Pembaca Setia

Jumaat, 7 Mei 2010

MENGELAKKAN PENJAJAHAN SYAITAN( IA TELAH MENJAJAH SAYA SEKIAN LAMA TAPI SAYA TAK MENYANGKANYA )






















1)Ikhlas

Merealisasikan ikhlas merupakan jalan utama untuk membebaskan diri dari serangan dan penjajahan syaitan ke atas diri. Bersihkan hati dari kepentingan diri dengan meletakkan kepentingan agama di hadapan, susahnya! Selalunya ada juga sedikit niat yang bercampur-campur dengan dunia. Mudah-mudahan perkara ini boleh diatasi dengan pengalaman


2)Beriltizam dengan jemaah

Sesungguhnya sifat beriltizam dengan jemaah merupakan perkara yang sangat dibenci oleh syaitan tetapi sangat diredhoi oleh Allah SWT. Oleh itu berdakwah dengan berjemaah lebih baik dari berseorangan. Dengan berjemaah banyak perkara boleh dilakukan dengan mudah seperti urusan perkahwinan,aqiqah,kehidupan,kematian- bila dibuat ikut sunnah semuanya senang,mudah dan tidak menimbulkan kezaliman dan kemurkaan Allah. Contohnya kenduri kahwin kita sembelih seekor kambing sebagai mencontohi sunnah Nabi saw. Kendurinya ringkas tidak penat,perkahwinan insyaAllah lebih diberkati(up : kenduri kahwin di zaman Rasulullah kebanyakannya kecil sahaja tetapi berkat sebab harta halal dan tiada pembaziran hasilnya anak sangat soleh dan sangat jarang berlaku perceraian. Jadi saya menyokong kenduri yang kecil dan ringkas ini melihat kepada pandangan jangka panjang hayat perkahwinan)


3)Sentiasa menjaga solat berjemaah

Macamana kita bersendirian ingin menghadapi satu pasukan tentera syaitan yang menggoda/mengganggu dengan berbagai cara 24 jam tanpa henti hatta ketika kita tidur? Solat berjemaah dapat mengurangkan gangguan yang dihadapi ketika solat berseorangan seperti terlupa rakaat atau rukun solat. Dengan solat berjemaah mendatangkan keredhoan Allah,dan perlindungan mantap dari syaitan . Bukankah Saidina Umar yang ditakuti syaitan sentiasa solat berjemaah hatta ketika sakit menjelang kematian?!


4)Beriltizam dengan al Kitab dan Sunnah

Sebesar-besar jalan untuk mengawal dari kejahatan syaitan ialah beriltizam dengan al Kitab dan Sunnah secara ilmu dan amalan dengan kefahaman mendalam. Kena rajin mengadap ustaz dan pergi sampaikan pula kepada mereka yang terumbang-ambing disekeliling kita,di pasar,kedai,kilang,rumah dan lain-lain tempat. Dakwah mereka tetapi hati-hati jangan sampai mereka yang berjaya dakwah kita jadi seperti mereka pula!


5)Mohonlah Perlindungan Dengan Isti'adzah

Al isti'adzah ialah berlindung kepada Allah dari segala kejahatan. Adapun maknanya ialah aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan yang direjam supaya ia tidak memudaratkan diriku,agama serta duniaku, atau memalingkan aku dari apa-apa perbuatan yang telah diperintahkan kepadaku atau mengajak aku melakukan perkara-perkara yang dilarang. dan lain-lain ibadah yang diperintahkan.

Dan melakukan lain-lain ibadah yang diperintahkan