Pembaca Setia

Khamis, 1 April 2010










TIPS BERHENTI MEROKOK

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti� setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air mineral/galian atau air masak suam.Air ini juga boleh diruqyah untuk menawarkan kesan kafein/ketagihan. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.Yakini anda lebih bahagia tanpa rokok yang puntungnya mengotorkan lantai tandas awam dan surau dan bersepah merata-rata.Sifat pengotor ini menambah kepada sifat pembaziran dan keinginan merosakkan diri sendiri tanpa sedar dalam hati anda.

5. Mengunyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.Mandi dapat mengurangkan rasa ketagihan dan membersihkan kulit perokok yang hendak berhenti kerana biasanya bahan-bahan beracun dari rokok akan keluar melalui kulit terutamanya ketika berpeluh .

7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8.Niat yang Kuat
Ini pun satu perjuangan.Walaupun anda telah berkali-kali mencuba tetapi gagal perjuangan mesti diteruskan sehingga berjaya@Anda boleh berkata kepada diri sendiri saya telah bebas rokok sekarang.Ini pun satu jihad(perjuangan yang memerlukan kesungguhan yang tinggi) atau hijrah dari perkara yang kurang baik kepada lebih baik

9.Yakin keharamannya
Sesuatu yang diyakini haram menyebabkan anda akan bersungguh-sungguh menghindarinya.Kemungkinan ulama dahulu memakruhkan rokok adalah rokok yang diperbuat dari daun nipah yang dibalut dengan tembakau ori,tidak ditambah bahan lain.Pernah dengar orang yang menghisap rokok pucuk sakit jantung jika dibandingkan dengan rokok sekarang?

8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.Teruskan usaha sehingga korporat Yahudi kehilangan RM8 dari anda setiap hari
dan masukkanlah duit itu ke mana-mana tabung kebajikan masjid dll