Pembaca Setia

Khamis, 20 Mei 2010

PERINGATAN PENTING UNTUK PESAKIT
















Persiapan diri bagi orang yang akan diruqyah


Seorang yang akan diruqyah harus mempersiapkan diri sebaik-baiknya, iman harus terus dipupuk sehingga nanti ketika sedang diruqyah ia masih tetap dalam keadaan sedar sehingga mampu mengalahkan jin tersebut dari dalam dirinya sementara perawat menyerang jin tersebut dari luar. selain itu orang yang akan diruqyah tidak boleh menganggap bahwa peruqyah adalah orang yang punya mu’jizat atau kesaktian tetapi harus mengembalikan segala urusan kepada Allah semata-mata.


Pembaikan diri setelah ruqyah


Setelah selesai diruqyah, maka pesakit diminta untuk melakukan beberapa hal, diantaranya sebagai berikut :

1. Mendengar/membaca ayat-ayat Al Qur’an, minima 1 Juz tiap hari seboleh-bolehnya diusahakan sampai berjaya atau memaksa diri.

2. Menjaga solat 5 waktu, bila laki-laki berjamaah di masjid.

4. Menjalankan amalan sunnah harian

6. Pagi dan Petang membaca bacaan wirid 100 x :

لااله الاّالله وحده لا شريك له, له الملك وله الحمد وهوعلى كل شيء قدير

7. Membaca zikir pagi dan petang sebagaimana dicontohkan Rasulullah saw

8. Senantiasa hisab diri, istighfar, bertaubat dan beramal soleh.

9. Menjauhi maksiat kepada Allah.

10. Mandi dan minum air ruqyah, sebaiknya dicampur daun bidara berduri 7 helai yang ditumbuk


Penyebab Gangguan jin


Seringkali kita sendiri melakukan hal-hal yang menyebabkan kita dapat dikuasai oleh jin, seperti menyimpan azimat,tangkal,barang-barang pusaka, belajar Ilmu tenaga dalam, zikir yang tidak pernah dicontohkan oleh Rosulullah saw, memasang pagar ghaib, susuk, pesugihan dan berbagai hubungan dengan alam jin.

· Jin mengusik

· Jin mencintai manusia

· Diundang oleh manusia (azimat, rajah/wafaq, amalan, ritual, latihan nafas)

· Balas dendam jin pada manusia

· Jin Utusan/sihir (santet, tenung, guna-guna….)



Pintu-Pintu Syaitan ke dalam Jiwa Manusia


1. Amarah dan Syahwat

2. Hasad dan Rakus

3. Kenyang berlebihan walau memakan yang halal, apalagi bila makanannya haram atau syubahat

4. Cinta harta/dunia dengan segala macamnya

5. Cinta buta pada sesama manusia

6. Tergesa-gesa dalam melakukan urusan

7. Bakhil dan takut faqir

8. Ta’assub pada mazhab atau pada seseorang

9. Sangka buruk pada orang muslim/ulama

Cara mengatasinya adalah: menutup pintu-pintunya, dengan membersihkan jiwa dari sifat-sifat tercela tersebut.


Penutup.


Ø Bekerjasama dengan jin adalah hal yang terlarang dalam syariat.

Ø Meminta bantuan kepada jin dan orang yang berkawan dengannya adalah hal terlarang dalam syariat.

Ø mendatangi orang yang mengaku mengetahui tentang hal ghaib / masa depan tidak akan diterima solatnya selama 40 hari.

Ø Gangguan jin pada dasarnya boleh dikalahkan

Ø Jin adalah makhluk ghaib yang tidak mengetahui hal ghaib.

Ø Keikhlasan adalah senjata utama menghadapi gangguan jin/syaitan.

Ø Manusia adalah khalifah Allah dan lebih mulia daripada jin-oleh itu manusia tidak memerlukan pertolongan dari mereka.Allah telah menganugerahkan berbagai macam ilmu perubatan melalui nabi saw dan para ulama yang jika dfiaplikasi dengan baik adalah lebih hebat dari ilmu para jin.