Pembaca Setia

Ahad, 18 April 2010

















SIHIR PENGHALANG JODOH

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.Baru-baru ini saya bercuti lima hari,balik ke kampung merawat mak yang ada penyakit angin di perut. Rawatan seperti biasa ruqyah dan mandi ais juga minum minyak zaitun ruqyah sebagai amalan.

Pada petang Jumaat 16.04.10 adik lelaki saya datang ke rumah. Kebetulan seorang kawannya (P)orang kampung kawan le datang untuk berziarah.P pernah meminta tolong untuk mencarikan jodoh baginya. Kebetulan saya telah mendapat info tentang seorang calon yang sesuai. Setelah berbincang beberapa lama P memberitahu dia pernah cuba berkawan dengan beberapa orang gadis sebelum ini tetapi tanpa diketahui sebab semuanya memutuskan hubungan secara tiba-tiba. Saya mengesyaki P telah terkena sihir penghalang jodoh

Untuk membuktikan kenyataan saya,saya menyentuh semua poin tempat syaitan tinggal di badan dan P terasa sangat sakit seperti ada kejutan elektrik di semua poin yang disentuh.Saya memberitahunya supaya datang ke Klang untuk dirawat,kerana saya cuti sekejap sahaja.

Keesokannya P menelefon mengatakan badannya rentan(terlampau lemah) setelah saya sentuh semalam.Saya tidak menyangka jadi begitu kerana saya tidak meruqyahnya semalam.Saya mengajaknya datang ke rumah untuk rawatan memandangkan saya belum pulang lagi ke Klang.Saya meruqyahnya dan membuat mandian ais. Seterusnya saya membekamnya pada beberapa tempat yang sakit.Beliau rasa ada kurang sakitnya,Saya berpesan supaya teruskan mandian ais dan limau selama seminggu.Mudah-mudahan dia sihat dan bertemu jodoh yang sesuai dan jadi generasi baru yang komited kepada sunnah