Pembaca Setia

Jumaat, 30 April 2010

SANTAU : RAWATAN UNTUK PESAKIT LAMA/KRONIK

Bagi pesakit santau yang telah lama/kronik maka disarankan melakukan rawatan tambahan seperti berikut :

1)Amalkan memakan 7 ulas kurma Ajwa@lain-lain kurma setiap hari. Bila serangan teruk makan 7 ulas pagi, 7ulas petang dan 7 ulas malam(kurma perlu diruqyah juga)

2)Amalkan meminum madu yang dicampur dengan air ruqyah 2 kali sehari pagi dan malam.Bagi kes teruk 4@5 kali sehari pun boleh.Lebih lagi pun takpe kalau tidak panas.

3)Jika badan terasa lemah atau letih amalkan memakan kismis kuning yang diruqyah

4)Kelemahan santau adalah bekam. Dengan kerap melakukan bekam santau akan cepat keluar melalui darah kotor.InsyaAllah anda boleh sembuh dalam tempoh lebih cepat jika kerap melakukan bekam seluruh badan tetapi 3 langkah di atas juga perlu diamalkan

Bekam untuk saka : sebulan sekali atau dua kali di poin utama syaitan tinggal sehingga sembuh.Biasanya poin untuk jin saka tidak banyak sangat.

Bekam untuk jin asyik yang degil : setiap bulan sekali di poin utama dan poin sakit sehingga sembuh juga mandi ais

Bekam untuk sihir : bergantung kepada kes ,jika berat setiap minggu di poin yang sakit dan juga mandi ais.

Bagi apa-apa kes gangguan 10 tahun ke atas bekam dilakukan seminggu sekali

Pesakit yang kerap berbekam insyaAllah mudah sembuh tetapi jangan lupa zikir pendinding diri mesti terus diamalkan.