah dalam perubatan dan juga mendidik masyarakat

5)Berilmu-dengan keyakinan yang benar bahawa semua perbuatan Rasul saw adalah amat dicintai dan diredhoi oleh Allah, dan jika kita mengamalkannya maka ia adalah wasilah yang paling baik untuk mencapai kecintaan dan keredhoan Allah sepertimana Allah mencintai para sahabat Nabi saw

6)Tidak berniat mencari kesenangan dan kemewahan dunia semata-mata tetapi bertekad untuk menggunakan kembali harta yang diperolehi ke jalan Allah

7)Menjaga solat berjemaah sedaya upaya

8)Bersifat kasih sayang kerana Allah kepada pesakit dan keluarga mereka,mendoakan kesembuhan pesakit ketika mereka pulang dan agar Allah memberi hidayah kepada mereka kepada cara hidup yang lebih diredhoi.

9)Bersedia dengan jawapan kerana semakin banyak pengikut di blog kamu semakin banyak soalan tuhan

RAWATAN SAKIT GIGI

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

Sakit berikut boleh dirawat dengan menggunakan kayu sugi sebagai amalan harian,yang penting niat mengikut sunnah :

1)gusi berdarah
2)gigi berlubang
3)bengkak gusi
4)plak pada gigi
5)gigi kuning kerana rokok atau sebab-sebab lain
6)ulcer mulut
7)mulut berbau busuk
8)gigi mudah goyah bila usia meningkat

Ahad, 11 Julai 2010

RAWATAN BERHENTI MEROKOK3-KAEDAH PALING MUDAH DAN PRAKTIKAL



















Assalamualaikum
,di sini saya ingin berkongsi satu kaedah yang paling mudah dan praktikal untuk berhenti merokok.

Para perokok dianjurkan untuk mengamalkan puasa sunat samada puasa selang sehari atau Isnin/Khamis.InsyaAllah jika anda rajin berpuasa sunat rasa ketagihan akan hilang dan mudah untuk anda berhenti merokok.Mengikut pemerhatian saya amat sedikit perokok melakukan amalan ini sedangkan ia adalah kaedah yang paling efektif

Kembalilah kepada sunnah sebagai penyelesaian mudah untuk semua masalah fizikal dan spiritual.

Sabtu, 10 Julai 2010

RAWATAN SANTAU : TEKNIK BEKAM VS TEPUK DAUN NANGKA/DLL


Bagi pesakit santau yang mengambil masa lama untuk sembuh dengan teknik tepuk daun nangka sila amalkan berbekam .InsyaAllah sakit anda akan sembuh dengan lebih pantas.

Rawatan pertama adalah lebih baik pesakit diruqyah dahulu dan sediakan air ruqyah yang banyak,kemudian terus dibekam.

Makan kurma tujuh ulas sehari ,kalau boleh untuk tempoh sebulan dan amalkan minum madu dicampur air ruqyah tiga kali sehari,iaitu pagi,petang dan malam juga sebaiknya untuk tempoh sebulan.

Amalkan juga mandi ais untuk tempoh seminggu.

Untuk rawatan susulan amalkan berbekam di poin sunnah atau tempat sakit sebulan sekali dan minum madu dicampur air ruqyah sahaja.Boleh juga mandi ais bila perlu.InsyaAllah kesembuhan kelihatan lebih ketara.

Sila pantangkan limau,nenas,rebung dan cuka selagi belum sembuh untuk elakkan luka dalaman.

Kembali kepada sunnah kembali kepada kejayaan

Jumaat, 9 Julai 2010

RAWATAN GANGGUAN-KEHEBATAN MEMINUM MADU


Kebiasaannya saya menyarankan bagi pesakit yang gangguannya tidak kuat minum madu yang dicampur air ruqyah dua kali sehari,sekali di waktu pagi ketika perut kosong dan sekali di waktu malam sebelum tidur.

Bagi gangguan yang agak kuat pesakit disarankan minum madu dalam dos yang lebih besar lima kali sehari atau lebih.Dengan banyak meminum madu dapat memberi tenaga ,melemahkan gangguan dan memulihkan luka dalam akibat sihir atau santau.Pesakit santau digalakkan meminum madu dalam dos yang besar dan lebih kerap.

Pengalaman seorang pesakit yang hampir strok (diceritakan dalam satu seminar) minum madu terus dari botol tanpa mengira sukatan lagi, akhirnya beliau boleh bangun dan berjalan dalam tempoh yang singkat.

Khamis, 8 Julai 2010

KELEMAHAN RAWATAN CARA TIDUR/TERAWANGAN /MERAGA SUKMA-kelemahan 2

Kelemahan 2:

1)Pernah terjadi seorang pelajar dari Afrika yang belajar di sebuah universiti tempatan ingin mencuba menggunakan kaedah ini di sebuah pusat rawatan Islam .Beliau dengan dibantu oleh beberapa perawat senior telah menggunakan kaedah ini dan telah balik ke Afrika.Di sana beliau telah melihat berapa banyaknya jin/syaitan yang dipelihara oleh bomoh-bomoh Afrika di kampungnya. Setelah beberapa lama meninjau beliau pun ingin balik ke Malaysia tetapi rohnya telah dipegang oleh jin/syaitan tok bomoh Afrika.

Oleh kerana beliau tidak sedar dalam tempoh yang lama perawat lain mula risau dan membaca doa dan ayat quran untuk membantu.Setelah pertempuran yang lama dan sangat meletihkan akhirnya roh pelajar Afrika ini dapat dilepaskan dan kembali ke Malaysia.

Pelajar Afrika itu sedar semula dalam keadaan yang sangat letih dan menyakitkan , telah serik dan berkata ini macam punya ilmu saya tidak mahu belajar.

Setelah melalui beberapa lagi pengalaman yang memilukan menggunakan kaedah ini maka Pengasas Pusat Rawatan berkenaan telah menarik balik kaedah ini dan kembali menggunakan kaedah ruqyah dan herba.

KELEMAHAN RAWATAN CARA TIDUR/TERAWANGAN /MERAGA SUKMA-kelemahan 1


Ini adalah salah satu teknik yang telah diadaptasi ke dalam rawatan Islam.Dengan mengamalkan ayat tertentu dan zikir tertentu roh tidur dikeluarkan bagi tujuan rawatan atau tujuan lain.

Kelemahan yang paling ketara adalah kaedah ini tidak menepati sunnah dan mendedahkan pelakunya kepada serangan balas yang kuat.Saudara-saudari boleh lihat di blog perawat yang menggunakan kaedah ini bagaimana mereka diserang balas dengan teruk dan ini tidak berlaku kepada perawat yang menggunakan kaedah sunnah.

Mengikut kajian saya ada juga perawat yang menggunakan kaedah ini mati akibat serangan balas dari tok bomoh dan jin walaupun mereka sangat banyak zikirnya.Kaedah-kaedah ini walaupun kelihatan hebat tetapi ia tidak ada auto-protector,tiada jaminan dari Allah dan Rasulnya,tidak bersifat rahmatan lil 'alamin dan selalu mengundang musibah kepada pelakunya.

Rabu, 7 Julai 2010

JOM BELI CD RUQYAH !!!!



CD RUQYAH boleh didapati dikedai saya sekarang ataupun anda boleh beli secara online di cdruqyah.com

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...bertindaklah sekarang !!!!

SEMINAR KELUARGA BAHAGIA BEBAS SIHIR 1 OGOS 2010




Seminar Modul Dua "Keluarga Bahagia Bebas Sihir" di Masjid Negeri Selangor Shah Alam 1 Ogos 2010


Assalamualaikum semua...

PROGRAM SATU:

SEMINAR RAWATAN ISLAM: MODUL DUA: KELUARGA BAHAGIA BEBAS SIHIR.

Satu seminar bakal dianjurkan oleh Pusat Rawatan KISWAH Terapi Ruqyah

Syariyyah Bandar Puteri Klang pada ketetapan berikut:

Tarikh 1 Ogos bersamaan hari Ahad

Tempat: Dewan Seminar Masjid Sultan Solahuddin Abdul Aziz Shah

(Masjid Negeri Selangor)...

Masa: 8 pagi sehingga 1.00 tengahari

Yuran: RM80 (merangkumi makan 3 kali, bahan program dan sijil)

Pengendali: Ustaz Hayat an Naqshbandi pengasas dan perawat Pusat

Rawatan KISWAH Ruqyah Syariyyah

Pengisian: "Tema: Keluarga Bahagia Bebas Sihir dan Gangguan Makhluk

Halus" - MODUL 2 SEMINAR KISWAH.

Menyingkap permasalahan dan teknik rawatan isu berikut:

1) Lambat jodoh - sihir ta'tiluz zawaj

2) Tiada anak / mandul - Sihir jerut zakar, kunci nafsu dan mandul

3) Anak nakal - pelembut hati dan penerang hati

4) Anak tidak pulang ke rumah / lari.

5) Masalah rumahtangga - sihir tafriq - perceraian dan pendamai

rumahtangga...

Plus:
* Bonus 1: Teknik mencari barang hilang kaedah para Solehin
* Bonus 2: Amalan Pendinding diri yang ampuh dari serangan jin.

____________________________________________
PROGRAM DUA:

KLINIK RAWATAN ISLAM KISWAH

Sesi Petang: 2.30 - 5.30 petang

Klinik Rawatan Islam KISWAH: Terbuka kepada Orang Awam.
(bayaran seikhlas hati)

Serampang dua mata:

* Medan perawat baru mempraktik ilmu dan pesakit dari kalangan orang

awam berubat*


Rawatan secara individual......... dengan dikawalselia oleh Us Hayat dan

perawat KISWAH yang lain...
Muslimin dan muslimat dijemput hadir..

Sila hubungi: Saudara Zailan (perawat KISWAH) di talian: 018 2027559

Pendaftaran boleh dibuat melalui sms ke no tersebut; sila nyatakan:
-nama
-ic no
-asal
-nyatakan yuran dibayar semasa seminar atau bank in terlebih dahulu.

Bayaran yuran boleh dibuat melalui Maybank : 1621 0636 4673

PENDAFTARAN BERAKHIR 3 HARI SEBELUM PROGRAM!!!

Jumpa di sana!!!!

KESILAPAN MENYAMAKAN KAEDAH BEDAH MAKRIFAT DAN BEDAH BATIN

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Saya memohon maaf banyak-banyak kepada pemilik kaedah bedah makrifat kerana telah menyamakan kaedah beliau dengan kaedah bedah batin.Ia sebenarnya tidak sama.Jadi sebagai penjernih suasana diharap beliau dapat menerangkan di blognya serba sedikit kaedah beliau supaya dapat dinilai oleh semua orang adakah kaedahnya selaras dengan syarak atau tidak? Jika kita yakin berjalan di jalan HAQ,pastinya tiada unsur-unsur rahsia dalam segala kaedah rawatan.Fikirkan sejenak....

TEKNIK TUKUL KE DINDING vs TEKNIK SUGI


Kaedah tukul ke dinding untuk merawat sakit gigi telah pernah diperkenalkan oleh satu pusat rawatan Islam dahulu tetapi telah ditarik kembali kerana boleh menimbulkan fitnah.

Kaedahnya adalah dengan menggunakan tukul dan sebatang paku. Paku akan ditukulkan ke dinding dengan bacaan tertentu.

Kelemahannya :

1)menyerupai sihir, apa kaitan antara tukulkan paku dan gigi yang sakit
2)Tidak mesti menjadi setiap kali

Kaedah sugi-insyaAllah bila diamalkan boleh menyembuhkan sakit gigi kerana terbukti secara medikal terdapat bahan yang boleh menyembuhkan sakit gigi di dalam kayu sugi

Menggunakan kayu sugi secara berterusan juga dapat menyembuhkan dan menghalang beberapa penyakit mulut yang lain.Selain dari banyak kelebihan yang lain

Tiada kelemahan kerana teknik sunnah .

Selasa, 6 Julai 2010

KHAMIS MALAM JUMAAT HARI GANGGUAN JIN TEGAR







Pengumuman kepada pesakit gangguan jin tegar ataupun kes gangguan yang liat lagi ganas macam hantu raya,anda semua dijemput datang pada setiap hari khamis malam jumaat dalam pukul 9pm di pusat rawatan kami di Klang.InsyaAllah saya sendiri akan membacakan ayat ruqyah yang panjang dengan ulangan 70x,rawatan dilakukan secara beramai-ramai ,bawa pengiring dan pastikan anda jangan tertidur semasa proses rawatan...Bayaran seikhlas hati dan secukup rasa yer...

Isnin, 5 Julai 2010

TATACARA MERUQYAH YANG BETUL



Perhatikan tatacara meruqyah yang betul dilakukan oleh Utz Zailan dalam menangani gangguan jin..

-Bacaan ruqyah perawat yang jelas dan kuat.

-Sesi dialog dengan jin pengganggu dalam keadaan tenang.

-Tidak percaya bulat-bulat kata-kata fitnah dari jin pengganggu.

JANGAN LUPA BERBEKAM SELEPAS RUQYAH







Pesakit gangguan jin disyorkan berbekam 1cup dipusat kepala (ubun-ubun) untuk meraih kesembuhan maksimum dari Allah SWT selepas tamat menjalani rawatan ruqyah 7 hari minum dan 7 hari mandian air doa.

Berbekam di pusat kepala amat-amat besar pahala dan fadhilatnya,ini kerana 72 jenis penyakit termasuk gangguan jin dapat disembuhkan dengan hanya berbekam dipusat kepala sahaja.MasyaAllah...

Sebaiknya pesakit ganggun jin baik lelaki/wanita berbekam dipusat kepala pada waktu pertengahan bulan islam iaitu 17hb/19hb/21hb dan berbekam perlu pada waktu pagi dengan perut yang kosong,insyaAllah segala penyakit gangguan jin anda seperti santau,sihir dan saka akan pulih secara automatik berkat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.

Catatan :Al-Khallal berkata: “Aku diberitahu Ishmah bin Isham, dia berkata: Aku diberitahu Hambal, dia berkata: ‘Abu Abdullah Ahmad bin Hambal biasa melakukan bekam pada bila-bila masa ketika darah tidak normal dan tidak kira waktunya’.”

TUNJUKKAN TELADAN YANG BAIK PADA JIN PENGGANGGU









Bagi perawat islam diluarsana,kita merawat perlulah dalam keadaan tenang,berhemah dan menunjukkan TELADAN yang baik kepada jin pengganggu semasa merawat pesakit.Para perawat tak perlu gelojoh,kelam kabut dan bersifat eksyen dalam merawat..Kalau kita maki kuat-kuat pun pada jin,jin selalunya tak lari pun,malah makin cenging dan bengis..Just be cool...

Setiap gerak geri kita akan diperhatikan oleh pesakit lain dan juga ahli keluarga pesakit semasa sedang merawat,merawatlah secara profesional dan tunjukkan imej yang positif kepada mereka.

AYAT RUQYAH JUGA BERSIFAT AUTO-PROTECTOR








Ayat-ayat ruqyah yang kita bacakan pada pesakit gangguan jin selain ia memberi ancaman-ancaman,dakwah dan mengazab jin pengganggu yang zalim,ia juga bersifat AUTO-PROTECTOR pada perawat.In case perawat lupa mengamalkan ayat perlindungan semasa merawat contohnya,insyaAllah dalam masa yang sama juga anda selamat dan tidak diserang balas oleh jin pengganggu.Wahai perawat diluarsana,marilah kita memperbanyakkan membaca al quran dalam merawat pesakit,pahala pun kita dapat banyak,jin,pesakit dan ahli keluarga pesakit yang mendengar bacaan anda pun dapat meraih pahala sama,Subhanallah....

ELAKKAN MENDENGAR MUZIK HIBURAN








Pesakit gangguan jin perlu elakkan dari mendengar muzik hiburan yang lagho kerana ini juga akan melambatkan proses kesembuhan.Pesakit disyorkan mendengar mp3 ruqyah/cd ruqyah 1x sebelum tidur selama sebulan untuk meraih kesembuhan maksimum dari Allah SWT.

ELAKKAN KELUAR PADA WAKTU MAGHRIB







Bagi pesakit gangguan jin yang masih dalam proses rawatan,anda tidak disyorkan untuk keluar bersiar-siar pada waktu maghrib kerana ia akan meningkatkan risiko anda diserang syaitan semula kerana pada waktu maghrib syaitan diluar sana mempunyai tenaga yang maksimum dan mereka keluar beramai-ramai mencari makanan.

Ahad, 4 Julai 2010

ULANGAN AYAT FATEHAH/KURSI SEBANYAK 70X BAGI KES GANGGUAN BERAT










Dalam kitab tulisan Syeikh Wahid Abd Salam Bali ada menyebut ulangan ayat ruqyah fatehah/kursi sebanyak 70x bagi menangani kes gangguan berat seperti sihir tafriq dan juga sihir jerut.Kes gangguan sebegini melibatkan terlalu banyak ikatan sihir dan ruqyah perlu dibaca dengan ulangan yang banyak supaya satu demi satu ikatan sihir terbuka.

Tidak semua kes berat di ruqyah dengan cara ini.

Bagi pesakit kes berat, lama, tegar yang ingin mendapat rawatan dengan kaedah ini sila datang khas pada malam Jumaat sahaja selepas isya'(Khamis malam Jumaat)

LIKU-LIKU SYAITAN MEMPERMAINKAN PERAWAT SEMASA SESI RAWATAN








-Jin berlakon melolong kesakitan melampau-lampau bila dipicit hanya sedikit oleh perawat pada anggota badan pesakit.

-Jin mula memuji-muji kehebatan perawat.

-Jin berpura-pura mati bila disembelih.

-Jin dalam badan pesakit ketakutan melampau-lampau kepada perawat,terutama kepada perawat baru.

-Pesakit meraung kerasukan bila dikerumuni perawat,tetapi berlaku sebaliknya bila pesakit ditinggalkan bersendirian.

-Perawat mula "syok" menekan/memicit/menyentuh tubuh pesakit wanita dengan kekerapan yang tinggi.

-Perawat mudah percaya bulat-bulat kata-kata jin pengganggu/sihir semasa sesi dialog.

-Perawat tidak menjaga mata/pandangan apabila merawat pesakit wanita.

-Perawat tidak berhati-hati menangani kerasukan sehingga mengaibkan pesakit wanita seperti terbuka aurat dan sebagainya.

JAWAPAN STEREOTAIP PERAWAT YANG TIDAK GEMAR KEPADA KAEDAH SUNNAH ?









Jawapan 1: "ahhhh..itu kaedah wahabi,kaedah mereka jer betul"

Jawapan 2:"jangan jadi jumud...ilmu Allah tu luas"

Jawapan 3:"susahler ilmu nak berkembang jika macam nie"

Jawapan 4:"ayat tidak memberikan kesan..."

Jawapan 5:"kaedah ruqyah lambat...kaut jer terus.."

ADAKAH HANYA DENGAN MEMAKI HAMUN JIN,JIN BOLEH KELUAR DARI BADAN PESAKIT ?









Jawapannya TIDAK...kita sebagai perawat islam adalah bersifat seorang pendamai dan bersikap lemah lembut dalam menangani gangguan jin sebagai dakwah kepada pesakit,jin dan keluarga pesakit...Ini penting untuk mengelakkan sebarang fitnah yang mungkin bercambah pada hati ahli keluarga pesakit yang sedang memerhatikan perawat merawat ahli keluarga mereka...dan begitu juga bagi pihak jin akan mula memperlekehkan akhlak perawat....sama-sama renungkan sejenak...

VIDEO BEDAH BATIN YANG DIPERSOALKAN SYARIAT ?



Kepada pesakit diluar sana yang pernah menjalani kaedah bedah batin,adakah kaedah tersebut dapat menyembuhkan penyakit anda dengan cepat dan efisiyen atau ia hanya sekadar mainan sihir perawat bedah batin sahaja...ataupun ia hanya satu helah yang menggunakan tali perut ayam yang telah digaul dengan pewarna merah seperti darah? Sama-sama kita fikirkan.....

Jumaat, 2 Julai 2010

ADAKAH KAEDAH BEDAH BATIN/BEDAH MAKRIFAT SEIRING SYARIAT ?






Kaedah bedah batin tidak boleh digunakan dalam rawatan islam kerana kaedah ini banyak menimbulkan fitnah dan mempunyai unsur-unsur sihir tipuan pandangan...

MEMURNIKAN KAEDAH PUKULAN KEPADA PESAKIT








-Kaedah pukulan kepada pesakit perlulah berpada-pada sekadar memenuhi tuntutan sunnah.

-Dilarang melakukan pukulan hingga pesakit cedera secara fizikal.

-Pesakit sukar sembuh jika perawat berniat melakukan pukulan dengan niat untuk mengeluarkan jin.

-Disyorkan melakukan pukulan dengan serban kerana pesakit tidak akan cedera dan trauma.Ini lebih menghampiri sunnah

AMALAN PENDINDING 3 QUL TIDAK MEMADAIKAH SEBAGAI PERLINDUNGAN ?








Kebanyakan perawat-perawat baru sekarang nie saya lihat berlumba-lumba mengamalkan pelbagai hizib untuk dijadikan pendinding diri dan 1001 kaifiat lagi.

Pengalaman saya melihat perawat-perawat yang lain,amalan pendinding mereka hanyalah 3 qul dan zikir "lailahaillallah wahdahulasyarikalahu..qadiir" 100x pg 100x ptg.Alhamdulillah mereka sihat walafiat juga setakat ini.

Yang penting amalan tu bersumberkan hadis dan istiqomah diamalkan serta tiada niat ingin mencari sebarang kelebihan tetapi hanya mengharapkan keredhaan ALLAH SWT semata-mata.

PERLUKAH KITA MENJAZAMKAN AYAT RAWATAN ?








Tidak perlu,tiada dalil/hadis yang menyuruh kita menjazamkan ayat-ayat rawatan terlebih dahulu sebelum merawat.Yang penting bagi perawat ialah bacaaan ruqyah kena tepat tajweednya dan faham maksud ayat tersebut...itu sudah memadai dalam rawatan ruqyah nie...

HANYA IKHLAS DAN KAEDAH SUNNAH YANG MAMPU MENGALAHKAN GANGGUAN JIN...









-Perawat perlu ada sifat IKHLAS setiap masa dalam merawat,ikhlas disini perawat merawat pesakit kerana ingin mencari keredhaan dari Allah SWT dan juga ingin menyebarkan kaedah sunnah Rasulullah SAW.

-Perawat mengamalkan kaedah sunnah dalam kehidupan seharian.

-Perawat mengaplikasikan kaedah sunnah SEPENUHNYA dalam rawatan.