Pembaca Setia

Isnin, 5 April 2010










TIGA KATEGORI UTAMA MIMPI


Pertama: Ahlam Yaqazah (mimpi dalam sedar) di mana orang yang bermimpi merasakan gam­baran-gambaran yang dialami dalam tidurnya itu seperti satu kenyataan yang benar-benar terjadi dalam realiti.

Mimpi begini kadang-kadang memberikan kesan ke atas fizikal manusia yang mengalaminya, seo­lah-olah berlaku transformasi.

Contohnya seperti menangis di dalam mimpi di mana transformasi berlaku hingga pemimpi benar-benar menangis dan tangisannya didengar dan dilihat oleh orang lain. Apabila tersedar orang yang bermimpi melihat curahan air mata mengalir dan membasahi ban­talnya.

Contoh yang lain ialah orang yang bermimpi merasakan berada di satu tempat yang panas atau tercampak ke dalam api. Apabila dia terjaga dida­pati badannya mencurah-curah dibasahi peluh.

Semua mimpi jenis ini menggambarkan seolah-­olah alam mimpi itu benar-benar wujud dan bukan lagi sekadar mimpi.Inilah yang dinamakan yaqazah atau sedar.

Kedua: Rukya atau disebut juga Mubassyirat yang dirujuk pada hadis Rasulullah S.A.W. yang antara lain bermaksud:"Tidak akan tinggal daripada wahyu kenabian
melainkan sekadar Al Mubassyirat."Sahabat bertanya, "Apa dia Al Mubassyirat itu wahai Rasulullah? "Rasulullah menjawab,"Al Mubassyirat itu ialah mimpi yang benar (Al Rukya Al Sadiqah)"

Hadis ini jelas membuktikan kewujudan mimpi yang memberikan erti atau hidayah pada manu­sia.

Mimpi benar pula mempunyai banyak kategori dan yang paling mulia ialah mimpi menemui Rasulullah.

Bagaimanapun mimpi bertemu Rasulullah ini pun masih ada yang perlu dijelaskan kerana bukan semua orang bermimpi bertemu Rasulullah itu boleh ditafsir sebagai benar melainkan seki­ranya memenuhi kriteria tertentu.

Setengah orang ambil mudah mimpi tersebut seolah-olah asal sahaja bermimpi jumpa Rasulullah maka benarlah mimpi itu walaupun yang ditemui dalam mimpi itu lain gambaran dari sifat-sifat Rasulullah.Harus diingat kerana syaitan sentiasa memainkan peranan dan boleh berlakon seolah­ olah mimpi itu benar.

Mimpi bertemu Rasulullah boleh diseleweng oleh syaitan. Sebagai contoh saya sering menden­gar cerita daripada kenalan-kenalan antaranya, ada seorang manusia biasa memberitahu, beliau pernah bermimpi bertemu Rasulullah ketika sedang tidur sewaktu berburu di hutan dimana lelaki bercawat mengaku nabi.

Dia tertidur ketika tiba di satu tempat di mana ,dalam mimpinya dia melihat seorang seorang lela­ki berkulit sawo matang yang hanya bercawat (tanpa baju) muncul di hadapannya sambil memegang sumpit. Lelaki bercawat itu dilihatnya sedang menyumpit monyet yang bergayut di dahan pokok. Apabila dia menghampiri lelaki bercawat itu, dia dimarahi oleh lelaki itu yang menegurnya tanpa memberikan salam.

Teman saya bertanya, "Siapakah engkau?" Lelaki bercawat itu menjawab dengan penuh bongkak, "Aku nabi kamu. Nabi Muhammad nabi akhir zaman."

Teman saya merasa amat terperanjat dan ter­tanya-tanya pada diri sendiri apakah benar lelaki bercawat itu adalah Rasulullah. Apakah benar mimpinya itu?

Sebelum dianalisis akan mimpi ini elok rasanya kalau kita teliti dahulu mimpi kedua yang diceri­takan oleh seorang teman saya yang lain. Menurut teman ini, dalam satu mimpinya keti­ka dia sedang dalam perjalanan dengan kereta untuk mencari seorang sahabatnya di sebuah kawasan perumahan di Petaling Jaya.

Setelah lama tercari-cari jalan, kemudian lalu tersesat jalan, beliau bertemu dengan seorang lelaki sedang mencuci keretanya di hadapan sebuah rumah yang besar lagi mewah.

Lelaki itu memakai seluar pendek di atas paras lutut tanpa baju dan kasut. Apabila teman saya berhenti dan berjalan mendekatinya lalu bertanya mengenai arah jalan ke rumah yang dicarinya, lelaki itu memarahinya sambil menyemburkan air. Teman saya merasa bersalah lalu memohon maaf lalu bertanya cara menyapa yang betul. Lelaki itu menjawab dengan angkuh, "Sapalah dengan berkata, "Assalamualaikum ya Rasulullah."

Mendengarkan kata-kata itu, teman saya bertanya, "Adakah yang sedang mencuci kereta sport ini adalah Rasulullah?"

Lelaki itu menjawab, "Ya... akulah Rasulullah." Setelah itu muncul seorang wanita yang hanya memakai coli dan seluar dalam memanggil lelaki itu masuk ke dalam rumah.

Teman saya terjaga dari tidur dan tertanya­tanya, "Benarkah lelaki itu Rasulullah dan wanita itu Aishah?"

Sukalah diterangkan sebagai insan kerdil yang tidak diberi pengetahuan melainkan sedikit dari­pada sekian banyak saya jawab kepada teman­ teman saya tentang mimpi mereka dengan kata­-kata 'wallahualam' (Allah sahaja Maha Mengetahui).

Setelah didesak oleh teman-teman yang mahukan penerangan mengenai mimpi-mimpi mereka itu, dengan berpandukan hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang bermimpi menemui daku dalam mimpinya maka sebenar-benarnya dia bertemu daku kerana syaitan tidak boleh menyerupai daku."

Terjemahan hadis ini menggambarkan seolah­ olah ketiga-tiga mimpi teman-teman saya tadi benar-benar bertemu Rasulullah. Bagaimanapun perkataan 'yatamaththala' yang diterjemah secara lateral itu bermakna 'tidak boleh menyerupai'. Tetapi saya melihatnya bermakna sebagai 'tidak boleh dilakonkan realiti kerasulan dan sifat-sifat Muhammad'.

Menggambarkan perilaku yang bongkak.

Tentunya syaitan tidak berupaya untuk muncul dalam suasana kerasulan Muhammad kecuali den­gan dakwaan sikap yang tidak menggambarkan ciri-ciri seorang rasul.

Contohnya, lelaki yang memegang sumpit den­gan kulit sawo matang apatah lagi bercawat sahaja lebih cenderung sebagai Orang Asli. Latar belakang hutan, monyet dan kekasaran sikapnya jelas dia bukan rasul kecuali mendakwanya den­gan kata-kata cuma.

Begitu juga mimpi kedua dengan rumah mewah, seluar pendek dan isteri yang herpakainn seksi. tidak bercirikan seorang rasul. Adalah mustahil Rasulullah muncul dalam keadaan dan suasana yang meragukan, terutama latar kehidupannya apatah lagi fakta mimpi ­mimpi itu yang menggambarkan perilaku yang bongkak, kasar dan sukakan kemewahan.

Oleh :Dato Ustaz Harun Din