Pembaca Setia

Selasa, 6 April 2010












SEORANG YANG BERJAYA DAN SEORANG YANG GAGAL


Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat(Kerja dunia n akhirat,kalau kerja dunia sahaja mungkin dia termasuk orang yang gagal walaupun berjaya dari segi karier)
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi(Kegagalan sebenar bila tidak memenuhi panggilan Haiyya alas solah )
kerana Allah da
Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”(kerana Allah dan tidak melibatkan perbuatan haram)
Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”(termasuk tidak beribadah kepada Allah)
Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah(memandang ke hadapan dengan firasat mukmin dan akal yang benar berpandu quran dan hadis)
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan(takut menghadapi kesusahan)

Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”(kesusahan adalah cabaran minda,menjadikan kita matang dan berpengalaman,dan dapat rasa kemanisan iman dan sunnah bila berjaya menghadapinya)
Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”(menunjukkan sikap manja dan terbiasa dengan kemewahan,teknologi)

Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”(akan cuba sehingga berjaya,bila kesilapan akhirat akan menangis dan merayu bersungguh-sungguh memohon keampunan Allah)
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”(menunjukkan sikap munafik iaitu merasa diri sempurna)

Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen(terutama dalam bidang dakwah dan ilmu yang akan bermanfaat kepada dirinya dan orang lain)
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji(kerana dia tidak menyangka janjinya nanti akan dipersoalkan oleh Allah -surah Al Isra ayat 34)

Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita(terutama cita-citanya ingin memasuki syurga dan agar Allah membina sebuah rumah untuknya di syurga di sisi Allah surah At tahrim ayat 11)
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha(ingin memasuki syurga tanpa ibadat atau dengan ibadat yang tidakbersungguh-sungguh)
Seorang yang berjaya berkata “Aku mesti lakukan sesuatu”(terutama untuk mengubah masyarakat ke arah mencintai Rasul saw dan sunnah sepenuh hati)
Seorang yang gagal berkata “Sesuatu mesti dilakukan”(Mengharapkan orang lain atau masa depan berubah dengan sendiri tetapi usahanya minima atau tiada)

Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah(kelihatan baginya keagungan dan rahmat Allah dan kekerdilan dan dosanya sendiri)
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang(terutama masalah untuk meningkatkan ibadah dan kualitinya)

Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi(walaupun masanya panjang,istiqomah)
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi(termasuk suka membinasakan diri sendiri dengan membiarkan nafsu amarah menguasai diri dan cenderung kepada maksiat)
Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya(lebih sensitif terhadap kesilapan akhirat yang menyebabkan kegagalan yang lebih menggerunkan)
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya(kegagalan akhirat lagi tidak dipedulikan sebab
tidak nampak)

Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan(tetapi di hatinya sentiasa sedih sebab azab Allah sentiasa terbayang di mata)
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan(tetapi di dunia dia bersukaria kerana kesedihan yang kekal di akhirat nanti tidak nampak)

Nota: Kebanyakan ulasan condong dalam blog ini dari penulis