Pembaca Setia

Ahad, 30 Mei 2010

KES-KES RAWATAN GANGGUAN DAN MASALAH RUMAHTANGGA






















Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Di sini saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang terlibat dalam kisah di bawah ini kerana saya bercerita bukan untuk memalukan tetapi dengan tujuan untuk mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku.

Baru-baru ini Khutbah Jumaat di masjid telah mendedahkan terdapat 81000 kes aduan rumahtangga dari tempoh 2000 hingga 2008 dan purata kes perceraian di Selangor sahaja hampir mencapai 3000 kes setahun. Oleh kerana angka ini adalah besar maka sebelum mencapai angka yang lebih besar sehingga masyarakat hilang kepercayaan kepada perkahwinan maka adalah wajar saya dan anda semua memberi perhatian yang lebih serius terhadap perkara ini.Jadi diharap ada ulama yang peka dan melatih kader dakwah untuk membantu menyelesaikan penyakit ummah

Sebelum itu kita analisis sedikit beberapa kes yang dirawat di Pusat Rawatan Bdr Ptri Klang

1) Satu pasangan muda baru berkahwin,isteri yang belum disentuh melarikan diri dari rumah suami balik ke rumah orang tuanya. Si gadis dipaksa kahwin oleh orang tuanya sedangkan dia bercita-cita untuk menyambung pelajaran.Nekad untuk meneruskan cita-citanya, maka perceraian adalah langkah terbaik untuk pasangan ini.Tempoh perkahwinan kurang dari tiga bulan

2)Perkahwinan selama berbelas tahun diakhiri dengan perceraian kerana isteri memohon cerai dan berkahwin dengan orang lain membawa bersamanya segala harta seperti rumah dan lain-lain mengikut suami baru menyebabkan bekas suami stress dan datang ke pusat rawatan untuk dirawat.

3)Seorang isteri yang stress apabila suaminya yang mempunyai kemampuan kewangan ingin berpoligami menyebabkan dia terkena gangguan jin.

4)Seorang isteri yang stress dan terkena gangguan kerana seorang wanita datang berjumpa dengannya memberitahu ingin mengahwini suaminya. Wanita ini juga sering menelefonnya.

Analisis Kes

1) Ibu bapa membuat kesilapan dengan menyangka anak perempuan yang lembut dan menurut kata akan mengikut juga keputusan perkahwinan tanpa mengambil kira anaknya bercita-cita untuk menyambung pelajaran. Jadi jangan memandang remeh riak anak perempuan yang kelihatan seperti tiada apa-apa. Anak perempuan yang memendam perasaan dan cita-cita jika tidak ditanggapi dengan baik dapat juga memberontak dan melakukan tindakan luar dugaan.
Paksaan supaya berkahwin mungkin kurang sesuai dengan anak-anak gadis zaman sekarang sebaliknya mesyuarat adalah langkah yang lebih sesuai.Kaedah rawatan -ruqyah dan nasihat

2)Ini adalah pola hidup kebanyakan orang Islam sekarang. Kebanyakan masa sibuk dengan kerjaya sendiri dan mencari pendapatan tambahan . Tujuan utama membina keluarga sendiri sahaja dari segi ekonomi dan keperluan kehidupan.Kehidupan beragama tidak diberi perhatian. Akhirnya dibeloti oleh isteri sendiri tanpa disangkanya. Segala harta pencarian hilang dalam sekelip mata dibawa oleh bekas isteri.

Bagaimana isteri akan setia kalau sepanjang perkahwinan dia tidak pernah merasa kemanisan beragama apalagi kemanisan solat. Kebanyakan orang masih melakukan pembaziran air ketika berwuduk menyebabkan syaitan dapat mengganggu ketika wuduk dan solat,hasilnya solat tidak khusuk dan manis. Kalau solat sahaja masih tidak dapat dirasakan kesannya dalam pembentukan individu apalagi akhlak yang lebih halus dalam Islam sebagai contoh berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita?Kaedah rawatan ruqyah,bekam di kepala untuk kurangkan stress dan nasihat

3)Seorang suami yang mempunyai kemampuan kewangan yang cukup tidak boleh dihalang untuk berkahwin dua,tiga atau empat. Ini kerana suami merasakan dia ada 'power to get what he want and you cannot stop me.' Suami jenis begini biasa bekerja keras untuk mencapai impiannya dan dia mampu mencapainya. Jadi sikap isteri memprotes atau menghalang tidak akan berguna.

Cara terbaik adalah redho dengan taqdir mendapat suami demikian dan berusaha menjadi isteri terbaik dengan akhlak Islam yang lebih indah sehingga keindahan akhlak mengatasi rupa paras yang semakin menyusut.Tidak redho dengan poligami boleh mengundang bahaya dari segi akidah kerana ia adalah hukum yang jelas dibenarkan oleh syariat Islam. Jangan membenci sesuatu yang diizinkan oleh Allah. Cuma kena ingatkan suami yang mampu supaya membentuk semua anak-anak dengan acuan agama bukan dengan kemewahan.Kaedah rawatan ruqyah

4)Wanita ini mungkin menganggap suaminya tidak mempunyai kemampuan ekonomi. Tetapi sekiranya isteri kedua bekerja maka perbelanjaan sara hidup tidaklah menjadi beban sangat.Kadang-kadang pendapatan isteri kedua adalah melebihi dari pendapatan suami.Dengan masalah sosial yang sangat parah sekarang saya memang menyetujui supaya lebih ramai lelaki berpoligami,terutamanya dengan wanita berkarier jika kita tidak berpendapatan besar sangat.Jika kamu tidak menyetujui cadangan ini cuba beri satu kaedah penyelesaian yang lebih baik dari poligami untuk menyelesaikan masalah anak dara lanjut umur dan ibu tunggal?

Cuma jangan lupa pendidikan agama untuk isteri dan anak-anak .Ikutlah sunnah dalam solat,keluarga dan seluruh aspek kehidupan bukan poligami sahaja.Kaedah rawatan ruqyah,bekam dan nasihat