Pembaca Setia

Khamis, 17 Jun 2010

Kisah Tiga Doktor- Ubat Paling Ampuh Untuk Semua Penyakit
















(Hak cipta terpelihara.Artikel ini dilarang untuk di copy-paste)

Tersebutlah kisah ini berlaku di zaman kegemilangan Islam dahulu di mana tiga orang doktor yang paling hebat dalam dunia Islam telah bertemu untuk berbincang tentang ubat yang paling kuat untuk menyembuhkan semua penyakit

Doktor A : Mengikut penyelidikan saya ubat yang paling baik untuk menyembuhkan semua penyakit adalah bijirin hitam.Bijirin hitam bila diamalkan selalu boleh membuang toksin dan menyembuhkan semua penyakit

Doktor C : Bantahan ! Walaupun begitu ia akan menghasilkan bahan kumuh yang akan keluar melalui najis dan kamu perlu memasukkan sesuatu ke dalam badan.

Doktor B : Mengikut kajian saya pula ubat yang paling baik untuk menyembuhkan semua penyakit adalah air putih.Air putih bila diminum akan membersihkan toksin di dalam badan dan boleh menyembuhkan semua penyakit tanpa menghasilkan bahan kumuh

Doktor C : Tetapi kamu tetap perlu memasukkan sesuatu yang lain ke dalam badan. Mengikut kajian saya ubat yang terbaik terhadap semua penyakit adalah puasa. Kamu tidak perlu memasukkan apa-apa ke dalam badan tetapi badan sendiri bertindak untuk membuang toksin dan penyakit dari dirinya

(Ulasan UK : Kisah ini bukan untuk memperkecilkan sesuatu kaedah perubatan tetapi sebagai perbandingan sahaja.Kebiasaannya perlu gabungan pelbagai kaedah untuk menyembuhkan penyakit. Wallahua'lam)