Pembaca Setia

Rabu, 30 Jun 2010

BOLEHKAH PERAWAT ISLAM MENGELUARKAN JIN DARI BADAN PESAKIT ?









Jawapannya TIDAK BOLEH..Perawat islam hanya boleh membacakan ayat-ayat ruqyah kepada pesakit dan diakhiri dengan sedikit tazkirah serta membekalkan pesakit amalan pagar diri dan juga panduan cara minum/mandian air doa selama 7 hari.Dalam hal nie yang paling penting ialah niat perawat islam merawat hanya untuk mengambil berkat sunnah sahaja.

Perawat islam tak perlu ler bersusah payah nak tarik-tarik jin dari badan pesakit,jin mungkin keluar tetapi ia mungkin masuk semula ke jasad pesakit.Sebab apa jin masuk semula ? Sebab perawat sudah mula kurang pergantungan kepada ALLAH SWT,seolah-olah perawat mampu mengeluarkan jin dari jasad pesakit melalui kudratnya sendiri.Bila kita sebagai perawat sudah mula kurang pergantungan pada Allah SWT,bermakna kita juga patut mula mengundurkan diri sahaja dari kerja-kerja merawat nie kerana pesakit susah nak sembuh jika perawat terus bersikap begini.

Urusan keluar masuk jin dari jasad pesakit ini urusan ALLAH SWT sepenuhnya,sebagai perawat kita hanya perlu baca ruqyah sebaik mungkin dengan tajweed yang betul dengan ulangan yang banyak,itu sahaja.InsyaALLAH dari berkat sunnah dan mukjizat al quran ini,pesakit akan sembuh sendirinya dari penyakit gangguan jin setelah minum dan mandi air ruqyah selama 7 hari.

Kalau merawat ikut sunnah memang mudah sebenarnya,tak perlu bersengkang mata nak picit/cucuk badan pesakit berjam-jam lamanya...Kalau lama sangat menyeksa jin pangganggu secara fizikal,pesakit (lebih-lebih lagi wanita) akan keletihan dan badan lebam-lebam bila dia mula sedar dari kerasukan nanti...ini akan memberikan serba sedikit pandangan negatif pesakit pada kaedah rawatan islam.