Pembaca Setia

Ahad, 16 Mei 2010

















Kisah benar: Merawat pesakit akibat sihir Paderi Kristian

Assalamualaikumwarahmatullah. Di bawah ini di sertakan laporan pengalaman seorang ustaz di Mesir yang merawat seorang pelajar wanita yang terkena sihir. Pengalaman ini adalah benar, tiada tokok tambah kepada fakta-fakta. Wallahu A'lam.

Dewasa ini gejala murtad adalah satu fenomena yang sangat buruk menimpa masyarakat Malaysia. Sepatutnya masyarakat Islam Malaysia perlulah bersikap peka dalam menangani permasalahan ini, namun ia tidaklah semudah yang disangka. Gesaan-gesaan supaya digubal undang-undang murtad untuk membendung gejala penukaran agama daripada Islam kepada agama lain telahpun kedengaran di sana- sini tetapi hasil yang memberangsangkan belum kelihatan.

Hujjah-hujjah dan dalil-dalil yang menyokong kebenaran agama Islam serta menolak kepalsuan agama lain masih terlalu jauh daripada mendapat tempatnya yang sebenar. Kegiatan menukarkan orang Islam kepada agama-agama tertentu pula, sebagaimana yang berlaku, tidaklah terdah kepda cara-cara tertentu, malahan berlaku pula kepada beberapa cara yang tidak sepatutnya.

Usaha pemurtadan melalui sihir tidak dapat disangkal lagi. Kadang-kadang mangsa yang terbabit terdiri daripada golongan yang mendapat pendidikan agama secara baik. Perkara ini dapat didedahkan ketika penulis terlibat dalam merawati pesakit bernama X, berusia 21 tahun. Pelajar Pengajian Usuluddin tahun 3 cawangan K. Universiti Al Azhar.

Pesakit mula dikenalpasti mendapat gangguan sihir daripada sekumpulan paderi pada 18 Mei 1998. Pada awalnya perawat menyangka pesakit menghadapi sakit angin sasar. Ini berdasarkan ciri-ciri lahir seperti sesak nafas, sendawa dan lain-lain disamping pengakuan daripada pesakit itu sendiri. Tetapi setelah dirawat hampir sebulan ternyata pesakit menunjukkan tanda-tanda seperti disihir seperti mengeluarkan bunyi-bunyi binatang tertentu ketika sendawa. Sepanjang rawatan yang sedemikian rapi yang mengambil masa 3 bulan, berbagai-bagai perkara pelik yang melibatkan sihir telah dikesan seperti :

1. Ruam-ruam(bermula dari tarikh 18 April 1998)

2. Menggeletar seluruh badan (bermula 27 April 1998)

3. Sentak-sentak kepala dan menghantuk ke dinding, sakit perut dan tidak boleh berjalan (bermual malam hari yang sama)

4. Setiap kali dibacakan doa pesakit jatuh dan mula tidak sedarkan diri dan kejang.(bermula 1 Mei 1998)

5. Kelu tidak boleh bercakap apabila memegang buku pelajaran dan membaca sebarang ayat Al Quran dan doa.

6. Dirasakan meminum darah, air hanyir, holy water, dan daging-daging yang haram menyebabkan pesakit tidak boleh menerima sebarang makanan. (bermula 11 Mei 1998)

7. Tidak boleh mendengar azan (bermula 16 Mei 1998)

8. Tertutp mata dan menghidapi penyakit ramad (conjunctivitis) bermula 20 Mei 1998)

9. Tidak boleh mendengar Dua Kalimah Syahadah ( bermula 23 Mei 1998)

10. Tidak boleh menyebut nama binatang-binatang tertentu malahan mengeluarkan bunyi binatang-bintang tersebut ketika sendawa.

11. Tanda-tanda cross di pergelangan tangan, lengan, selipat siku, dagu, tengkuk, dagu, tengkuk ( antara dua tulang selangka), dahi dan tengah tapak tangan. Tidak boleh mendengar salak-salak anjing, diintip oleh binatang-binatang yang dipuja seperti belalang, lalat, kupu-kupu, rama-rama. (bermula 28 Mei 1998)

12. Tidak boleh solat ( bermula 1 jun 1998). Setiap kali wudhu' diambil, pesakit merasakan anggota yang terkena air itu terbakar hangus.

13. Paderi John ( bukan nama sebenar) datang memperkenalkan diri, beliau mengugut untuk menukarkan agama atau membunuh pesakit, beliau mendakwa mempunyai pakatan dengan paderi-paderi seluruh dunia.
Paderi John juga mendedahkan dia bertanggungjawab menyihir pelajar agama yag cemerlang itu supaya menjadi fitnah kepada agama Islam sejak 3 Jun 1998. Beliau juga mendakwa telah melakukan sihir kepada pesakit secara beransur-ansur semenjak lebih dari 5 tahun, supaya pesakit menderita terlebih dahulu.

14. Tidak boleh menyebut mengenai keluarga, soal-soal perkahwinan, nama perawat dan Yang Dipertua Dewan Perwakilan Mahasiswa, jururawat-jururawat yag menjaga pesakit dan beberapa ulama' tempatan.

15. Paderi Peter dan Joseph ( bukan nama sebenar ) menjelma dan mendakwa akan membantu Paderi John.( 8 Jun 1998).

16. Paderi Mickel dan J. W. Birch ( bukan nama sebenar ) menjelma pada 15 Jun 1998.

17. Tidak boleh menyebut nama-nama tertentu.

18. Paderi David ( bukan nama sebenar ) menjelma pada 16 Jun 1998.

19. Rebah apabila mendengar bunyi loceng.

20. Terpaksa menyuap makanan ke dalam mulut dengan cara disapu terlebih dahulu di atas lengan bermula pada 26 Jun 1998.

21. Tidak boleh berjalan tetapi bergerak dengan menggunakan lutut ( bermula 8 Julai 1998)

22. Tidak boleh mendengar keset bacaan Al Quran bermula pada 28 Julai 1998.

23. Tidak boleh bangkit dari tidur tetapi berbaring di atas katil (bermula pada 15 Julai 1998)

24. Pesakit berwatak harimau dan meminta darah. ( bermula 23 Julai 1998)

25. Bilik menjadi panas bagaikan wap api memenuhi ruangan ( bermula 28 Julai 1998)

26. Tidak boleh menyebut nama Allah ( bermula 26 Ogos 1998)

27. Tidak boleh bernafas dan tidak boleh memasuki bilik-bilik tertentu dan ruang tamu ( bermula 19 Ogos 1998).

28. Paderi-paderi tadi berpura-pura bertolak ansur dengan memberikan laluan kepada pesakit melakukan beberapa perkara seperti membaca ayat-ayat tertentu seperti berikut : a. Al Baqarah ayat 1-30 b. An Nisa' aayat 17-21 c. Yassin 15 kali ayat 78, 5 kali. d. Al Ashr 5 kali e. Al Inshirah 7 kali f. Al Mujadalah ayat pertama g. Al Jin ayat 18 h. Maryam ayat 45, 48, dan 49 i. Al Buruj ayat 18, 20, 21 dan lain-lain.

(Paderi-paderi tadi seringkali menukarkan ayat yang digunakan bagi tujuan yang sama semata-mata untuk mengelirukan perawat dan pesakit. Mereka juga mendakwa sihir itu memasuki tubuh pesakit melalui jari jemari tangan dan kaki, mata, hidung (pernafasan) mulut dan lain-lain-saya pun tak faham -UK).

Di samping gangguan sihir daripada paderi dan gereja, pesakit juga mendapat gangguan daripada pihak-pihak lain. Pemujaan semangat berbagai-bagai binatang seperti anjing, ayam kampung, ayam belanda, ayam api, harimau, himar, buaya, ular, tikus dan lain-lainnya sebagai bahan pemujaan untuk melemahkan rohani pesakit berlangsung dalam masa yang lama dan menyulitkan.

Sepanjang rawatan diatas, perawat Islam dapat mengesan penggunaan air Holy Water kepada mangsa-mangsa sihir kerana ia bertujuan menguatkan sihir agar bersebati dalam darah daging pesakit di samping mencegah pesakit menerima makanan yang halal ( yang boleh mebnguatkan tubuh badan pesakit).

Jelmaan Sister Mary mendakwa dirinya pernah mendapat pendidikan agama Islam dan taat tetapi akhirnya menjadi paderi perempuan setelah terdedah kepada ancaman-ancaman sihir. Dia mendapat latihan kristianisasi di luar tanah air. Menurut dakwaannya namanya adalah Samiah ( kemungkinan nama ini palsu). Pernah berkahwin tetapi bercerai dan tidak pernah mendapat kasih sayang sejati sejak kecil.

Menurut pemerhatian pesakit, Paderi Mary, John dan Peter adalah daripada satu kumpulan. John berusia 60 tahun manakala Peter berusia sekitar 28 tahun David pula daripada kumpulan yang lain yang berusia 73 tahun. Mickel dan J. W. Birch daripada kumpulan yang lain pula.
Bagi perawat Islam ini adalah di antara pengalaman perubatan yang mencabar, di samping itu tidak sedikit dikalangan pelajar-pelajar yang dikenalpasti mendapat gangguan sihir daripada paderi-paderi yag tinggal berdekatan dengan rumah mereka.

Sepanjang pengamatannya, perawat Islam mendapati cara ini adalah antara cara yang berkesan dan semakin berleluasa di Malaysia (menurut dakwaan paderi-paderi tadi). Beberapa soalan yang bertujuan menguji kesahihan fakta-fakta yang dinyatakan meyakinkan perawat Islam terhadap kenyataan tadi.

Setelah lebih 3 bulan mengubati pesakit X, pesakit menjadi semakin sihat dan dapat melepaskan diri daripada pelbagai belenggu sihir, walaupun tidak sekaligus ini amat menggembirakan kami pelajar-pelajar Al Azhar. Segala pujukan dan perangsang yang telah diberikan oleh perawat Islam kepada pesakit cuba dilaksanakan sebaik mungkin. Dalam masa yang sama, pesakit juga merupakan pelajar cemerlang menunjukkan keramahan dan kesabaran dalam mencari satu kesan yang baik dalam usaha memulihkannya.

Demikianlah juga jururawat-jururawat yang menunjukkan pengorbanan yang amat tinggi khususnya sepanjang menghadapi peperiksaan akhir tahun yang diadakan pada bulan Mei yang lalu. Di samping masalah-masalah kewangan dan kemampuan yang terbatas, kami telah melakukan sesuatu yag bertujuan menyelamatkan aqidah Umat Islam.

Mudah-mudahan Allah Taala menyembuhkan pesakit sepenuhnya dan memberikan ganjaran yag sebaik-baiknya kepada semua yang terlibat dalam usaha sebegini.
Akhirnya kami mengharapkan doa dan perhatian dari seluruh kaum muslimin agar meringankan beban kami terutamanya ketika kami mendengar keluh-kesah daripada pelbagai pihak disamping menyaksikan air mata yang tidak sedikit tumpah bersama-sama pesakit lain.

Wallahu a'lam.