Pembaca Setia

Khamis, 1 April 2010









TIPS SUPAYA ANDA DISUKAI RAMAI

Anda tentunya akan disukai ramai sekiranya :-

*Bila anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum” , anda
mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.

*Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.

*Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda
temui.

*Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.

*Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.

*Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan
merengus.

*Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-
tugasan anda.

*Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.

*Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus
yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

*Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.

*Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang
lain.

*Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.

*Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam
perbualan anda.

*Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.

*Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.

*Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama
ada secara verbal ataupun unverbal).

*Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan
dengan anda.

*Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain
secara langsung dan berterus-terang.

NOTA: Hindarkan disukai ramai kerana kemaksiatan atau kefasikan
Takutlah kepada Allah kerana nikmat itu akan dihisab juga
Biarlah ramai yang menyukai di kalangan orang yang taat perintah Allah
Sepatutnya apabila manusia melihat kita mereka akan ingat Allah.Kalau mereka ingat dunia ketika melihat kita itu tanda celaka.