Pembaca Setia

Khamis, 27 Mei 2010






Kaedah Meruqyah Pesakit


  1. Menyiapkan keadaan yang benar. Keluarkanlah gambar-gambar manusia dan benda hidup yang ada di dalam rumah, kerana dengan demikian malaikat akan berkenan masuk ke dalam rumah.

  2. Mengeluarkan serta memusnahkan segala bentuk azimat/tangkal yang ada pada orang yang terkena kerasukan tersebut.Juga jika ada pagar rumah dari besi khursani,buluh tumpat dsbgnya harus dimusnahkan/dibuang

  3. Membersihkan tempat dari lagu-lagu dan bunyi alat muzik.

  4. Membersihkan tempat dari perkara yang akan melanggar syariat, seperti orang lelaki yang memakai emas dan perempuan yang tidak tutup aurat atau tutup aurat dengan tidak sempurna(golongan ini lebih ramai).

  5. Memberi pelajaran tentang akidah kepada orang yang kerasukan jin tersebut serta keluarganya, sehingga menghapuskan rasa ketergantungan hatinya kepada selain Allah.
  6. Perawat tidak ada 'power', yang menyembuhkan Allah dengan keyakinan yang bulat di hati

  7. Menjelaskan tentang cara pengubatan yang dilakukan tidaklah sama dengan pengubatan tukang sihir atau dukun, kemudian menjelaskan pula bahawa di dalam Al Qur'an terdapat ubat penawar serta rahmat, sebagaimana yang telah diberitahukan oleh Allah S.W.T.

  8. Memerhatikan keadaan dengan mengadakan beberapa pertanyaan kepada orang yang terkena kerasukan jin tersebut serta melihat tanda-tandanya. Pertanyaan-pertanyaan tersebut misalnya :
  • Apakah kamu melihat binatang dalam mimpimu?

  • Berapa ekor binatangkah yang kamu lihat?

  • Apakah dalam mimpimu itu ada binatang yang mengejarmu?

  • Apakah mimpimu itu adalah mimpi yang menakutkan?

  • Apakah mimpimu itu seolah-olah kamu merasakan akan jatuh dari tempat yang sangat tinggi?

  • Apakah dalam mimpimu itu kamu berjalan di tempat yang menakutkan?


    1. Berdoalah kepada Allah, semoga Allah membantu anda untuk menyembuhkan orang yang sedang diubati tersebut.
    2. Membaca doa perlindungan sebelum meruqyah
    3. Jika dapat diketahui pesakit akan bertindak ganas jika diruqyah maka boleh diikat dengan tali dari kain atau baca ayat kursi niat untuk lemahkan jin dahulu
    4. Jangan meruqyah wanita tanpa ditemani muhrim atau berduaan sahaja di dalam bilik.
    5. Jangan memandang tepat atau terlampau lama ke arah pesakit wanita
    6. Boleh membaca sebahagian makna ayat quran untuk menginsafkan terutamanya perawat,pesakit dan jin.
    7. Kadang-kadang pesakit perlu difahamkan bahawa penyakit ini bukanlah buruk atau penderaan dari Allah tetapi bersifat untuk menghapuskan dosa dari badan seperti gugurnya daun kering dari pokok