Pembaca Setia

Isnin, 3 Mei 2010

RAWATAN SAKIT BUAH PINGGANG(HEMODIALISIS)

Merawat seorang gadis yang mempunyai gangguan jin dan dalam masa yang sama menderita penyakit buah pinggang yang kronik(Pesakit dirawat oleh Us. Hayat). 3 kali seminggu beliau mesti mencuci darahnya di hospital. Semasa hadir tangan kirinya membengkak dan sangat menyakitkan. Saya mensyakki bahawa penderitaan yang dialaminya adalah gabungan penyakit hospital dan gangguan jin yang dialaminya.Untuk pesakit yang begini rawatannya ialah:

1) Untuk gangguan jin: seperti biasa dirawat dengan ruqyah.

2) Untuk penyakit buah pinggang:Ambil 5 kilo mentimun dan dikupas kulitnya. Kemudian kulit timun tersebut direbus bersama 3 tangkai daun parsli atau dikenali juga dengan daun ketumbar. Rebus dengan 3 kali ganda air. Rebus sehingga air tinggal setengah. Tapis dan disimpan di dalam peti sejuk. Minum sebanyak segelas air tersebut, 3 kali sehari selama 40 hari. Insya Allah penyakit buah pinggang yang kronik juga mampu sembuh dengan izin Allah