Pembaca Setia

Selasa, 27 April 2010


















Soalan :

Soalan saya berkenaan dengan penyakit 'ain. Apabila suami berkata kepada isterinya : kamu memang cantik,apakah wajib ke atasnya mengatakan : Masya Allah atau perbuatan ini dianggap keterlaluan?

Jawapan:

Pertama : Penyakit 'ain adalah benar wujud berdasarkan kepada sabda Rasulullah saw
yang bermaksud:

"Ain adalah haq.Sekiranya ada sesuatu yang boleh mendahului takdir, tentulah 'ain akan mendahuluinya"- hadis riwayat Muslim:2188 dari Ibn Abbas Hadis riwayat Bukhari: 5048

Kedua

Dalam banyak keadaan,penyakit 'ain berpunca daripada orang yang bersifat dengki.

Ibn al-Qayyim berkata: " Setiap orang yang menyebabkan penyakit 'ain adalah bersifat dengki dan tidak semua orang yang bersifat dengki boleh menyebabkan penyakit 'ain..

Kemudian beliau berkata : Asal 'ain adalah perasaan kagum yang ditimbulkan oleh seseorang terhadap sesuatu perkara, kemudian diikuti dengan kehendak nafsunya yang jahat,lalu di bantu oleh 'racun' dari pandangan matanya terhadap orang tertentu .

Kadang-kadang seseorang boleh menyebabkan 'ain terhadap dirinya sendiri.Dan kadang-kadang dia menyebabkan 'ain kepada orang lain bukan dengan kehendaknya tetapi kerana memang tabiatnya.Ini merupakan sejahat-jahat manusia.

Sahabat kami dan ahli fiqh lainnya berkata: Sesiapa yang diketahui memiliki tabiat jahat seperti ini ,hendaklah pemimpin memenjarakannya dan belanja hidupnya ditanggung oleh negara sehinggalah kematiannya. Inilah pendapat yang kuat. " rujuk Zad al Ma'ad jil 4 ms 167

Oleh itu Rasulullah saw selalu membaca doa yang bermaksud

" Aku memohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada syaitan,binatang berbisa dan daripada sesetiap pandangan mata yang boleh membawa penyakit 'ain" - Hadis oleh al-Bukhari : 3191

al-hammah adalah haiwan dan binatang berbisa yang boleh menyebabkan kematian

Lammah adalah pandangan mata yang muncul akibat sifat dengki

Ketiga

Mengikut pendapat yang kuat, meskipun 'ain berpunca daripada orang yang bersifat dengki, ianya juga boleh berpunca daripada seorang yang sekadar berasa kagum. Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang menyatakan :

Maksudnya : " Apabila salah seorang di antara kamu berasa kagum terhadap dirinya sendiri, hartanya atau saudaranya, doakanlah dengan keberkatan kerana 'ain pasti terjadi." - Hadis riwayat ibnu Sunni-rujuk kitab 'Amal al-yaum wal llailah,ms 168 oleh al- Hakim,jilid 4 ms 216 Diklasifikasikan sebagai sahih oleh al Albani.-rujuk kitab al-Kalim al-Tayyib ms 243

Hadis ini menerangkan seseorang boleh terkena penyakit 'ain terhadap dirinya sendiri atau hartanya padahal tiada sesiapa pun yang dengki terhadap dirinya.Jika demikian wujud kemungkinan seorang suami boleh menyebabkan 'ain kepada isterinya sendiri.

Ibn al-Qayyim berkata :

" Kadang -kadang seseorang boleh menimbulkan penyakit 'ain terhadap dirinya sendiri." -rujuk Zad al-Ma'ad jil 4 ms 167

Ke empat : Seorang suami boleh menyebabkan penyakit 'ain ke atas isterinya disebabkan memandangnya,memperhatikan kecantikan dan berasa kagum dengannya meskipun tidak mengatakan : "Kamu sangat cantik". Ketika itu dia disunatkan membaca doa: " Ya Allah ,berikanlah keberkatan kepadanya."

(Tujuan rencana ini adalah untuk menunjukkan ain itu boleh wujud dari suami/isteri atau diri sendiri. Cara untuk elakkannya yang sahih adalah mendoakan keberkatan baginya bukan menyebut masyaAllah, wallahu a' lam)