Pembaca Setia

Khamis, 20 Mei 2010

KISAH RENUNGAN

GAMBAR POKOK WALNUT













Ciptaan Tuhan

Seorang petani yang sedang menunggang keldainya tiba di ladang tembikai. Dia berasa letih dan dahaga, lalu duduk dan berehat di tempat redup di bawah rimbunan pokok walnut. Sedang dia menikmati pemandangan pokok-pokok tembikai yang menjalar, dia melihat ke atas dan ternampak beberapa biji walnut tergantung-gantung di celah-celah dahan tinggi sebatang pokok yang amat tinggi. Kagum dengan kuasa Tuhan, dia hairan walnut yang kecil itu tumbuh pada pokok yang besar, manakala buah tembikai yang besar bergantung pada pokok yang menjalar dan kelihatan rapuh.

Sedang petani yang kehairanan itu berfikir-fikir, sebiji walnut jatuh di atas kepalanya. Dia menadah tangannya ke langit dan berkata penuh kesyukuran, "Oh Tuhan Yang Maha Berkuasa Dan Maha Bijaksana, nasib baiklah tembikai tidak tumbuh di pokok besar, kalau tidak, sudah mati aku sekarang."

(Cerita dari Iran)