Pembaca Setia

Selasa, 6 April 2010









TIPS KESUBURAN UNTUK LELAKI


Antara langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan kualiti dan kuantiti sperma ialah:-

* Berhenti merokok. Asap rokok boleh menyebabkan kecacatan sperma yang baru terhasil. Kajian menunjukkan bilangan sperma akan meningkat dengan cepat sebaik lelaki berhenti merokok.Kenapa anda perlu merosakkan sperma yang dicipta oleh Allah?

* Kurangkan minum minuman beralkohol. Tahap kesuburan 40 peratus lelaki meningkat apabila pengambilan alkohol dikurangkan.Orang Islam di larang keras minum alkohol.

* Ambil vitamin. Tidak ramai lelaki menitikberatkan soal pengambilan vitamin kerana beranggapan mereka sihat dan makanan membekalkan cukup keperluan harian.
Bagaimanapun, anggapan ini kurang tepat kerana banyak vitamin hilang atau musnah ketika proses penyediaan dan memasak.(Adalah lebih baik vitamin diambil dalam bentuk semulajadi seperti memakan buah-buahan dan ulam-ulaman)

* Kekurangan vitamin C dikatakan boleh menyebabkan sperma melekat antara satu sama lain. Justeru, lelaki disaran mengambil sekurang-kurangnya 2,000 miligram vitamin C setiap hari.(Vit c banyak didapati di dalam roselle -ini lebih baik daripada dalam bentuk pil)

* Elak keadaan terlalu panas atau memakai seluar ketat/slim. Elak juga terlalu kerap mandi air panas dan sauna kerana ia boleh menjejaskan penghasilan sperma berkualiti.

* Jauhi punca pencemaran seperti bahan kimia, racun serangga perosak, lead dan larutan organik.Bekerja di tempat/kilang kimia,radiasi nuklear dsbgnya juga boleh menyebabkan kemandulan

* Rancang masa untuk bersama isteri. Hubungan seks boleh dilakukan 2 kali seminggu jika anda merancang mendapat anak. Hubungan seks yang terlalu kerap (setiap hari) boleh mengurangkan bilangan sperma. Bagaimanapun jika tempoh antara hubungan seks itu terlalu lama, sperma yang dikeluarkan pula tua dan kurang aktif.

*Jaga kesihatan badan dengan bersenam.Ini adalah mudah sekiranya kita menganggap badan ini adalah amanah daripada Allah dan perlu dijaga serta ditunaikan hak-haknya seperti bersenam,makanan halal dan berkhasiat,rehat,kebersihan dsbgnya.