Pembaca Setia

Jumaat, 9 April 2010














TIP MENANGANI STRESS

Sebut pasal stres atau tekanan , manusia zaman sekarang memang tak dapat lari dari tekanan hidup. Baik dari segi kewangan(gaji tak cukup, hutang keliling pinggang dsb), pekerjaan (terlalu banyak kerja, boss garang dsb) mahupun tekanan hidup berkeluarga (konflik rumahtangga, tugas yang dipikul sebagai ibu, bapa, suami, isteri, anak dsb). Segala perasaan tertekan jika dipendamkan, akan menjejaskan cara kita berfikir, mudah marah, malah boleh mengakibatkan macam2 penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, sakit hati, sengal2 badan, pening kepala, kemurungan, hingga ada yg membunuh diri lantaran gagal menangani tekanan. Maka amat penting kita mengetahui bagaimana langkah yg perlu diambil utk melegakan tekanan.



Cara Untuk Melegakan Stress


1. Jaga pemakanan. Macam kempen Kementerian Kesihatan tu…”makan secara sihat, amalkan 5M”…Terlalu banyak gula, garam dan kolestrol dalam pemakanan kita, akan menambahkan lagi tekanan dalam tubuh. Sebaliknya lebihkan pengambilan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran segar dsb.(Boleh amalkan pemakanan di dalam quran seperti kurma,madu,anggur,buah delima,tin,zaitun dsbgnya)

2. Relaks. Lakukan sesuatu yg boleh membuat kita gembira. Misalnya memasak, berkebun, bersukan, memancing, main games dan lain-lain hobi. Kalau ada duit lebih, pergilah ke spa utk memanjakan diri. Biarkan badan dibelai oleh jari jemari tukang urut yg boleh melegakan segala ketegangan urat dalam tubuh kita. Atau jumpa pakar refleksologi yg boleh melegakan tekanan dalam badan melalui urutan tapak kaki.(Elakkan perempuan diurut oleh lelaki dan sebaliknya kerana ramai tukung urut untuk masing-masing golongan ada.Maka tidak ada darurah di sini)

3. Buat senaman ringan seperti berjoging, berjalan, senaman harimau,dsb. Belajar cara bernafas dengan betul. Tarik nafas panjang melalui hidung dan hembus keluar melalui mulut. Buat beberapa kali, memang terasa kelegaannya.(Jangan lupa berzikir di dalam hati ketika buat senaman nafas-ini banyak membantu menghilangkan fikiran negatif dan stress)

4. Ketawa! Dalam keadaan tertekan, carilah kawan yg boleh menghiburkan dan membuat kita ketawa, atau tontonlah rancangan komedi yg boleh membuat kita ketawa(elakkan komedi yang banyak perkataan lucah atau mengarut). Ketawalah ubat paling mujarab utk melegakan tekanan(dengan batasan tertentu). Ia cara paling mudah dan murah, tak perlu keluar modal. Hahaha…

5. Bercuti. Setiap manusia perlukan masa utk berehat dan menenangkan fikiran. Jangan fikir langsung tentang masalah kerja semasa bercuti, sebaliknya buatlah perkara2 yg menggembirakan seperti bermain dgn anak2, bermesra dgn suami/ isteri atau pergilah melancong.(Memang banyak ayat menyuruh kita berjalan di muka bumi melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan kebinasaan kaum yang menentang perintah Allah)

6. Berfikiran positif. Anggap sesuatu cabaran dan masalah sebagai sesuatu yg boleh memperbaiki hidup kita.(Pengalaman hidup)

7. Urus masa dgn baik. Jangan tangguh sesuatu kerja dan buat di saat2 akhir kerana apabila menghampiri deadline, kita akan rasa tertekan. Sebaiknya lakukan tugas yg diberi sedikit demi sedikit hingga selesai.

8. Luahkan perasaan pada orang yg boleh dipercayai. Apabila segala masalah diceritakan atau diluahkan kepada orang lain, ia dapat melegakan tekanan walaupun orang itu sekadar mendengar masalah kita. Lagi bagus jumpa pakar kaunseling, dijamin dia sudi mendengar masalah kita dan menawarkan jalan penyelesaiannya.(Jangan luahkan kepada kawan yang berlainan jantina-banyak dah terjadi fitnah kerana diluahkan kepada tempat yang tak betul.Kenapa tak buat solat hajat dan luahkan kepada Allah?Adakah Allah sumber terakhir kita)

9. Kalau tiada juga orang yg boleh dipercayai, luahkan saja perasaan kpd sebarang makhluk bernyawa lain. Misalnya dgn haiwan peliharaan atau pokok bunga kita. Bercakap dengan kucing, hamster, ayam, kambing, ikan dsb mahupun dgn pokok bunga orkid, mawar atau pokok pisang sambil membelai-belai mereka, akan dapat melegakan tekanan. Pedulikan apa pun anggapan orang.(Cara yang lebih baik adalah membaca tafsir alquran dan menghayati maknanya atau boleh juga baca buku La Tahzan(Jangan Bersedih) karya Dr.Aid Al Qarni)

10.Ini JALAN TERAKHIR! Jika perlu, pergilah jumpa doktor bertauliah untuk mendapatkan ubat yg boleh membuat anda tenang. Ikut dos yg ditetapkan, jangan overdose pulak. Nanti keluarga anda pula yg stress utk menguruskan jenazah anda.(Membuat sujud syukur lama-lama atau baca quran sehingga sampai sujud tilawah dan sujudlah selama yang anda suka adalah seratus kali lebih baik)

Setakat itu sajalah. Semoga bermanfaat utk kita bersama dan semoga tahun ini dapat kita lalui tanpa tekanan. Kalau ada tekanan juga, cubalah tips di atas.