Pembaca Setia

Rabu, 5 Mei 2010

BAGAIMANA MENUJU SOLAT BERJEMAAH BAH2

















Assalamu 'alaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Perselisihan mengenai solat berjema'ah (di masjid) bagi lelaki itu;apakah fardu 'ain atau fardu kifayah; atau apakah ia termasuk wajib solat atau syarat sah solat; adalah khilaf yang panjang dan kuat.

Dua imam besar Imam Ahmad dan Imam Syafi'i, dimana Imam Ahmad rohimahullah adalah imam yang hafiz tentang sunnah dan mempunyai keahlian beristimbat melalui hadis-hadis yang ia kumpulkan, sedang imam Syafi'i rohimahullah adalah imam yang mengikuti sunnah meskipun beliau tidak membukukan hadis (kitab sunnan Imam Syafi'i adalah hadis-hadis yang diambil dari kitab-kitab beliau dan dikompilasi oleh ulama lain dalam bentuk kitab sunnan) tetapi beliau dikenal sebagai manusia yang ahli dalam mencari hikmah dan ta'wil dari hadis-hadis Rasulullah sholallahu 'alaihi wa sallam dan ayat-ayat Allah Ta'ala. Kedua ulama besar ini sama-sama sepakat bahwa solat berjama'ah di masjid bagi lelaki adalah wajib. Namun mereka berselisih dalam hal menentukan tingkat wajibnya, apakah fardu kifayah atau fardu 'ain. Imam Ahmad meng'ainkannya, sedang imam Syafi'i meng-kifayahkannya namun dengan catatan bahwa beliau lebih suka jika solat itu berjama'ah di mesjid.
Seakan-akan Imam Syafi'i ingin mengatakan bahwa sangat penting tingkat kifayahnya solat di masjid itu,maka hanya dibenarkan solat di rumah jika dikeranakan uzur saja. Wallahu a'lam.

Sedangkan Syaikhul Imam Ibnu Taimiyah rohimahullah menjadikan solat berjama'ah di masjid bagi lelaki adalah syarat sahnya solat, artinya tidak sah solat seseorang kecuali di masjid. Sedangkan Syaikh Al-Utsaimin mengatakan bahwa solat berjema'ah di masjid adalah wajib. Kedua pendapat ini dapat dilihat di dalam muqoddimah Syaroh Aqidah Washitiyah karya Syaikh Al-Utsaimin.

Maka demikianlah hukum solat berjama'ah di masjid bagi lelaki adalah hukumnya wajib. Meninggalkannya adalah berdosa jika tanpa uzur. Sedangkan sahabat ridhwanullah ajma'in berangkat ke masjid walaupun harus dipapah oleh 2 orang, lih. Riyadhush Sholihin Bab..... Dan hadis shohih dalam Shohih Bukhori yang mengisahkan tentang sahabat yang buta yang tidak punya penuntun meminta rukhshoh agar tidak pergi berjama'ah di masjid. Nabi sholallahu 'alaihi wa sallam tidak mengizinkannya bahkan memerintahkan untuk memenuhi panggilan solat jika ia mendengarnya. Kalimat "jika ia mendengarnya" sekarang diartikan jika ia mendengar azan langsung atau ia mengetahui telah masuknya waktu solat melalui jadual solat yang telah ia ketahui.

Sedangkan hadis shohih yang menyatakan bahwa solat berjama'ah lebih baik 27 derajat dari solat sendirian, diartikan bahwa solat sendirian itu sah dan mempunyai kedudukan yang baik (namun lebih rendah daripada solat berjama'ah di masjid).

Bukankah keutamaan-keutamaan ini yang amat kita inginkan, maka pilihlah keutamaan-keutamaan tersebut, dengan mendatangi masjid untuk solat berjema'ah.

Wallahu a'lam.

Abu Yusuf Hafidz

(Nota dari UK : Para imam digalakkan mengikut sunnah dalam kedah solat dari wuduk ,panjang /pendek bacaan solat,saf yang rapat dan lurus, kaedah solat dan wirid supaya solat menjadi lebih khusyuk dan manis,ini menyebabkan makmum akan terindu-rindu untuk datang solat berjemaah kerana terasa kemanisan solat dari segala segi.Kemanisan solat ini juga akan menyebabkan makmum yang jarang datang boleh jadi istiqomah kerana solat berjemaah ada 'feel'. Jika solat terlampau pendek bacaannya seperti ketika solat zohor dan asar atas alasan orang bekerja maka kemanisan solat akan hilang/kurang kerana dibuat dengan speed sikit untuk jaga kepentingan makmum tetapi telah kurang menjaga adab di hadapan Allah.Wirid dengan kuat menggunakan mikrofon pada waktu zohor dan asar juga mengganggu jemaah yang datang kemudian.)