Pembaca Setia

Khamis, 17 Jun 2010

KEPENTINGAN BELAJAR BAHASA ARAB

“Di manakah letaknya cantik sekuntum bunga?”, tanya Sheikh Yousef al-Qammaz pagi itu.

Kami terpinga-pinga.

“Ya, di mana letaknya kecantikan sekuntum bunga?”, tanya pensyarah kami lagi. Tenang menanti jawapan sambil mengusap-usap janggutnya yang panjang dan rapi itu.

“Pada warnanya!”, jawab seorang rakan sekelas kami.

Guru Bahasa Arab kami menggelengkan kepala.

“Pada baunya”, jawab seorang lagi.

Menggeleng lagi.

“Pada perempuan yang memakainya”, salah seorang kami mencuba.

“Hahaha!”, habis ketawa satu kelas dibuatnya.

“Kecantikan bunga ialah pada bahasa yang mengungkapkannya. Kerana bahasa, bunga jadi cantik! Mari belajar memperelokkan bahasa agar cantik hidup kamu”, kata Sheikh Yousef al-Qammaz menamatkan teka teki kami.

Bahasa menterjemahkan fikiran dan perasaan. Muqaddimah subjek Bahasa Arab 100 pada semester satu, Oktober 1993, Fakulti Peradaban, Universiti Mu’tah, Jordan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com