Pembaca Setia

Rabu, 19 Mei 2010

CIRI-CIRI PUSAT RAWATAN ISLAM YANG BAIK sebagai panduan pesakit

gambar hiasan Tuan Guru Dato' Dr Haron Din
pengasas Pusat Rawatan Islam Darussyifa


1) Menggunakan alquran dan hadis dalam kaedah rawatan

- kaedah rawatan dan doa-doa adalah dari alquran dan hadis yang boleh dirujuk kepada kitab asalnya dan kitab perubatan Islam karangan ulama-ulama.

2)Kaedah rawatan bersih dari unsur syirik dan tiada kaedah rawatan yang boleh mendatangkan fitnah.

a) Tidak menggunakan tangkal seperti yang disarankan oleh Tuan Guru Dr.Haron Din

b)Tidak menggunakan kaedah yang boleh mendatangkan fitnah atau menyerupai syihir seperti bakar bata, tukul paku ke dinding untuk ubati sakit gigi,atau rawatan cara tidur yang boleh disalahgunakan.

3)Menggunakan kaedah dari ulama Islam dengan berhati-hati.
Kaedah dari ulama semata-mata jika digunakan tanpa berhati-hati boleh mendatangkan fitnah.

contoh: 1)Ada sebahagian ulama membolehkan perawat lelaki menyentuh badan pesakit wanita, tetapi kena berhati-hati kerana sentuhan yang berlebihan dan agak lama boleh mengundang nafsu syahawat,terutama jika perawat lelaki masih gagah dan pesakit wanita muda dan cantik.Dalam proses mengeluarkan jin kaedah tarikan keluar menggunakan tangan sambil membaca ayat kursi/atau zikir lain boleh menimbulkan fitnah jika:

i)jin ditarik keluar dari arah perut melalui dada terus ke kerongkong dan mulut pesakit
Sentuhan yang lama dan mungkin terkena buah dada pesakit.

ii)jin yang di tarik keluar dari peha ke kaki juga mengambil tempoh yang lama dan mengundang nafsu kerana boleh menyebabkan kain terselak atau ghairah pesakit wanita kerana disentuh di kawasan sensitif

Sebenarnya ada kaedah alternatif yang boleh dibuat untuk mengeluarkan jin seperti bekam,makan kurma 7 ulas sehari dll. Dari pengalaman saya kaedah tarikan ini sangat kurang mendatangkan hasil yang memuaskan

contoh2)Kaedah pukulan. Kaedah pukulan dengan rotan atau kayu nona dan sebagainya sepatutnya tidak menimbulkan masalah kepada pesakit .Ini kerana pukulan yang berlebihan boleh menyebabkan trauma atau rasa cuak kepada pesakit untuk datang berubat.Begitu juga jika ingin memukul pesakit di bahagian lengan atau kaki tidak perlu membuka lengan atau kain pesakit. Penyakit gangguan jin/sihir biasanya mengambil masa yang lama untuk sembuh walaupun ada kes-kes yang tidak lama. Ini kerana dengan menggunakan kaedah Islam perubahan sikap pesakit adalah amat penting untuk membantu kesembuhan seperti bertaubat,menutup aurat dengan sempurna,tidak melakukan syirik dengan pergi berjumpa bomoh,menambah pembacaan quran dan zikir, solat tahajjud dsbgnya.Ini adalah faktor yang lebih penting daripada dia mendapat kesembuhan segera tetapi masih kekal dengan perbuatan buruk dan syiriknya

contoh3)Tidak perlu bagi perawat Islam memandikan pesakit wanita apalagi dengan menyuruh mereka membuka tudungnya.Kenapa perlu memandikan mereka seolah-olah mereka tidak boleh dimandikan oleh suami atau adik-beradik atau anak mereka?Kebanyakannya bomoh yang memandikan pesakit wanita dan hasilnya banyak berlaku kes pencabulan .Jika kita memberi ruang kepada perawat Islam berbuat seperti ini tidak mustahil tidak lama lagi akan berlaku kes perawat Islam mencabul pesakit pula

4)Tidak mencampur-adukkan kaedah Islam dan perbomohan,sehingga sukar dibezakan kaedah Islam dan kaedah bomoh.

Untuk memudahkan pembaca blog dan pesakit membezakan kaedah ini maka kita perlu menakrifkan dengan jelas apakah kaedah perbomohan

Sebahagian rawatan penyakit dengan kaedah perbomohan:

1)rawatan jarak jauh-menggunakan qadam untuk mengurut/merawat gangguan sihir

2)merawat semua jenis penyakit fizikal-biasanya keperluan barang ubat/herba tidak jauh berbeza dengan rawatan Islam,doa atau ayat alquran yang dibacakan mungkin sama ,cuma ada tambahan bacaan atau seruan yang hanya diketahui oleh bomoh berkenaan

3)buang saka-ilmu kaut jin,buang jin cara instant

4)terkena santau

5)gangguan makhluk halus seperti jin atau syaitan

6)mandi bunga

7)pagar rumah

8)pagar kebun

9)pedinding keluarga

10)susuk,nombor ekor,seks, rumahtangga dan lain-lain mengikut kategori bomoh

Kaedah-kaedah rawatan/ilmu yang digunakan oleh bomoh

1)Teknik berhubung dengan alam ghaib,bercakap dengan jin,puteri bunian dan meminta pemberian barang aneh atau sakti

2)tenaga dalam,tenaga batin,prana

3)buka mata ketiga,pancaindera keenam

4)silat ghaib,silat seru,ayat 4

5)ilmu qadam(khodam),-untuk terbang,mengintip,membawa barang aneh dari alam jin dll

6)pengisian qadam dalam batu cincin untuk penunduk,pelaris,pemanis- berhati-hati membeli batu cincin yang dikatakan hidup atau boleh memurahkan rezeki,penunduk binatang bisa dsbgnya.

7)ilmu parang terbang,keris terbang

8)pengisian ilmu urutan,urutan jarak jauh,urutan batin,urut patah

9)ilmu kebal,susuk gagah,angkat barang yang sangat berat

10)ilmu pancing ikan

11)belajar silat dari mimpi,juga belajar ilmu perubatan atau urut oleh guru yang datang ketika tidur/mimpi

12)ilmu merdu suara-untuk menyanyi,azan,main seruling,memikat wanita
Bersambung insya Allah