Pembaca Setia

Ahad, 18 April 2010









RAWATAN SAMPINGAN YANG AMPUH

Ais dan limau purut adalah bahan yang ditakuti jin kerana 2 bahan itu dapat mencedera parahkan anggota badan jin apabila berada dalam tubuh pesakit.Bagi pesakit yang telah selesai menjalani terapi ruqyah syar'iyah,adalah digalakkan melakukan mandian ais yang dicampur perahan 3 biji limau purut selama 7 hari berturut-turut.Ini penting bagi membuang saki baki jin yang berada dalam badan.Kaedahnya ialah :-

1) Sediakan 1/2 baldi air paip dan campurkan sekilo ais beserta 3 biji perahan limau purut.

2) Bacakan Fatehah 1x,Al falaq 7x dan An nas 7x lalu tiup 10 saat pada air campuran dalam baldi tadi.

3) Lakukan mandian bilasan terakhir dan biarkan ia kering pada badan tanpa lap.

4) Lakukan semua proses diatas tadi 7 hari berturut-turut pada waktu asar sebelum maghrib sebaik-baiknya.