Pembaca Setia

Selasa, 29 Jun 2010

SUSAH SANGAT KE MERAWAT SANTAU NIE ?









Merawat santau nie kalau kita tak kembali kepada ajaran sunnah, ia akan bertambah rumit dan terus rumit pada pesakit nanti..

Para pesakit santau,anda disyorkan minum sesudu madu tualang/madu liar yang sudah dibacakan ayat pembatal sihir setiap pagi selama 21 hari.

Pesakit juga perlu minum dan mandi air doa yang sudah dibacakan ayat pembatal sihir selama 7 hari berturut-turut dan berjumpa perawat islam setiap 10 hari untuk sesi rawatan susulan.

Pesakit perlu istiqomah membaca al falaq 41x dan an nas 41x tiap-tiap lepas solat maghrib sehingga sembuh.

Pesakit juga disyorkan menjalani al hijamah/bekam sunnah pada pertengahan bulan islam pada tarikh yang ganjil pada sebelah pagi,sehari sebelum berbekam pesakit disyorkan berpuasa terlebih dahulu.

Point bekam untuk merawat santau ini ialah mengikut point bekam Rasulullah SAW iaitu 11cup,iaitu 1cup pusat kepala,4cup tengkuk dan bahu,2cup pinggang,2cup pelipat lutut dan 2cup lagi dibahagian kaki.

Pesakit istiqomah membaca zikir perlindungan diri "lailahaillallah wahdahulasyarikalahu..qadiir" 100x padi dan 100x petang sampai bila-bila.

InsyaALLAH jika kita kembali kepada ajaran SUNNAH ini dalam merawat penyakit santau,pesakit pasti akan mendapat kesembuhan yang pantas sekali,tak perlu bertahun-tahun dalam merawat santau.