Pembaca Setia

Khamis, 6 Mei 2010

PANDUAN BERHENTI MEROKOK(ADVANCE)





















1)Tetapkan niat untuk berhenti merokok kerana Allah-

Ya Allah kerana menyambut kasih sayang Mu, saya mahu berhenti merokok. Jutaan nikmat yang telah kau limpahkan kepadaku sedari kecil, telah melalaikan saya kepada tujuan hidup yang abadi.Saya telah lalai kerana terlampau banyak mengecapi nikmatMU.Sekiranya saya tidak berduit mungkin saya tidak mampu untuk membeli rokok tetapi oleh kerana Engkau telah memberi saya rezeki yang melimpah ruah kini saya mampu membeli rokok sehari sekotak.Saya telah menyalahgunakan nikmatMu.Saya seronok menghisap rokok walaupun menyalahgunakan nikmatMU.Saya sedar dan mengerti dengan sebenarnya merokok bukanlah amalan yang baik. Tidak akan dicatatkan satu kebaikan pun oleh malaikat dengan setiap batang rokok yang saya hisap.


Saya telah merosakkan diri saya. Saya telah merosakkan nikmat bibir,gigi,lidah ,tenggorok,perut ,otak,jari,hidung,paru-paru dan lain-lain lagi. Dengan keadaan sedar saya telah memusuhi MU.Saya telah melawan perintahMU di dalam alquran iaitu ayat 195 surah al Baqarah.Saya hambaMu telah menentang Penciptanya tanpa sedar dan tanpa mencari kesedaran yang benar. Saya telah memandang sebelah mata perintahMU. Walaupun mengetahuinya tetapi saya tidak mengambil berat.Saya mengabaikan ayat-ayatMU.Saya telah memandang remeh ayat-ayatMu.Saya telah mengabaikan amanah yang Engkau berikan supaya tidak membinasakan diri sendiri seperti di dalam ayat itu.


Saya telah melakukan pembaziran yang bererti saya telah mengambil syaitan laknatullah menjadi teman karib saya.Apa yang lagi teruknya saya tidak merasa bersalah pun. Ya Allah betapa besar dosa saya,tetapi saya telah menganggap enteng terhadapnya selama ini:


sehari : sekotak RM 6

Sebulan: RM 180

Setahun: RM 2160

Sepuluh tahun: RM 21600

Tiga puluh tahun: RM 64800

Lima puluh tahun: RM108000


Walaupun begini banyak pembaziran tetapi saya tidak merasakannya.Saya telah melawan perintahMu yang kedua supaya tidak melakukan pembaziran iaitu ayat 27 surah al Isra’.Saya menentang Mu lagi.Walaupun saya tahu sesiapa yang menentangMu akan binasa seperti yang terjadi pada umat-umat dahulu tetapi saya yang kerdil ini telah menentangMu secara berdepan untuk kedua kalinya. Saya tidak pernah pun rasa bersalah dengan perasaan bersalah yang benar terhadap Engkau. Kadang-kadang datang juga kekesalan tetapi saya tidak pernah mengambil tindakan yang benar-benar konkrit.Saya cuba juga berhenti tetapi kemahuan saya lemah .Setelah mencuba dua tiga kali saya merasa putus asa kerana gagal menghentikan tabiat buruk ini,maka saya kembali merokok.


Cukuplah Ya Allah,mulai saat ini saya benar-benar akan berhenti. Ampunilah hambaMu ini.


2) Berhenti merokok kerana kecintaan kepada Rasulullah salallhu ‘alaihi wa sallam


Saya mengaku mencintai mu wahai Rasul saw yang mulia tetapi saya melakukan apa yang engkau benci. Saya tahu engkau membenci pembaziran,perbuatan merosakkan diri sendiri, bau-bau yang busuk tetapi saya masih melakukannya sedangkan saya mengakui bahawa saya mencintaimu,bagaimana ini? Saya mengaku mencintaimu tetapi saya menyakiti hati mu? Sayalah yang rajin berselawat dan mengucap salam kepadamu dengan banyaknya terutama di hari Jumaat tetapi dengan sengaja saya melakukan perbuatan yang menentang perintahmu. Sayalah umatmu tetapi saya menentang perintah Rasul saya sendiri,dengan sengaja dan dengan sedar!


Ya Allah ,siapakah saya yang sebenar ini?Adakah saya ini munafik? Ya Allah ,bagaimana dengan iman saya? Adakah iman saya telah binasa tanpa saya sedari?Tidak cukup dengan mengabaikan dua ayat Allah kini saya telah melanggar perintah Rasul saw dengan sengaja

لاضرر ولا ضرار

Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh mendatangkan kemudharatan (H R Ibnu Majah )


Kini saya mendatangkan kemudharatan kepada diri saya sendiri.Tidak cukup dengan itu saya telah bersekongkol dengan puak Yahudi untuk memudharatkan diri saya sendiri. Ya Allah, kenapa dengan saya ni? Kenapa begini keras hati saya? Kenapa begini lemah akidah saya?Kenapa keyakinan saya tidak mantap?Adakah selama ini iman saya masih tidak tulen kepada Mu? Iman palsu?Adakah kecintaan saya kepada RasulMu hanya dibibir?Berhenti merokok sahaja tidak mampu,bagaimana lagi ingin mendakwah orang asli,mat rempit dan sebagainya!


3)Berhenti merokok kerana kecintaan kepada Umat Islam


Wahai muslimin muslimat ,mukminin dan mukminat sekelian.. Saya benar-benar mencintai kalian semua,tetapi dalam masa yang sama saya telah berlaku curang,khianat dsbgnya. Saya telah membeli rokok yang kebanyakannya dikuasai oleh konglomerat Yahudi. Saya tahu dan sedar mereka akan menggunakan wang itu untuk memerangi dan membunuh umat Islam di seluruh dunia. Tetapi saya tetap membelinya hari demi hari.

Saya merasa sedih melihat umat Islam dibunuh setiap hari di Palestin,Iraq ,Afghanistan dan lain-lain tempat. Tetapi saya tidak sanggup melawan nafsu dan ketagihan rokok saya. Apabila Amerika dan Yahudi tidak cukup wang untuk membeli senjata atau peluru biarlah mereka mengambilnya dari poket saya untuk membunuh umat Islam.

Saya tidak sanggup untuk berhenti merokok ini.Telah bertahun-tahun saya merokok.Sejak dari bangku sekolah lagi. Takkan saya perlu menderita dalam proses berhenti merokok .(Dalam hati-Takpelah umat Islam dibunuh.Kalau saya berhenti merokok pun sama juga keadaannya walaupun saya sayang kalian tetapi kalau membunuh secara tidak langsung tak pa kot).Disamping membunuh umat Islam saya pun suka juga membunuh diri saya dengan perlahan-lahan.


Disamping itu saya juga suka kalian menikmati bau badan saya. Apabila saya pergi solat berjemaah saya rasa seronok apabila jemaah berhampiran saya rasa terganggu dengan bau rokok yang melekat pada badan saya. Saya juga suka mengotorkan tandas surau dan tandas awam dengan membuang puntung rokok merata-rata. Paling teruk saya suka merokok sambil membuang najis(berak).Kenapa saya perlu menghentikan tabiat yang mendatangkan keseronokan ini?


Perlukah saya berkorban untuk kalian Umat Islam???PERLUKAH?