Pembaca Setia

Ahad, 2 Mei 2010

HATI-HATI MEMBERI BAYI KESAYANGAN MAKAN








Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda.
Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan.

Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan


Semua makanan pejal :
Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna. (Elakkan memberi jeli makanan kerana walaupun lembut tetapi pernah menyebabkan tercekik dan membawa kematian seorang kanak-kanak)

Makanan Yang Perlu Dielakkan: 6 Hingga 12 bulan

Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.

Makanan Yang Telah Diproses:
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.

Putih Telur :
Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.

• Madu :

Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!
Botulism ialah penyakit yang disebabkan oleh keracunan makanan yang berpunca dari toxin yang keluarkan oleh bacteria. Biasanya pada madu yang tidak dirawat ada bakteria ini. Serangan penyakit botulsm akan menyebabk system dalam badan menjadi lumpuh, hilang keupayaan untuk makan (menelan) dan bernafas di kalangan bayi. Orang dewasa jarang mendapat serangan ini kerana sistem pencernaan mereka biasanya sudah boleh mencernakan parasit tersebut.

Walaubagaimana pun penyakit ini amat serius di kalangan bayi tetapi biasanya mereka akan terselamat dari kejadian yang lebih buruk. Tanda tanda awal ialah sembelit yang melebihi 3 hari di kalangan bayi.

Serangan ini bukan hanya di sebabkan oleh polen dari madu tatapi juga dari debunga lain atau pun habuk yang teruk yang mengandungi bakteria itu. Satu cara bagi ikhtiar mengurangkan risiko ialah dgn memasak bahan makanan yang di syaki ada bakteria itu sehingg 121 darjah Celcius.

Makanan Laut :
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.

Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.

Jus Buah Pekat :
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.

Gandum dan Produk Gandum : Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.

Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan

Susu Rendah Lemak :
Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.

Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

Walaupun begitu memberi sedikit makanan yang telah dikunyah dahulu oleh ibu dan menelan dahulu sebahagian zat yang dikhuatiri memberi mudharat kemudian barulah disuap kepada bayi adalah tidak mengapa.

WALLAHUALAM