Pembaca Setia

Khamis, 17 Jun 2010

Kisah Pelajar Solehah 1

HAK CIPTA TERPELIHARA-ARTIKEL INI DILARANG UNTUK DI COPY-PASTE)
Suatu hari seorang remaja perempuan disuruh oleh ibunya untuk membeli semangkuk mi sup.Oleh kerana kedai itu berhampiran dengan rumahnya maka dia membawa mangkuk sendiri terus dari rumahnya.

Selesai membeli mi sup dia pun pulang ke rumah. Di pertengahan jalan dia di halang oleh seorang pemuda 'handsome' yang berpakaian segak.Pemuda itu cakap "nak sikit ,nak sikit" (seolah-olah nak mi sup tetapi nak mencabul)sambil menarik tangan remaja perempuan itu dan cuba mendorong mukanya untuk mencium remaja tadi.

Sebagai mempertahankan dirinya dengan segera remaja perempuan itu menyimbah mi sup ke muka lelaki itu namun pemuda itu sempat mengelak."Tak sangka ,walaupun kelihatan lembut tetapi garang" ujar pemuda itu sambil melarikan diri.

Remaja perempuan itu segera pulang ke rumah.Kini setelah beberapa lama beliau telah menjadi wanita solehah dan semoga terus istiqomah.

(Pengajaran kisah : Sayangilah dirimu wahai remaja,kerana dirimu sebenarnya amat berharga jika dibina atas dasar iman,janganlah kamu biarkan diri hanyut di tangan teman lelakimu,belum masanya lagi!kelak kamu akan mengetahui....!)