Pembaca Setia

Khamis, 27 Mei 2010

MEMELIHARA KASIH SAYANG DALAM PERKAHWINAN






















Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.Oleh kerana saya menerima semakin banyak kes yang melibatkan perkahwinan maka di sini saya ingin kongsikan beberapa tips mudah yang boleh dipraktikkan dari sunnah Nabi saw dan sedikit pengalaman yang tak seberapa untuk memelihara kasih sayang suami isteri supaya tidak mudah pudar dimakan usia

1)Bertaubat kepada Allah kerana kesilapan dahulu :

a)dosa bercinta sebelum kahwin dan segala perkara berkaitan seperti perhubungan telefon,berutus surat, berjumpa dan makan bersama dan sebagainya

b)dosa ketika majlis perkahwinan berlangsung: niat berkahwin kerana cinta bukan kerana Allah,majlis persandingan,mak andam yang dibayar untuk menipiskan kening,mengubah rupa dan sebagainya,kenduri kahwin terlampau besar-besaran sehingga berhutang, tidak solat semasa kenduri kahwin,muzik yang melalaikan,tarian antara jantina, fesyen pakain pengantin menjolok mata dan tidak menutup aurat dengan sempurna, muzik bising hingga mengganggu jiran-jiran sebelah-menyebelah, pengantin bercium di hadapan orang ramai,pengantin dimandikan atas tangga,hantaran maskahwin berdulang-dulang bertujuan untuk riak dihadapan orang, makanan pengantin yang terlampau banyak jenis-udang galah,ayam golek dan sebagainya,pendek kata sebenarnya majlis perkahwinan ini mungkin mengundang kemurkaan Allah,tapi kita mungkin tak rasa apa-apa ketika itu.Bila kahwin dah lama macam-macam masalah yang timbul semuanya kerana kesilapan ketika memulakan perkahwinan dan perhubungan sebelum kahwin yang oleh kerana tidak bertaubat kini mula menunjukkan gejala tidak baik kepada perkahwinan itu

2)Makan sedulang dengan suami/isteri

3)Minum dari bekas yang sama, lebih baik suami minum ditempat isteri meletakkan bibirnya.

4)Mandi bersama suami/isteri

5)Lumba lari bersama atau bersukan tetapi hati-hati kerana masalah aurat isteri dan goyang-goyang badan isteri ketika bersukan.Nanti cari kasih sayang tapi dapat dosa pula.

6)Ada masa kena bawa keluarga berjalan atau berkelah ditempat yang terpelihara dari fitnah

7)Kena rajin puasa sunat dan solat tahajjud seperti Ummu Mukminin Hafsah yang dipelihara perkahwinannya dengan Rasulullah saw kerana rajin melakukan dua ibadah sunat itu.

8)Saling memberi hadiah.Tak semestinya beri hadiah harijadi yang tidak ada dalil tu. Beri hadiah kerana Allah

9)Isteri kena pandai memasak atau belajarlah masak satu dua resepi spesial sekali sekala untuk tarik hati suami.(Suami yang pandai memasak juga ada kelebihan)

10)Isteri atau suami kena belajar memahami akhlak yang halus-halus dalam Islam. Jangan bersikap seperti melayu dalam rumahtangga tetapi bersikap seperti orang Islam sepenuh masa.(Full-time muslim)

11)Apabila berlaku pergaduhan hal-hal kecil hendaklah ada sikap memaafkan dengan segera. Suami adalah lebih wajar meminta maaf walaupun tidak bersalah,bukan merendah diri tetapi mengawal keadaan

12)Segala masalah,pergaduhan dan musibah adalah disebabkan dosa kamu sendiri. Menyalahkan orang lain tidak akan menyelesaikan masalah.Perbaikilah iman kamu. Kadang-kadang wudhuk pun tak betul tapi apabila diuji dengan sesuatu menyalahkan orang lain sedangkan perhubungan dia dengan Allah pun banyak masalah.(Antara faktor yang menyebabkan solat tidak khusyuk adalah pembaziran air ketika berwudhuk)

13)Suami kena jaga solat berjemaah.Sesiapa yang solat lima waktu secara istiqomah tetapi tidak berjemaah akan terkena juga perangkap syaitan seperti yang dijelaskan oleh maksud hadis bahawa serigala akan menangkap kambing yang bersendirian menjauhi kumpulannya begitu juga syaitan akan dapat memerangkap orang yang solat bersendirian .

Sekian dulu. InsyaAllah sambung lain kali.